AFF Suzuki Cup 2010 : #HarimauMalaya Garang di Twitter

Sekalung tahniah dan syabas saya ucapkan kepada pasukan bolasepak Malaysia kerana telah berjaya mencipta sejarah bolasepak tanah air dengan membawa pulang AFF Suzuki Cup buat pertama kalinya setelah menanti selama 14 tahun. Walaupun tewas pada aksi perlawanan akhir kedua di Indonesia 2-1, Malaysia menang secara agregat 4-2. Hasil kemenangan perlawanan akhir pertama di Bukit Jalil dengan 3-0.

Malaysia Won AFF Suzuki Cup 2010
Sejarah tercipta, Harimau Malaya bergelar juara AFF Suzuki Cup 2010

Sebaik sahaja wisel penamat ditiupkan pada aksi perlawanan akhir kedua, boleh dikatakan bagaikan ribut taufan melanda di laman sosial popular seperti Facebook dan Twitter. Paling ketara dapat dilihat adalah di laman Twitter, penyokong-penyokong Malaysia tidak putus-putus mengucapkan tahniah kepada pasukan Harimau Malaya dengan trending #HarimauMalaya terus terpapar di Twitter.

#HarimauMalaya terus garang di Twitter, sang #Garuda pula entah hilang ke mana. Hampir sejam lebih saya melihat update di Twitter bagaikan taufan melanda. Rakyat Malaysia terus menyambut kegembiraan setelah Harimau Malaya garang membaham Sang Garuda. Aksi di Indonesia jelas memihak kepada pasukan tuan rumah, di mana hampir keseluruhan permainan dikawal oleh #Garuda.

Mohd. Safee Mohd. Sali
Safee Sali dianugerahkan penjaring terbanyak AFF Suzuki Cup 2010

Tetapi serangan balas #HarimauMalaya yang pantas dihasilkan membuahkan hasil dahulu apabila Malaysia memperolehi gol pertama hasil jaringan penjaring terbanyak AFF Suzuki Cup 2010 iaitu Safee Sali. Tetapi kealpaan barisan pertahanan Malaysia terus diuji dan akhirnya Indonesia berjaya menjaringkan dua gol selepas itu sehinggalah tiada jaringan gol dilakukan.

Walaupun Indonesia menang dengan 2-1, tetapi Malaysia tetap berjaya memenangi AFF Suzuki Cup 2010 ini dengan agregat 4-2. Di Twitter, gelombang #HarimauMalaya bagaikan air sungai. Dalam masa beberapa minit juga, trending baru terus memuncak naik mengenai AFF Suzuki Cup. Tiga trending yang saya dapat kesan adalah Khairul Fahmi, Ahmad Bustomi dan juga Congratulation Malaysia.

Twitter Trending
Trending selepas final AFF Suzuki Cup 2010

Khairul Fahmi merupakan penjaga gol #HarimauMalaya yang bertindak cemerlang pada perlawanan akhir kedua, banyak percubaan berbahaya yang dilakukan oleh #Garuda diselamatkan. Ini termasuk sepakan penalti yang diambil oleh ketua pasukan #Garuda. Ahmad Bustomi, perancang #Garuda di tengah padang yang berjaya menaikkan semangat rakan-rakan beliau sehingga berjaya menjaringkan dua gol untuk Indonesia.

Congratulation Malaysia, sudah semestinya ucapan tahniah buat pasukan #HarimauMalaya yang telah berjaya membawa pulang AFF Suzuki Cup dan majoritinya telah dinaikkan oleh penyokong-penyokong #Garuda di Twitter. Menang kalah itu adat permainan, tidak perlu ada musuh dan isu yang perlu dibangkitkan. Masing-masing ada peluang untuk menang, baik #HarimauMalaya ataupun #Garuda. Ada peluang, #HarimauMalaya pasti akan bertemu lagi dengan #Garuda. Betul tak?

Akhir kata daripada saya, semoga kemenangan #HarimauMalaya ini terus membawa semangat dan terus meningkat agar dapat pergi lebih jauh lagi. Ini termasuk membawa #HarimauMalaya ke peringkat yang lebih tinggi lagi seperti Piala Asia, Sukan Olimpik dan Piala Dunia. Tahniah dan syabas sekali lagi, pastikan #HarimauMalaya terus garang di masa yang akan datang.

Sebarkan kepada rakan-rakan anda!

36 thoughts on “AFF Suzuki Cup 2010 : #HarimauMalaya Garang di Twitter”

  1. Pingback: Monthly Review – December 2010 — Blog Mohd Isa
  2. mana tak dikuasai oleh indonesia..
    fans kita tengok match di pejabat kedutaan..takut kena bunuh dengan fans indonesia kalau mereka pergi ke stadium bung karno tu..
    sepatutnya FIFA kena ambil perhatian benda ni..

    Reply

Leave a Comment