Bonus Samsung LED TV 32″? Biar betul? Bertuahlah kalau orang hendak beri percuma atau memberi bonus Samsung LED TV 32″ ini kepada saya. Maklumlah, hendak menulis sesebuah artikel yang menarik minat dan memenuhi teknik SEO blog kenalah guna tajuk yang gempak. Barulah tertarik orang nak baca, tapi biarlah artikel pun gempak. Betul tak?
Samsung LED TV 32″ Review
Tetapi ini serius, saya baru sahaja mendapatkan sebuah televisyen iaitu Samsung LED TV 32″. Niat dihati hendak memiliki TV yang lebih besar lagi, tapi apa orang kata hendak memiliki sesuatu gajet itu biarlah berbaloi dan menjadi satu keperluan kepada kita. Syukur alhamdulillah, bulan ini dapat bonus bolehlah beli Samsung LED TV 32″ Series 4 ini.
Walaupun kecil, sekadar 32″ sahaja. Rasanya cukuplah sekadar keperluan untuk menonton EPL tanpa perlu melepak di kedai mamak dan mengeluarkan wang untuk minum dan minyak motor lagi. Tapi waktu saya tulis artikel ini, Astro belum masuk lagi. Baru sahaja buat pesanan Rabu lepas. Kena tunggu dalam 10 hari katanya, sabar jelah. π
Sebenarnya tak target pun nak beli Samsung LED TV 32″ ini, oleh kerana kawasan Perlis ini pilihan tidak banyak. Mana sedap mata memandang, sambar jelah. Tambahan pula Khai pernah buat review mengenai Samsung LCD TV 32″ yang mampu menarik minat saya pada brand Samsung, jadi saya ambillah Samsung LED TV 32″ ini. Atas sikit dari Khai punya, LED tu. Power saving la katakan.
Mengenai kualiti gambar yang dikeluarkan, memang cantik dengan resolusi 1366×768 piksel. Sound belum test lagi, maklumlah tiada siaran televisyen lagi. Sekadar cucuk di laptop dengan kabel VGA sahaja. Penggunaan power pula, maksimum 70 watt sahaja. Memang power saving la, berbanding LCD yang boleh mencecah 110 watt.
Input & Output port plak memang banyak, HDMI port ada 4, VGA port 1, Audio Video port, USB dan lain-lain. Dimensi atau saiz Samsung LED TV 32″ ini boleh tahan jugalah, dengan kenipisan 29.9mm. Kalau nak lebih lanjut boleh lihat gambar di bawah:
Walaupun produk ini bukan latest punya, tetapi saya tetap berpuas hati mendapatkannya dengan harga RM1,500 sahaja. Dapatlah juga menambah koleksi gajet yang menjadi idaman selama ini walaupun tidak tersenarai.
Senarai gajet yang telah dimiliki:
- Jam tangan Adidas (hadiah hari lahir yang lepas)
- AOC 18.5″ LED Monitor
- Buffalo 1TB External HDD
- Compaq Presario CQ40 (bakal ditukar kelak – 2009)
- A4TECH NoanyLag Bluetooth mouse (haram lag juga)
- Philips MMS430 Speaker (dibeli pada tahun 2005)
- Samsung LED TV 32″
waa layan main ps sedap nie..haha
haha, tulah…ps xda lagi…:)
A series model dah lama ckit. U series baru pastu diorang lebih pada ketahanan bateri. Klu i5 (2nd gen) dah lebih kurang sama ngan i7 dah tu. Tapi klu harga beza ckit, bagus rembat i7 terus. π
nak kena ushar gak nanti, tak best kalau ushar online je. nak kena ada depan mata baru puas. hehe, nak beli nanti kena lepak lowyat satu hari baru best. π
Kalau tablet aku syorkan kau tunggu asus prime (Tegra 3 dan harga pun biasanya lebih murah banding ngan brand lain)
P/S : Aku skrg pun pakai asus Transformer.
Asus Transformer? erk, laptop ke tablet tu? Laptop kan? mantap, aku pun ingat nak beli laptop dlu…baru pk tablet…mana-mana dululah…haha…ko ada baca artikel ni tak? http://tinypaste.com/b3209bd5
Transformer tablet bro, android Honeycomb 3.2, Interesting jugak tu, tapi kalau ikut sejarah kerjasama Sony ngan Samsung ni dari tahun 2004 lagi diorang pegang syer dalam S-LCD. Next year Samsung akan bayar semua syer Sony $USD490 milion, dan jadi pembekal lcd panel pada Sony.
