Peristiwa Tahun 2010 Yang Pahit Untuk Ditelan

Salam sejahtera dan salam 1Malaysia, dalam diam tak diam akhirnya kita sampai di penghujung tahun 2010. Rasa sekejap sahaja tahun 2010 ini berlalu, tahun 2011 kian menjelma. Banyak perkara yang berlaku dalam tahun 2010, tidak kira kepada diri kita dan orang lain. Pasti ada pengalaman manis dan pahit dialami.

Bagi saya, tahun 2010 ini banyak perkara pahit yang berlaku berbanding perkara manis. Itulah yang saya dapat simpulkan, paling pahit untuk ditelan sudah pasti mengenai masalah yang saya sedang hadapi sekarang ini. Bukan mudah, bukan senang untuk menghadapinya. Sedih dan pilu, itulah perasaan saya untuk menghadapinya.

Pada luarannya, mungkin orang tidak dapat melihat betapa saya sedang menghadapi masalah yang amat besar bagi saya. Bagi yang belum mengetahuinya, saya ada menulis beberapa artikel mengenai masalah yang saya hadapi. Di antaranya:

Itulah di antara luahan saya di blog ini, melalui luahan itulah ramai rakan-rakan blogger yang tampil membantu dan memberikan semangat kepada saya agar lebih tabah menghadapinya. Saya teruskan juga hidup ini walaupun pahit untuk ditelan, sehingga hari ini ibu saya masih belum sembuh sepenuhnya.

Sehingga kini jugalah, saya dan keluarga masih hidup di dalam kesusahan. Abah masih tidak bekerja kerana terpaksa menjaga ibu di rumah. Saya pula masih menuntut, hendak meringankan beban keluarga. Saya terpaksa mengikat perut, kadang-kadang lansung tak makan. Betapa susahnya hidup ini, saya terpaksa berhutang dengan rakan-rakan untuk membeli makanan.

Tetapi sampai bilakah saya harus berhutang? Saya sedih, menitis air mata saya mengenangkan nasib saya sebegini. Apa-apa pun, hidup ini harus diteruskan. Begitu juga dengan pelajaran saya, agar saya tidak menghampakan harapan kedua orang tua saya. Kadang-kadang saya terpaksa berbohong kepada ibu saya, menyatakan saya masih ada duit belanja. Padahal, dompet kosong sahaja.

Itulah kisah pahit di tahun 2010, walaupun ada perkara manis yang berlaku. Tetapi masih tidak dapat menutup kesedihan yang berlaku. Apa-apa pun, saya berdoa dan berharap agar tahun 2011 kelak akan mengubah segalanya. Kembalikan keceriaan di dalam keluarga saya, itu sudah memadai. Semoga Allah meringankan segalanya, semoga ibu cepat sembuh seperti sediakala.

Akhir kata daripada saya, selamat menyambut tahun baru. Semoga azam di tahun 2011 kelak akan terlaksana. Salam sayang dari saya, Mohd Isa.

Sebarkan kepada rakan-rakan anda!

34 thoughts on “Peristiwa Tahun 2010 Yang Pahit Untuk Ditelan”

  1. Salam bro,
    Banyak juga tu pengalaman pahit yang bro tempuh sepanjang tahun lepas.. walaupun kami tak merasai pengalaman yg sama macam tu tapi berdasarkan pengalaman2 yg hampir serupa sebelum ni, sedikit sebanyak kami juga paham bagaimana perasaan bro sekeluarga.. semoga itu semua itu akan dapat menambah kekuatan dalaman bro.. dan semoga tahun ni akan jadi lebih baik..

    Reply
    • Terima kasih bro, insyaAllah. Moga dengan apa yg berlaku ini ada hikmahnya dan mudah-mudahan akan meningkatkan lagi ketabahan dalam diri ini. Semoga tahun ini akan lebih baik daripada tahun lepas, terima kasih sekali lagi bro.

      Reply
  2. Perit juga apa yang ko lalui di 2010, aku nak bantu aku sendiri pun susah sekarang,

    kalau ko perlukan bantuan kewangan mendesak, DM jer twitter aku or email, setakat Rm10-50 boleh la aku tolong

    Reply
    • itulah, aku nak makan pun susah. sekarang ni budget2 jerk. kdg2 tu tak makan. kalau ada duit pun, beli megi jerk. nnt aku DM ko.

