Pernahkah terlintas difikiran anda semua bahawa ada manusia di dunia ini tidak pernah berdoa atau meminta kepada sesuatu kepada tuhannya. Tidak tahulah pula jika sesorang itu tidak percaya adanya tuhan atau tidak berpegang kepada sesuatu agama.
Begitu juga kita yang berpegang kepada agama islam dan percaya wujudnya tuhan kita yang satu iaitu Allah s.w.t. Sejak dari kecil lagi kita diajar agar bersyukur di atas nikmat yang telah diberikan oleh tuhan kita, begitu juga kita diajar sentiasa berdoa kepadaNya bukan sekadar menjadi kuat seperti sebatang pokok.
Tahukah anda waktu-waktu yang mustajab untuk berdoa dan meminta kepadaNya? Kali ini saya ingin berkongsikan waktu-waktu mustajab berdoa yang saya perolehi daripada majalah Solusi, sebuah majalah keislaman yang sesuai untuk bacaan para umat islam.
Waktu-waktu Mustajab Berdoa
- Ketika hujan.
- Ketika hendak memulakan solat dan selepas solat.
- Ketika menghadapi musuh dalam peperangan.
- Waktu antara azan dan iqamat.
- Ketika iktidal yang akhir dalam solat.
- Ketika sujud dalam solat.
- Ketika khatam al-Quran (30 juzuk).
- Sepanjang malam, terutamanya di sepertiga malam yang akhir dan pada waktu sahur.
- Sepanjang hari Jumaat.
- Kerana mengharapkan bertemu dengan saat ijabah (saat diperkenankan doa) yakni antara terbit fajar hingga terbenam matahari pada hari Jumaat.
- Antara waktu Zuhur dan Asar dan Asar dan Maghrib.
Itulah di antara waktu-waktu yang mustajab untuk berdoa, sebenarnya banyak lagi waktu-waktu yang mustajab untuk berdoa. Jika anda tidak percaya, bolehlah mencari “waktu-waktu mustajab berdoa” di Google, banyak sumber yang anda bakal perolehi.
Tetapi bagi saya, jika boleh hampir setiap masa saya ingin berdoa dan beryukur kehadrat Ilahi kerana memberi peluang kepada saya untuk hidup di dunia yang indah ini. Tidak salah bukan jika kita sentiasa berdoa dan mengucapkan syukur kepadaNya. 🙂
doa senjata yg paling tajam
al-quran tidak terbakar
terimakasih panduan doanya.
sama-sama, semoga dapat membantu. 🙂
Bila hujan, ada sesetengah orang akan mengeluh kerana hujan menyukarkan pekerjaan mereka. Untuk pengetahuan anda, apabila hujan turun sahaja, ada doanya tersendiri. Tapi saya tak ingatlah pula sekarang ini apakah doa nya tersebut
betul tu ayie, ramai yang mengeluh dari mengucapkan tanda syukur apabila turunnya hujan. kadang-kadang aku sendiri mengeluh, moga Allah dapat memaafkan aku. kalau ada doa tu, share la ayie.
harap doa dimakbulkan.. amin
insyaAllah, semoga dimakbulkan hendaknya.
TQ ats perkongsian info..TQ2..
most welcome. 🙂
apapun biasa aku lihat ada sesetengahnya… lepas je sembahyang terus cabut lari… ish2 cuba elak2kan yang begitu dan ikutlah tips2 yang tertera di atas… terima kasih bro…
betul tu bro, pantang abis solat. terus cabut, apa yang dikejar pun tak tahu. apa salahnya berdoa menadah tangan sebentar. 🙂
alhamdulillah perkongsian menarik,
selalunya lebih doa waktu sujud dalam solat la..
betul tu bro, waktu yang paling sesuai semasa sujud terakhir sebelum membaca tahayat akhir.
As salam..
Lg satu masa di antara 2 khutbah.
Org yg tak pernah berdoa mungkin org yg tak pernah solat…
salam iza, betul tu iza. saya paling suka berdoa waktu di antara dua khutbah, tapi orang perempuan rugi waktu solat jumaat la. 🙂
Tak kira, nak berdoa jgk.
Buka tv1, dgr khutbah…
haha, boleh yerk mcm tu? 😛
Apa-apa sahaja kita doa kepada Allah, insyaallah akan termakbul tidak kiralah bagaimana kita lakukan sama ada depan tv ataupun lain-lain.