Rasuah di Malaysia. Sudahkah anda menjawab kajian Reaksi Belia Terhadap Perlaksanaan Parlimen Belia Malaysia? Bagi yang sudah mejawabnya, insyaAllah anda akan menerima topup bernilai RM5 tidak lama lagi. Kali ini anda boleh merima topup RM10 pula setelah anda menjawab Kajian Kefahaman dan Persepsi Belia Terhadap Rasuah di Malaysia.
Pada dua hari yang lepas saya telah menerima sebuah lagi emel untuk menjawab Kajian Kefahaman dan Persepsi Belia Terhadap Rasuah di Malaysia dan saya telah menjawabnya sebentar tadi. Ternyata kajian yang diberikan menguji saya dan menambah pengetahuan saya serba sedikit mengenai rasuah di Malaysia. Berikut adalah emel yang saya terima:
Rasuah di Malaysia
SAUDARA/SAUDARI
KAJIAN KEFAHAMAN DAN PERSEPSI BELIA TERHADAP RASUAH DI MALAYSIA
Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IPPBM), Kementerian Belia dan Sukan Malaysia, sedang menjalankan kajian bagi mendapatkan pandangan generasi muda berkaitan isu-isu rasuah di Malaysia.
Anda yang berada di dalam kelompok Generasi Belia yang berumur 21 hingga 40 tahun dijemput untuk menyertai survei ini. Jawapan ikhlas anda dapat membantu IPPBM dalam mendapatkan gambaran mengenai fenomena yang berlaku. Anda juga boleh βforwardkanβ borang survei ini kepada rakan-rakan yang berumur antara 21 hingga 40 tahun.
Sebagai tanda menghargai jasa anda, IPPBM akan memberi sagu hati berbentuk nilai tambah pra-bayar (top-up credit) bernilai RM10.00 kepada 5,000 orang pertama yang menjawab survei ini. Nombor kod top-up akan dikirimkan melalui email kepada anda yang berjaya selepas pihak IPPBM menerima kesemua 5,000 borang soal selidik yang dijawab oleh responden.
Untuk menyertai survei ini sila klik ke url
http://onlinesurvey.ippbm.gov.my/index.php?sid=37494&lang=ms
Apa tunggu lagi, jawab kajian di atas sekarang juga. Sila jawab dengan teliti dan jujur, insyaAllah anda akan diberikan topup bernilai RM10 untuk Celcom dan Maxis sahaja. Segera, kerana ianya terhad kepada 5,000 orang sahaja. Rasuah di Malaysia
survey macam ni memang tak rugi kita turut serta
itulah bro, aku dah banyak kot join servei macam ni. byk benda boleh tau, topup free pun dpt. hehe
alamak, kalau pakai postpaid…kena jual la topup tu kan..hehe.. mana ya web servey malaysia yg bagus? kalau dulu selalu gak kena panggil dgn nelson utk buat servey.dpt token.
haha, ok la tu kalau boleh jual. kurang pastilah pula, pasal nelson tak tahulah plak. π
berapa ramai agaknya yang dapat topup tu ye..
erk, dalam emel tu dah dinyatakan. cikgu tak baca ke?
Dah pergi ke url tu,dah tutup pulak kajian nya.
ya ka, dah cukup 5,000 agaknya. maaf.
ok no problem…
kalau ada lagi, nnt aku sharekan lagi ye. π
hehe..leh dapat duit topup plak. haha..
tahu takpa, dah banyak kali juga aku menjawab servei ni. mesti dapat punyalah. π
Betul dapat duit ke? Isi ulang-ulang boleh? dapat topup lebih π
ulang-ulang aku tak pernah buatlah plak, sebelum ni memang aku jawab semua servei. memang dapat topup pun. hehe