      Reply
  3. Aku harap bro tabah dan sabar la ya… Semua tu ketentuan Ilahi, ada hikmah dan berkat. Insya-Allah akan ada kebahagian untuk kita.

    Reply
  4. Pingback: Kemeriahan Tahun Baru di Twitter — Blog Mohd Isa
  5. semoga bro mohd isa semakin tabah hadapi setiap cabaran dan dugaan. Insya Allah sinar dan cahaya sedang menanti di masa depan

    Reply
  6. Setiap dari manusia tidak lepas dari masalah. Jadi, perlu kembali pada yang Maha Kuasa. Itulah kita.

    Harap tahun 2011 membawa lebih kebahagiaan.. 😀

    Reply
  7. besar betul bunyinya masalah yang dihadapi untuk tahun 2010 ni. harapnya menjelang 2011 nanti Allah permudahkan segala-galanya dan menunjukkan pelangi selepas hujan

    Reply
    • terima kasih bro, mudah-mudahan begitulah hendaknya. semoga di tahun baru ini memberi sinar di dalam kehidupan ini. terima kasih bro.

      Reply
  8. Jika kita bertanya kenapa ujian seberat ini, Al Quran menjawab : “Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya” – Al Baqarah : 286

    – dan kejayaan yang paling indah adalah yang dicapai melalui pengorbanan –

    semoga tabah menghadapi kehidupan,jangan berputus asa dengan rahmah Ilahi.. 🙂

    Reply
    • insyaAllah izwan, terima kasih mengingatkan saya tentang ini. insyaAllah saya akan hadapinya dengan lebih tenang lagi. terima kasih sekali lagi.

      Reply
  9. sabar isa. moga mak ko cepat sembuh.ko jangan berenti. sayang la. agi 1 sem.mula-mula ni memang susah.nanti kalau dah keja ok la.
    neway, selamat tahun baru bro.

    Reply
  10. Pingback: myebuzz.net
  11. Assalamualaikum bro

    Harap bro tabah menghadapai ujian ni
    semoga dengan kedatangan tahun baru 2011 akan membawa seribu sinar untuk bro dan keluarga harungi liku-liku yang lebih mencabar dan dikurniakan kesihatan yang baik
    Selamat Menyambut Tahun Baru 2011 bro

    Reply
    • Waalaikumussalam…
      InsyaAllah bro, aku akan lebih tabah menghadapi semua ujian yang datang. Semoga di tahun baru ini akan memberikan sinar kebahagian kepada aku dan keluarga. Terima kasih bro, salam tahun baru tuk bro gak. 🙂

      Reply
  12. Bismillah Hirrohman Nirrohim…
    Semoga segala amalan mulia mu di berkati Allah.
    Semakin tinggi ujuan tuhan terhadap hambanya… maka bermakna
    kedudukan dia semakin dekat di sisi Allah. Jangan putus harapan.
    Allah sangat menyayangi mu.

    Aku pon pernah merasa pada keadaan hang sekarang. cuma tak mampu nak luahkan kat sapa-sapa. nak ngadu dengan adik-beradik pon sama jugak.. kami semua dalam masalah yang sama. jadi mengadu dengan Tuhan lebih menenangkan hati.

    Jangan putus harapan ok isa. DM aku no maybank. Tak banyak.. skit skit tu boleh la kot. DM sekarang selepas hang baca komen ni.
    Thanks!

    Reply
    • Entahlah man, aku sendiri tak tahu nak buat macam mana lagi. wat masa sekarang ni, aku perlu tumpukan pada pelajaran aku. kadang2 tu aku smpi terfikir nak berenti jerk, skg ni tgl satu sem je lg. aku risau pun ada, aku dah DM akaun maybank aku kat twitter. terima kasih man, sebab sudi membantu. aku tak tahu nak luahkan kat siapa lagi. aku anak sulung, adik-adik aku pun dah byk tlg aku. aku kalau boleh taknak susahkan sesapa. tp aku tak tahu aku nak service hidup aku kat unimap ni macam mana.

      Reply

Leave a Comment