Pasal LED, samsung memang ada diorang punya subsidiary sendiri Electro-Mechanics (2009), tahun depan jugak diorang akan merge ngan Samsung Elektronik. Itu ikut yang aku tau la.
pergh, menarik. tp aku fikir nak ambik notebook asus dulu, tablet taruk tepi dulu kot. agak-agak ko, notebook asus mana yang terbaik? below 3k.
s-lcd macam mana pulak? s for super ke? kira tak salahlah aku beli samsung led tv ni ye?
S-LCD tu syarikat subsidiary , Sony ngan Samsung ada syer.
Peminat ASUS jugak ke bro? Bleh geng la kita ni… klu budget banyak tu kau bagus angkat ASUS U46SV dlm RM2,700 – RM2,800 kot. Klu tak silap masuk pasaran dalam bulan 7 – 8 tempohari. Model ni paling best sebab bateri bleh tahan sampai 10jam,. spec dia ada di link ni : http://my.asus.com/Notebooks/Superior_Mobility/U46SV/#specifications
menarik gak model tu, tapi takda i7 la plak. hehe, tapi kalau i7 confirm mahal lagikan. pastu hdd boleh dapat 7200rpm punya ke? sbb aku servei aritu banyak yang 5400rpm punya. alasan, hdd laptop dah banyak tak kuar 7200rpm punya. saja nak merasa pakai asus plak, orang cakap superb.
Pasal HDD tu tak pasti plak aku, mungkin sebab skrg ni diorang nak cuba SSD plak kot. Klu pakai i7 banding ngan i5 (2nd gen) tak jauh beza pun bro. Aku pentingkan battery dulu, senang tak payah la dok mencari plug memanjang :). Kalau asus memang aku syorkan. Aku pun pakai model A42J. Dok usha2 jugak tengok model N Series skrg ni he he π
better i5 ke i7? aku pun duk ushar A series ni. tapi tak pasti lagi nak ambik yg mana. U45Jc ok tak? hehe
Selamat datang ke Samsung Fan Club bro. Kau tanya je aku, semua barang kat umah didominasi oleh Samsung, dari TV sampai la vacum semua samsung. Gadget takyah citer la… kecuali PC ngan laptop/tablet.
Aku paling suka ngan Samsung sebab design dan teknologi diorang. IMO
Terima kasih, wah sampai ke vacuum ye. Dasyat, rumah aku kat kampung memang dah pakai Samsung LCD TV. Sebab tu aku tak teragak-agak nak angkat Samsung LED TV pula. Cuma lepas ni mungkin aku nak beli tablet/smartphone Samsung plak. Nak merasa pakai Android plak. hehe
belum ada keperluan lagi. jadi, pakai dulu lagi tv yang lama tu. haha..
baguslah tu, kalau dah ada tak perlulah membazir. pakai yang ada pun sudah mencukupi. π
model 32D4000 ke? samsung memang terbaik buat masa ini… dari segi function dan design… paling penting, kemampuan untuk support format video selain dari .avi.
yurp, ko pakai model sama ke? itulah, design memang terbaiklah. duk tgk display pun, gambaq samsung lagi best. aritu ingat nak beli full hd skali. tp pk astro pun tak support full hd, beli yang ini pun jadilah. hehe
aku keje dekat department audio visual….
sebab tu tahu pasal model nie.. dapat tengok dan pegang customer punyer je la… nak beli tak mampu… kikiki
pergh, mantap. staf tak boleh beli ansuran ke? tolak gaji bulan2. hehe
takda plak dia sediakan untuk staff….
bayar ansuran tu sama je macam customer lain-lain…
cuma bezanya dapat rebat, terus masuk dalam gaji…
dapat rebat ok la tu, dari tak dapat lansung. banyak tak rebat dia bagi?
kalau barang elektric dalam 10% dari harga barang…
10% duit juga tu, dari aku takda lansung. hehe
hik3.. anjat kita. ingat dapat cabutan bertuah. ini betul2 kejadianlah nih?
alhamdulillah.. rezeki Allah.. Tapi kalau beli smart tv led samsung boleh
link dgn samsung tab.. nak tgk tv kat bilik air pun boleh.. hik3…
ikutkan memanglah teringin nak model macam tu, tapi apakan daya. ikut kemampuan dan sekadar keperluan. hehe
puas wooo tngk besoΒ².. nak gak sebijik.. bape weh? ekekkee
erk, aku dah tulis kot…tak baca ke?
Galaxy Note bila pula? hehe
note tak mampu kot, hehe..nak kasi letup kat ebay dlu…baru mampu kot…hehe