Akaun Facebook Kena Hack

Terkejut, itulah yang reaksi pertama saya apabila tiba-tiba paparan “You are not login” terkeluar daripada pelayar laman Facebook saya. Nak kata saya login akaun Facebook saya di komputer lain atau smartphone, tiada pula. Ini pasti ada orang lain yang cuba login akaun Facebook saya.

Pasti akaun Facebook saya cuba digodam oleh penggodam a.k.a Hackers! Cepat-cepat saya cuba login kembali akaun Facebook saya dan secara tiba-tiba Facebook meminta saya untuk membuat pengesahan (verify) semula melalui nombor telefon yang telah didaftarkan. Saya pun memasukan nombor telefon saya yang dikehendaki untuk mendapatkan nombor pin pengesahan.

Setelah memasukan nombor pin tersebut, pihak Facebook telah menyatakan bahawa akaun saya telah diakses (login) daripada kawasan yang tidak pernah saya akses Facebook. Gambar di bawah menunjukkan kawasan yang telah dinyatakan oleh Facebook, di mana akaun saya cuba digodam.

Akaun Facebook Kena Hack
Ternyata saya belum pernah sampai Switzerland kot, paling jauh pun saya pernah pergi China. Itupun tak buka Facebook lansung, maklumlah banyak aktiviti lain yang perlu saya jalankan di sana. Kemudian saya terpaksa menukar kata laluan (password) yang baru, kali ini dengan lebih panjang dengan 24 aksara.

Kalau kena godam lagi tak tahulah nak letak panjang mana lagi, memang seorang Facebook Hacker yang tegarlah jawabnya. Apa-apa pun saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Facebook, sistem keselamatan anda memang terbaik. Tapi yang peliknya, ada apa dengan Facebook saya hingga hendak digodam?

Sebarkan kepada rakan-rakan anda!

86 thoughts on “Akaun Facebook Kena Hack”

  1. Macamana ek nak buat kalau fb kita kena hack. Pastu dia deactivated kan pulak acc kita. Macam macam cara dah guna. Nak dapatkan semula acc tu camne? Geram pulak dengan hacker gila ni. Susahkan orang je. Dah laa sync photo bersepah dalam fb tu. Gambar gambar penting. Betul menyusahkan orang!

    Reply
  2. acc fb saya engku raja kayangan pun kena hack dn telah diremove alamat email kpd loh.salam@ymail.com mereka dri group single attack crew…

    saya mohon bantuan kpd anda yang otai cmner cara nak kembalikan acc engku rajakayangandua tersebut sebab itu acc penting saya biznezz online…

    Reply
  3. acc fb saya engku raja kayangan pun kena hack dn telah diremove alamat email kpd loh.salam@ymail.com mereka dri group single attack crew…

    saya mohon bantuan kpd anda yang otai cmner cara nak kembalikan acc engku rajakayangandua tersebut sebab itu acc poenting saya biznezz online…

    Reply
  4. erm…takotnya…fb dah kena hack..nak bukak xleh langsung…roomate tanya ang ngah online ka???? xonline pun tapi fb active…pelik2…sok bangun pagi2 bukak fb tp, xleh…huhu…banyak kali kot masok email n password…tetap xleh…suh kawan cek kat frend dia ada x nama fb kita…huhu dah xdak…geram tol…apa yang sy perasan naik email ni masa nak bukak fb…”sukacuri@yahoo.com”

    Reply
  5. Pingback: Jejak Kekasih di Facebook Menjadi Songsang — Blog Mohd Isa
    • itulah pasal, kalau takda hackers pun susah gak. siapa nak wat testing plak. maklumlah, cam anti virus gak. kena wat virus dlu baru leh wat anti virus. 🙂

      Reply
    • pergh, sejak bila ko g Amerika. memang terbaik hackers skg ni. abis semua akaun org dia nak hack, tak kira ada kepentingan atau tidak.

      Reply
  6. pernah terkena kat akaun fb kedua… tapi yang herannya akaun tu kosong je.. member pun 3 orang… cuma layan game kalau dah bosan kat situ… buat posting pun tak pernah… ish2…

    Reply
    • itulah, sampai Switzerland aku dibuatnya. selalunya orang godam melalui hp. susah nak trace skit, setakat trace kawasan jelah.

      Reply
  7. Eh bro… ko carilah info camne caranya akaun FB kita boleh kena hack, pastu cara nak elakkannya.. Buat entri kat sini nanti aku ikut jer.. hi hi

    Ko pg switz tak beli pa pe ke..? wakaka

    Reply
    • yang tu dalam proses carian, tengoklah kalau ada masa lebih skit. aku tuliskan mengenai facebook hack dan security.

      haha, aku pi tak sampai seminit pun. 😛

      Reply
    • yurp, kalau dia suruh verify semula. better verify semulalah, kemingkinan kena hack. ikut sahaja step yg diberikan. 🙂

      Reply
    • haha, biasalah tu bro. kalau kita tak berhati-hati. memang cari nahaslah jawabnya. kalau nak belajar ilmu godam, cari je forum dak2 hackers ni. melayu punya pun ada. 🙂

      Reply
  8. terus terang aku cakap. aku pernah kena gak. bukan sekejap. lama. berkali-kali aku try tukar password dan apabila sampai ke step 4 or 5 (lupa2 ingat), terus di shut down lappy aku.

    sampai satu saat aku buka guna google chrome (aku selalu guna mozilla je). terus boleh sekali jalan je. takut gila masa tu. yelah. macam2 benda hacker boleh buat. harap2 lepas ni tak kena lagilah.

    aku kena kat oversea juga rasanya (melalui map fb bg tu). huhu

    Reply
    • hoho, jgnlah blog aku kena hack sudah. mau gelabah dibuatnya. yurp, nasib baik sistem keselamatan Facebook di tahap yang baik. kalau tak, tak pasal2 akaun Facebook aku di salah guna.

