Tips SEO Mengurangkan Peratusan Bounce Rate

Jika sebelum ini saya ada menerangkan mengenai kepentingan meta tags di dalam SEO yang boleh dikatakan amat sukar bagi seorang yang baru, terutama kepada mereka yang kurang pengetahuan dalam mengemaskini tema laman web atau blog. Saya juga kadang-kadang terasa amat payah untuk mengemaskini meta tags tersebut.

Dalam meningkatkan Alexa ranking atau Google Pagerank, peratusan bounce rate merupakan satu perkara yang perlu dititik beratkan. Apa yang saya faham, penilaian Alexa ranking dan Google Pagerank juga mengambil kira peratusan bounce rate. Ada juga pertanyaan yang saya terima daripada rakan-rakan blogger yang lain, apa yang dimaksudkan dengan bounce rate.

Apa itu bounce rate?

Google analytics contohnya adalah salah satu perkhidmatan atau tools yang disediakan oleh Google yang dapat membatu kita untuk mengkaji statistik kemajuan lawan web atau blog. Dalam perkhidmatan tersebut mungkin anda pernah melihat satu pantauan iatu bounce rate, tetapi mungkin ada yang tidak pernah mengetahui apa yang dimaksudkan dengannya. Ianya merupakan peratusan pantauan pengunjung yang mengunjungi sesuatu laman atau blog dan meninggalkan laman atau blog tersebut tidak kurang dari 5 saat tanpa melayari laman-laman lain melalui sebarang pautan.

Sekiranya nilai peratusan tinggi, maka pengunjung tidak meluangkan masa yang lama dalam laman atau blog tersebut sebaliknya terus meninggal atau beralih ke laman atau blog yang lain. Menurut sumber Google, satu laman atau blog yang mempunyai peratusan bounce rate bawah dari 50% adalah baik dan agak sukar untuk mencapai kurang dari 40%.

Elemen Yang Mempengaruhi Kadar Lantunan Laman

Sekiranya anda mendapati kadar lantunan laman atau blog terlalu tinggi, pertimbangkan faktor-faktor yang menjadi penyumbang kepada masalah tersebut adalah:

  • Reka bentuk (design) yang sangat teruk
  • Laman web tidak memenuhi kehendak pengunjung
  • Laman mengambil masa yang lama untuk dibuka
  • Tajuk berita/isi kandungan yang sungguh membosankan
  • Laman mempunyai kandungan yang tidak relevan (bersangkut paut/bercampur gaul)

Tips Mengurangkan Peratusan Bounce Rate

  1. Kandungan yang berkaitan: Cuba penuhi setiap keperluan pengunjung dengan kandungan yang bersangkut paut dengan misi laman. Elakkan dari memasukkan perkara yang tidak berkaitan seperti iklan melampau dan promosi sesuatu yang tidak relevan. Pengunjung akan terus meninggalkan laman anda sekiranya mereka tidak menemui apa yang diingini.
  2. Reka bentuk laman utama: Pilih atau reka laman utama dengan meletakkan perkara terpenting di bahagian paling atas atau yang mudah dilihat. Boleh dimasukkan elemen seperti warna dan mengetengahkan tajuk-tajuk hangat serta isu sesama yang difikirkan boleh menjadi satu tarikan.
  3. Jelas: Elakkan dari mencampur gaul semua perkara. Kurangkan penggunaan blok-blok maklumat bagi mengelakkan pengunjung keliru untuk mendapatkan maklumat yang diingini.
  4. Sediakan carian: Aplikasikan kemudahan carian untuk pengguna sebagai satu pilihan. Kebanyakan pengunjung akan cuba mencari menggunakan editor carian sekiranya perkara yang ingini tidak terdapat pada laman utama.
  5. Hasilkan tajuk berita menarik: Cuba gunakan tajuk berita atau artikel yang menarik, jelas, mudah difahami, ringkas dan memberikan gambaran awal kepada pengunjung. Anda juga boleh mengaktifkan berita ringkas sebelum pengguna meneruskan kunjungan untuk mendapatkan artikel penuh.
  6. Buang POPUP: Hampir kebanyakan laman menggunakan tetingkap popup bagi mempromosikan sesuatu perkara. Langkah ini lebih menyerabutkan dan menyusahkan pihak pungunjung.
  7. Kandungan yang bernas: Penghasilan artikel atau kandungan yang berkualiti, padat dan jumlah kesalahan penulisan menjadi faktor utama untuk pengunjung membaca.

