Kunci Folder Peribadi Tanpa Software

Isu keselamatan sesebuah komputer bukan hanya sekadar menggunakan perisian antivirus, terdapat pelbagai ancaman terhadap keselamatan komputer. Terutama kepada fail-fail peribadi yang disimpan di dalam sesebuah folder di dalam komputer. Maklumlah, kalau komputer persendirian sekalipun pasti kita akan membenarkan orang tersayang membukanya.

Rata-rata pengguna komputer mengambil langkah mudah dengan hanya menyembunyikan (hidden) fail atau folder yang dianggap rahsia. Tetapi tidak sukar untuk dicari oleh kebanyakkan pengguna, kanak-kanak di bangku sekolah pun sudah pandai mencari hidden fail.

Oleh yang demikian saya ingin berkongsikan satu lagi langkah mudah bagaimana hendak mengunci (lock) folder tersebut tanpa menggunakan sebarang perisian (software) dan password yang membolehkan kita jutawan. Menjimatkan masa dan ruang cakera keras (hard disk) anda. 🙂

Lock Folder Tanpa Sebarang Software

  1. Buat satu folder untuk menyimpan fail-fail penting anda, contohnya folder mohdisa.

    Lock folder tanpa software

  2. Tukar nama (rename) folder tersebut kepada:
    namafolder.{2559a1f2-21d7-11d4-bdaf-00c04f60b9f0}
    Contohnya mohdisa.{2559a1f2-21d7-11d4-bdaf-00c04f60b9f0}

    Lock folder tanpa software
    Untuk rename, pilih folder tersebut kemudian klik kanan (right click) > pilih rename > Enter.

  3. Secara automatiknya folder tersebut akan terkunci (lock) seperti di bawah:

    Lock folder tanpa software

UnLock Folder Itu Kembali

  1. Untuk membuka (unlock) folder itu kembali, buka command prompt. Pastikan anda tahu lokasi folder tersebut berada.
  2. Kemudian taip command ini:
    ren namafolder.{2559a1f2-21d7-11d4-bdaf-00c04f60b9f0} namafolder
    Contohnya ren mohdisa.{2559a1f2-21d7-11d4-bdaf-00c04f60b9f0} mohdisa
  3. Kemudian folder anda akan kembali seperti keadaan asal (unlock).

Mudah bukan? Hanya beberapa langkah sahaja anda mampu menjaga keselamatan fail-fail anda daripada dicerobohi daripada sesiapa pun. Kalau hendak selamat lagi, lock folder anda di dalam beberapa folder supaya susah untuk diunlock kembali dengan command prompt.

Selain itu juga anda boleh mencuba cara lain untuk lock folder anda seperti tutorial yang telah disediakan oleh rakan blogger saya iaitu Dauspozi: Lock Folder Tanpa Menggunakan Sebarang Software.

Nota: Artikel ini telah dipaparkan pada 27 Mac 2011, jadi mungkin cara di atas sudah tidak releven. Sila cuba dahulu sebelum melakukan pada folder yang penting. Segala risiko atas tanggungjawab sendiri. Harap maklum. Terima kasih.

Sebarkan kepada rakan-rakan anda!

118 thoughts on “Kunci Folder Peribadi Tanpa Software”

  1. Thank you MOHD ISA for this ilmu,
    tp terlalu muda caranya, kena fikir org yg cuba belum tentu org jgn mahir pasal computer ni.

    siap yg nak unlock pakai command promp pasti kan file yg anda lock tu berada dia dalam file yg terera dekat command promp
    contoh bila saya buka command promp ni keluar yg kat bawah ni, masuka kan file nya ke situ. baru dia akan unlock.

    C:\Users\HP>

    Reply
  2. Unlock > bukak folder yg ada folder yg dh dilock tu cth folder AAA dilock dlm folder pictures. So bukak folder pictures. Tekan right click>new>text document>tulis ren AAA(smbungsendiri)>save as>rename it as unlock AAA.cmd>save as type tu tukar jd all files>enter
    P\s AAA tu nama folder korang

    Reply
  3. Dah baca komen2 diatas akhirnya dpt jgak penyelesaian
    Sapa2 yg belom boleh buka tu mari saya ajarkan
    Step 1.
    rename folder yg ada lambang kunci tu spt contoh ni. Unlockmira.cmd
    *Mira tu adalah nama folder sy so korg gantikan mira tu ke nama folde korg ye
    Step 2.
    Pergi ko command prompt
    Pastu kalau korg simpan folder tu dekat local h sila type H: pastu enter
    Ok pastu dah kluar lambang h korg type la ren unlockmira.cmd. {2559a1f2-21d7-11d4-bdaf-00c04f60b9f60} unlock mira.cmd
    *mira adlah nama folder sy jd korg tukarkan mira ke nama folder korg ye
    Ok sekian

    Reply
  4. selepas beberapa kli buat bru dapat unlock…

    ren Hantu.{2559a1f2-21d7-11d4-bdaf-00c04f60b9f0} Hantu

    pastikan di folder just ad nme folder sahaja xde coding {2559a………………..}

    harap membantu semua

    Reply
  5. saya dah buat mcm bro suruh and ok..lama la juga saya guna..lps tu selang beberapa bulan baru saya nak buka balik..masalahnya saya dah terdelete nama fail yang asal dan saya terlupa nama fail tu..bila saya buh ja yg bro arahkan tu..x jd2.. tolong saya..email saya ppmdbaling@gmail.com