      Reply
  9. kwn aku pernah kena..
    abes pic dia kena delete..

    last2 aku jgak yg susah sbb nk kena upload blk pic dia..
    kwn aku ni x reti nk upload/download.. setakat guna basic2 je..

    Reply
      • x leh jgak.. sume org da facebook.. dia x da mesti lah pelik..
        aku dah tegur jgn lyn sgt org fanatik bola.. tu lah akibatnya.. acc fb kena hack..

        Reply
          • dah cam trend skg.. x guna pun dah ketinggalan. ada sanggup beli laptop sbb nk ber fb je.
            Tgk lah berapa ramai dah set homepage ke FB..

            Ala pasal bola Malaysia vs Indonesia br ni lah.. Dia salah join group..

            Reply
        • oic, biasalah tu. org kita, kadang beli benda yg tak menjadi keperluan. tetapi menjadi ikutan, orang ada fb. kita pun nak ada fb. maklumlah, semua benda ada positif dan negatifnya.

          kira org indonesia hack la ni yerk, jgn memain dgn orang indonesia. dorg byk hackers tau, bab it ni. aku rasa dorg lebih maju daripada kita. hehe

          Reply
          • tu lah aku dah ckp kat dia.. xnk percaya indonesia lg terer dr kita..

            indonesia mmg lebih maju it dr kita.
            byk jgak OSS diorang tolong bangunkan.. kita je x tau.

            -OSS = Open Source Software

            Reply
        • tahu takpa, aku dah byk kot jumpa pakar2 dari indonesia dalam internet ni. kalau tidak, masakan bahasa indonesia ada dalam adsense. cari malay memang tak jumpalah.

          Reply
  10. hoho, aku dah pernah kena
    tapi tak buat pun entri..;D
    dan2 ar tukar password terus..ala ada apa sangat FB aku tuh
    kalau fan gila2 kat aku ni pun tak payah nak hack kan..haha

    Reply
    • haha, ada apa dgn FB. bila ko dah ada akaun FB, ko akan menghadapi risiko bahawa akaun ko mungkin akan disalah gunakan. macam komen2 kat atas, kritik ahli politiklah, kutuk sultan. pastu masuk jail. ko nak? hehe

      Reply
  11. bagi aku, facebook security die terletak kat email.
    kalau orang taktau email facebook ko, sampai bila2 pun die takkan boleh hack. boleh juga die nak dapatkan password ko dengan gunakan email ko yang lain, tapi mungkin susah sikit. hehe

    kalau dapat email, macam2 boleh buat, nak buat phishing, nak hantar trojan etc.

    Ramai orang aku perasan, letak email yang digunakan untuk login facebook di bahagian info di fb. Camne aku tau?
    Aku copy email tu, paste kat bahagian search, keluar lah profile orang tu. Senang kan? Tapi nak hack bukan senang.

    Nak login facebook cuma kena ada dua benda, email dan password.
    So sekarang, email dah ada. Tinggal password. Try lah buat social engineering, kemungkinan nak dapat password tu memang ada.

    Reply
    • untuk email mmg aku hide, takda sapa boleh nampak email aku kat FB. tapi mungkin dia dapat email aku daripada aplikasi yg kita benarkan melalui FB atau Twitter macam bro Azman Ishak cakap. aku selalu pakai email berlainan untuk lain2 akaun, cuma FB dan Twitter email yang sama.

      Reply
      • owh betul gak tu.
        kena cek gak benda.
        haritu kak yanmieonline cakap die selalu follow orang secara automatik. last2 aku ada mintak die revoke access ke akaun twitter die dari applications yg mengarut ngarut hehe

        Reply
        • follow secara automatik? tak bahaya ke? lagi bahayakan? cakap pasal applications twitter ni, bro tahu tak applications apa untuk retweet automatik dengan pilih keyword utk tweet?

          Reply
        • hashtag macam mana yerk? ko ada follow white merpati tak? dia macam auto update status, tp aku tak tahulah di auto macam mana. sbb setiap kali aku update blog, dia automatik RT tweet update blog aku. takkan dia rajin nak isi twitterfeed kot.

          Reply
  12. aku selalu gak kene macam ni. ni sebab kalau kita ade accept application FB. same je macam application twitter. kebanyakkan aplikasi ni dicipta untuk tujuan yang salah. sila berhati-hati dengan login FB atau login twitter punye application.

    Reply
    • untuk application FB memang aku jarang allow, kebanyakkan daripada Twitter lah, maybe email aku sama dengan Twitter. kalau macam ni kena pakai email yg berasinganlah jawabnya.

      Reply
  13. dasyat lah…serius bahaya ni. nanti ada orang akan menyamar sebagai ko. guna id ko, bukak group yang bukan-bukan ke, kutuk menteri, kutuk cikgu sekolah ke, ko lak yang ditahan.

    munkin ko femes kat Switzerland 😉

    Reply
    • tahu takpa, cuak gak aku dibuatnya. tak pasal2 aku plak kena sumbat dalam ISA. haha

      pergh, bertuah kalau femes sampai ke sana. haha

      Reply

Leave a Comment