Terus-terang saya katakan, salah satu kelemahan saya adalah untuk mengingati nama rakan-rakan atau kenalan saya. Pada kebiasaannya saya lebih cenderung untuk mengingati paras rupa daripada nama, sehinggalah timbul kesan negatif di mana agak susah untuk saya berinteraksi.
Bila kita tidak mengingati nama seseorang pasti agak susah untuk kita berhubung, terutama kepada pelajar seperti saya. Ingat paras rupa seorang pensyarah, tetapi nama lupa. Susah bukan untuk berinteraksi dengan pensyarah tersebut ketika kita ingin bertanya sesuatu masalah di dalam pembelajaran.
Sehinggalah saya menjumpai beberapa cara untuk mengingati nama melalui pembacaan majalah ilmiah iaitu Solusi dalam isu yang ke-26. Mungkin di antara cara dan teknik tersebut mampu kita laksanakan jika kita benar-benar menganggap ianya adalah penting di dalam kehidupan seharian.
Cara Mengingati Nama
Berikut adalah beberapa teknik dan cara yang disyorkan agar kita dapat mengingati nama seseorang dengan lebih mudah:
- Dengar Dengan Betul
Fokus dan berikan tumpuan apabila seseorang memperkenalkan diri mereka. Dengar dengan penuh perhatian apabila nama disebut. Minta diulang jika nama yang disebutkan itu kurang jelas. - Sebut Berulang Kali
Rasakan kemesraan semasa kita meneruskan perbualan itu dan sebutkan nama orang itu beberapa kali dalam perbualan. Sebagai contoh, “Dah lama En. Zamani sampai? Terima kasih atas kesudian En. Zamani datang ke pejabat saya.” InsyaAllah, dengan berulang-ulang kali menyebutnya, kita akan mudah mengingati namanya. - Lihat Kad Nama (Business Card)
Jika seseorang itu memberi kad namanya, jangan terus memasukkannya ke dalam poket. Lihat dengan penuh minat kad itu dan berikan respons yang positif. Mungkin kita boleh memberikan sedikit pujian, seperti “Wah, cantiknya reka bentuk kad anda.” Dengan cara begini, kita mampu mengingati namanya sekali gus dapat memberikan kegembiraan kepadanya, sekali gus menimbulkan rasa mesra dengannya. - Tuliskan Nama
Ketika kita bermesyuarat atau pertemuan dengan orang baru kita kenali, kita tuliskan nama mereka beserta pangkat atau panggilan yang berkaitan. Kita tuliskan mengikut susunan tempat mereka duduk supaya kita tidak keliru apabila menyebut nama mereka nanti. - Ulangi Ejaan
Kadang-kadang kita bertemu dengan orang yang memiliki nama yang agak pelik dan sukar diingati. Untuk mengingatinya kita ulangi dalam fikiran kita ejaan nama itu. - Kaitkan Nama Dengan Sesuatu
Cara ini memudahkan kita mengingati nama seseorang dengan lebih mudah dan berkesan. Kita cuba kaitkan nama itu dengan nama-nama yang telah ada dalam fikiran kita atau kaitkan dengan orang yang masyhur seperti, Mohd. Jalaluddin kaitkan dengan nama pelakon Jalaluddin Hassan.
Begitulah beberapa cara untuk mengingati nama seseorang, di mana mengingati nama seseorang itu juga merupakan satu pengiktirafan yang kita berikan kepadanya. Mereka akan dapat merasa bahawa diri mereka penting buat kita dan dihargai serta akan tercetus hubungan silaturahim yang lebih mulia berasaskan keikhlasan hati.
nak ingat nama nie kalau dalam masa terdekat memang agak sukar, tetapi kalau dah hari2 jumpa dan berkomunikasi, insyallah takda masalah….
betul tu, kalau sekejap sahaja. memang agak susah untuk mengingati nama seseorang, tapi kalau dah selalu berjumpa dan bersembang. insyaAllah mudah untuk mengingati nama tersebut. 🙂
kebanyakkannya aku ingat muka je..ingat nama payah jugak..
samalah ngan aku bro, aku lebih cenderung mengingati rupa dari nama.
Jai kalau kenal berkenalan ngan member baru xnak ambil tahu nama sbb slalu lupa, nnt banyak kali tanya naik fadeup pulak org tu..hu3
haha, masalah gak tu jai. ko tak tau nama lagilah susah nak menghafal. 😛
Jai rasa banyak tertelan semut kot..wahahaha
haha, biasalah tu jai. aku kadang2 pun main telan jerk. dah tak larat nak halau semut2 ni. 🙂
slalu jumpe kwn2 lame, inga muke tapi nama mmg lupe..sengih je la..haha
haha, samalah kita. kadang2 angkat tangan jerk. nak tegur, tak tau nama. 🙂
huhuh menarik tips ni.. macam nak ingat kimia dengan warna2 komponen elektronik dulu2 kena buat lagu… baru boleh ingat
haha…ko wat lagu…aku wat sebaris ayat…memang lawak pun ada…
aku pulak ingat nama tapi tak ingt rupa.. haha.. lawak je.. cm3 gak la… tapi jarang la lupa nama member/etc… tapi kalau lama tak jumpa tuh mcam tak sure je nama dia, tapi still ingat…
biasalah tu bro, aku lebih gemar ingat rupa daripada nama. tp bila nak tegur jadi masalah pula. kalau tak tegur, dikatanya kita sombong.