    Reply
  6. saya da lock folder,masalah skrg, saya xboleh unlock…tolong saya.. urgent..tolong emelkan kpda saya (cien_nas69@yahoo.co.uk)
    saya harap sgt2 sape2 tolong saya

    Reply
  7. sy dh lock file… step 1 tu dh ok… lepas tu nk unlock xbole.. minta tolong sgt2 mcm mn nk unlock file nie balik… urgent2… tolong emel kat sy (dunia86@gmail.com)

    Reply
  8. Salam, adui,, sy pom xleh bukak jugak,,, mcm mne ni?? susahnye, xfhm lasung care nk unlock file ni,,,, knape xtunjuk screenshot dan video je utk unluck file ni supaye sy lebih fhm,,,,

    Reply
  9. salam bro, sy dah buat . and folder tu dah lock. bila sy nak unlock. dia ckp, the system cannot find the file specified. how ? please i need ur respond

    Reply
  10. salam bro.. sy nk mintk tolong bg kn ayat utk command. sy dh cek direktori semua dh betol.. tp still comand tu ckp error tak jmpe file.. mohon bantuan.. huhu

    Reply
  11. salam, semalam saya lock folder guna cara yang ditunjukkan di atas. memang ter lock pun. cuma now, takleh nak bukak. saya dah ikut step yang diberikan, takleh jugak. tolong plissss

    Reply
    • copy n paste yg abg ni ajar ke notepad kau.. notepad tu save as fix.bat
      After that kau copy file notepad td, p kat folder lock kau.. double klik pad fix.bat

      Reply
  12. Bro.. icon dah jadi kunci tapi folder tu boleh je bukak. boleh tambah ape2 security lain tak mcm pasword ke. so kalo nak bukak kene letak password.
    Thanks

    Reply
  13. Salam bro… sorry nak tanya. Akupon alami masalah sama macam brader Ilyas nih bro… cane ek?? Cara nih boleh digunakan utk folder dalam USB/externel harddisk tak?? Kalau bleh tolong ajar cara nk locate folder step by step gune cmd. dah try google tp jawapan x memuaskan. thanks…

    Reply
  14. sy dah cuba byk kali tp x bole la…sume step dah betul..kluar command ” the syntax of the command is incorrect”..ada solution lain x??urgent nih..

    Reply
  15. adehhh…folder tu kan aq smpn dlm local disk D..mcmne nak ubah kt command prompt 2???bley x tnjuk cara bergmbr mcm kt ats 2??

    Reply
  16. celah sket, bab coding kat command prompt untuk unlock tu korang boleh copy mcm “ren adoi.{2559a1f2-21d7-11d4-bdaf-00c04f60b9f0} adoi” kat dalam text document. ubah extension name ke cmd. cth: unlock adoi.cmd tekan dier terus unlock x yah type kat command prompt.

    Reply
  17. ok2 .da dapat .korang cuma perlu ada basic knowledge untuk language command prompt dan tukar directory tu kepada folder yang telah di lock .
    kod2 yang diperlukan adalah : cd .. / cd(foldername) / dir & lain2 .terima kasih .

    Reply
  18. Pingback: Tutorial: Lock Folder Tanpa Sebarang Software — Blog Mohd Isa
  19. sy ber masalah nak unlocked folder, dy tulis the system cannot find the file specified, mohon bantuan semua…ape solution???

    Reply
    • erk, cuba pastikan directory anda betul. cuba type dir dahulu, lihat folder tersebut ada atau tidak pada directory yg anda gunakan dalam command prompt.

      Reply
    • semua cara sebenarnya tak secure kalau diikutkan kalau kita bg pengguna lain pakai komputer kita, solutions dia sila jadi seorang yang kedekut.

      Reply
  20. aku pakai software folder hidden
    penah sekali terlupa password mengelabah jugak la nk recover balik.
    nasib baik ingat balik haha

    Reply
    • aku pernah pakai folder locker, tp kurang menarik plak bila fikir kalau nak lock folder dalam external atau pendrive, jadi masalah plak bila nak buka dengan komputer lain.

      Reply
  21. bro
    dgn cr ni mmg folder boleh lock
    tp walaupun dah lock
    org still senang2 jew leh delete ???
    so how to prevent dr kene delete ???

    Reply
    • mudah sahaja, untuk elak daripada di delete, right click pada folder. ambik properties, pilih tab security, then click edit pada change permission. allow semua. abis citer. 🙂

      Reply
  22. sy ber masalah na unlocked folder, dy tulis the system cannot find the file specified, folder sy na unlocked ad kt deskop, mohon bantuan semua…ap solution???

    Reply
  23. sy da try bnyk kali tp still dy ckp the system cannot find the file specified, file yg sy na unlocked ad kt destop, so cmne ye, mohon bantuan…

    Reply
  24. sy na unlock flder failed, dy ckp the system cannot find the file specified, sbb file 2 ad kt desktop, cmne na unlock ye, mohon bantuan…

    Reply
  25. sangat berguna tuto ni especially utk folder2 gambar takut ada gambar aksi melampau..hehe sori bro.. sy gurau je. tapi mmg saya akan praktikkan utk folder gambar2 sy takut ada gambar yg tak bertudung dilihat orang.thanks

    Reply
  26. tak berminat..wakaka
    terbaik ni bro, mana taw aku pakai windows ni ada orang nak masuk curi privasi aku..pergh barang berharga tu..heee

    Reply
    • untuk unlock balik, lupa pun takpa. sbb kat command prompt kita boleh nampak no tu. tp kalau nak pakai no sendiri tak jadilah, no tu kan coding. 🙂

      Reply

Leave a Comment