Selain itu juga, anda boleh membaca tips dan penerangan daripada saudara Reza Mohyin mengenai bounce rate di blog beliau. Iaitu Bounce rate: Apa dan bagaimana?

Sumber: Kripkorn Studios

Sebarkan kepada rakan-rakan anda!

61 thoughts on “Tips SEO Mengurangkan Peratusan Bounce Rate”

  1. datang dari search engine..huhu……
    aku baru paham pasal bounce rate ni dan baru buat entry pasal bounce rate…..tapi beza entry aku ngan entry ko…jelas menunjukkan ko ebih otai…entry ko lebih bermaklumat…caya la bro….aku surrender. miahaha

    Reply
    • betul tu bro, no.7 amat penting dari segi penulisan dan cara penyampaian kita perlu lebih kreatif utk menarik minat pembaca. 🙂

      Reply
  2. Salam bro, terima kasih kongsi. 🙂

    Saya walaubagaimanapaun berpendapat bounce rate semata-mata tidak memberi ukuran tepat untuk performance blog.

    Reply
    • Salam, sama-sama. Ada juga yang berpendapat bounce rate ini tidak sesuai untuk personal blog. Itu mengikut pandanganlah, tapi kalau ada usaha untuk menurunkan peratusan bounce rate. Itu lebih baik rasanya.

      Reply
    • wah, bang iwan datang melawat di sini. terima kasih bang iwan. sekadar ingin berkongsi pengalaman bang iwan. 🙂

      Reply
  3. Pingback: Tips Meningkatkan Pembaca Blog Dengan Hello Bar — Blog Mohd Isa
    • biasalah tu, tambah pula blog oversea. kebanyakan suka memasang popup untuk subscribe blog mereka. tetapi mereka tidak sedar, pelawat dari malaysia ni menggunakan internet berkelajuan rendah. hehe, us kan laju. 😛

      Reply
  4. saya suka kan tip ni, sbb da lama saya tgk bounce rate ni, tp x faham sepatah pon, hehe. Bounce rate saya 69.46%. tinggi tuh, so kene la saya godek balik web saya ni

    Reply
    • tinggi tu dekat 70%, kena baiki balik. kalau byk crawl error, betulkan balik. tambahan pula kalau terlampau banyak link broken. sila cek kembali.

      Reply
  5. oo cmtu rupanya maksud bounce rate. thanks bang isa atas tips yg bernas ni. agak2nya ER ni memenuhi ciri-ciri tips yg abg isa cakap tu x? huhu

    Reply
  6. Paling tension sebab sekarang ni banyak blog ada popup ‘Selamat datang ke blog… SIla isikan nama anda..” Fuh, letih beb, berat blog jadinya.. Klu kluar 2, jai terus cari butang ‘x’..ha3.

    Reply
  7. bagus tips nie, nasib bounce rate aku bwah 50, huhu. thnks sebab berkongsi, sebenarnya aku x tau sanngat bab bounced rate nie. huhu. ade fuction rupenyer..

    Reply
  8. tak paham bounce rate sebelum ni sebab tu tak pernah cek, lepas ni boleh lah check..entah apalah kabarnya.Blog ni mestilah bounce rate rendah sebab byk benar yg sy nak baca

    Reply
    • takdalah rendah sgt, masih tinggi rasanya. maklumlah, pengeluaran entri kadang2 tak konsisten. begitu juga time on page, kejap naik. kejap kurung. 🙂

      Reply
    • tahu takpa, mengarut je letak popup tu. kalau nak letak, test wat cam syok.org dia akan paparkan dalam beberasa saat untuk fanpage dia, pastu terus redirect ke hompage. nice kan…

      Reply
    • hoho, best gila lama tak cek. aku boleh dikatakan hampir setiap hari nak cek. tp wat masa sekarang ni, minimum sbln sekalu aku cek la. hehe

      Reply
  9. satu lagi, entry dalam blog kena banyak.
    macam blog aku, entry tak banyak.
    first time datang, mungkin dia baca 3 4 entry, 2 nd time datang, baca entry terbaru je lah kot. yang lain2 mungkin die pernah baca sebelum tu

    Reply
    • tahu takpa, 1st time datang maybe dia rajin selak-selak beberapa entri. lepas tu maybe dia dah tak selak lansung, haha. aku setuju komen bro ni. so kena rajin tarik minat dorg untuk baca entri sebelum nilah. 🙂

      Reply

Leave a Comment