selalu mengalami masalah yang sama.. kadang2 baru saja tanya 5 min lepas, dah terlupa.. tips2 ni harap2 dapat mmbantu la 😀
betul tu bro, usah kata 5 minit je. seminit pun boleh lupa. tambahan pula nama yg susah utk disebut.
wah.. ada juga tips mengingati nama ek.hehe bagus2 info ni.
mesti ada, semua benda dalam dunia ni pasti ada tips. 🙂
Macam aku kalau orang penting simpan lah bisnes kad dia or save nama dalam henfon
kalau kawan baru kenal, perlukan sedikit masa, lagi ramah orang tu lagi cepat aku ingat nama dia
yurp, klu penting mmg aku simpan dalam fon terus. minta contact number, kad aku takut ilang gak. yg baru kenal tu, kena beramah mesra dlu. hehe
nama yang ringkas je..
senng igt 🙂
http://www.penanti.com/contest-blog/domain-hosting-percuma-dari-penanti-com/
itu kalau mak bapak kita bg nama ringkas, kalau nama panjang. susah gak. 🙂
isa vote aku kt website ceqla
aku dah vote pun, kalau dpt jgn lupa aku plak. haha
selalu jadi kt membe2 yg baru kenal la. kdang2 bila nk pnggil balik dah xtaw name. haha
tahu takpa, tambah plak kalau kita g kem atau kursus. kenal member2 baru. lepas abis je, lupa balik. haha
aku plik..kdg2 aku xknl org tp org kenal aku..haha..nmpk sgt aku femes…
waklu, angkat bakul sendiri nampak. haha
menarik bro..
nasib nama ko macam membe aku
senang sikit nak ingat..hoho
haha, nama aku mudah kot. ingat ISA sudah. 🙂
ISA? kahkah..asal la macam tuh
ko salah sorang gak ke..ekeke
haha…dah byk kot yg kaitkan aku dgn ISA. tah apa2 tah…time sek dl lainlah, kaitkan dgn nama nabi. 🙂
Bagus2 selalu gak hadapi masalah ni….
nak ingat nama orang memang susah terutama yang memang pelik2
tahu takpa, di sini dah sentuh peranan ibu bapa pula untuk menamakan anak. jangan mengejar glamor saje, tp menyusahkan suatu hari nanti. hehe
kalau nama tu unik confirm senang ingat. hehe…
unik dan menarik penting. hehe, klu rumit. tergeliat lidah kot. hehe
menarik tips ni.. lupa gak kalau dah lama tak jumpa.. ingat muka jer.. huhuu..
oh ye, saya dah letak link isa dlm blog..
betul tu fieza, tambah plak kalau tak berjumpa begitu lama. yg jumpa selalu pun kadang2 boleh terlupa.
terima kasih, link awak pun saya dah letak. 🙂
bukan senang nak ingat
nama rakan2 yang ramai.
tahu takpa, bukan senang nak ingat semuanya. tambahan pula kenalan yg terlalu ramai.
satu perkongsian yg menarik…
jgn byk sangat makan air bersemut sudah.. 🙂
susah kot nak elak air yg takda semut, semut skg ni suka sgt minum air tawar. hehe
aku pun ada masalah ni.. tp yang peliknya org yg jumpa aku tu bleh plak ingat nama aku..alahai malu weh..
tips no 6 tu aku selalu guna..
haha, tahu takpa. malu weh bila org ingat nama kita, kita plak tak ingat nama dia. segan pun ada.
setuju dengan tips yang keenam. kalau kaitkan dengan sesuatu confirm senang nak ingat, takkan lupa.
tp ingat tau, kaitkan dengan benda yg baik sahaja tau. hehe
kalau nama awek cun, 5 minit je dah ingat.. haha
haha, itu sudah semestinya. sampai terbawa dalam tidur. 😛
aku pun sama, kadang-kadang lupa nama orang. memang 6 cara itu yang terbaik untuk mengingati nama seseorang.
manusia, pasti ada kelemahannya. harap dengan kaedah yg dikongsikan ini dapat dimanfaatkan sebaik mungkin. 🙂
tips yang sesuai sangat. baru senang nak ingat nama seseorang tu. kadang-kadang malukan kalau kita jumpa kawan lama tapi nama dah lupa.
biasalah tu bro, aku kadang2 camtu gak. org ingat nama aku, aku plak tak ingat nama dia. jenuh nak cari helah suh dia sebut nama dia. hehe
nak cari helah yang susah tu. hehe
haha, kalau dah selalu. ok jerk. 😛
sama macam saya pun sukar ingat nama orang..
tahu takpa, bukan senang nak ingat nama org kalau dah ramai sangat kenalan. 🙂