Jika sebelum ini saya telah berkongsikan artikel mengenai ragam blogger dan Facebook group, di mana point terpentingnya adalah masa anda mempromosikan (ping) artikel terbaru tidak kira di Facebook group atau Twitter. Pastikan ia dilakukan secara berkala, jangan dilakukan secara serentak.
Kemaskini Artikel Untuk Meningkatkan Populariti
Kali ini saya akan kongsikan sebuah lagi tips SEO di mana artikel merupakan perkara penting di dalam untuk membawa sesebuah blog atau laman ke tahap yang tertinggi. Secara amnya, pembaca akan menyukai dan meminati sebarang artikel tidak kira tutorial, tips, isu semasa dan sebagainya yang masih segar dan baru.
Begitu juga dengan agen carian terutama daripada Google. Ingat, sesebuah blog atau laman yang sentiasa dikemaskini dan dimasukkan artikel baru akan meningkatkan tahap kekerapan agen carian melawati blog atau laman anda. Tetapi ini tidak menjanjikan yang agen carian akan melawati serta merta selepas anda mengemaskini artikel anda, tetapi tanpa sebarang artikel baru akan menjatuhkan populariti blog atau laman.
Bagi yang membangunkan sebuah laman web syarikat, sudah pasti laman web tersebut tidak memfokuskan kepada penulisan artikel yang panjang atau penggunaan teks yang agak minima. Ini akan mengakibatkan populariti laman tersebut merudum. Oleh itu, pastikan anda menyediakan sekurang-kurangnya satu ruangan yang memaparkan berita atau aktiviti semasa syarikat.
Rasanya cukuplah setakat ini dahulu tips SEO daripada saya mengenai artikel yang dikemaskini adalah penting untuk meningkatkan populariti blog atau laman. InsyaAllah saya akan kongsikan pula bagaimana hendak mengemaskini blog atau laman web syarikat secara kerap pula. Jumpa lagi. 🙂
kalau semingu 10 artikel ok tak?
maksudnya kadang2 ada hari yang sampai 3 artikel..kadang takdak langsung..
sebenarnya satu hari satu artikel is better daripada 3 artikel sehari dan ada hari yg xda artikel lansung. tp ada kelebihannya juga. depend la, jgn xkemaskini sampai seminggu sudah. 🙂
memang hebat tip ni.. caya bro
haha, thanks bro. 🙂
Aku pun bru bjinak2 dlm bidang blogger,xtau ape SEO tu. Tnya bro,yg delicious, meta tag analyzer dan technorati tu pun jenis SEO ke?
delicious tu umpama ping blog untuk dapatkan trafik or bookmarks je, meta tag analyzer plak untuk periksa segala meta tag yang ada dalam blog sama ada ok ke tak, technorati plak macam alexa ranking dan pagerank. kira semuanya tergolong dalam seo la. 🙂
kandungan artikel memang kena beri perhatian
selalunya, kandungan ni lah yang paling banyak membawa trafik organik…
betul tu bro kulanz, artikel yang berkualiti dengan keyword yang berkualiti akan memberi kesan kepada blog kita. google suka, saya pun suka. 🙂
SEO memang bagus untuk trafik yang berpanjangan 😉
betul tu bro, alhamdulillah bila dah amalkan seo ini. trafik stabil jerk. 🙂
terima kasih atas tip tersebut.
sama-sama, semoga tips yang diberikan dapat membantu para blogger semua. jikalau ada pertanyaan, sila ajukan. 🙂
oh begitu bro.. aku dalam membangunkan beberapa web syarikat sekarang. thanks atas info tu bro..
lebih kuranglah, lepas ni tgu pasal artikel untuk web syarikat plak. macam mana nak kekalkan dan naikkan populariti web. 😛
kemaskini artikel memang wajib buat.. baru nampak sesebuah laman web tu hidup.. google takkan pandang kot laman web yg dh jadi ‘mayat’..
tahu takpa, tak kisahlah seminggu sekali pun. jji ada kemaskini, update dgn artikel terbaru. baru en google suka. 🙂
artikel sememangnyalah sangat penting..
nak menulis tu lah yang makan banyak masa.. 🙂
betul tu bro, kalau nak tulis yang simple pun boleh. rajin tulis tips dan tutorial sesimple yang boleh daripada tips dan tutorial dari blog lain, kemudian untuk keterangan lanjut sila ke blog sekian-sekian. 😛
As salam..
singgah membaca…
terima kasih iza, singgah-singgahlah selalu. insyaAllah akan diperbanyakkan ilmu untuk dikongsikan. 🙂
artikel memang penting pun
kalau blog penuh dengan iklan pi blogwalking je
baik tak payah. hehe
betul betul. masuk blog beraneka iklan yang ada. kalau disusun dengan baik takpe la jugak.
ha sedaq pun.haha, tu la apa nak jadik entah.
serabut je tengok eh
uiks, afique ke? biar betul…aku masuk blog dia ok jerk. 🙂
ayat syahrilhafiz sangat mindfucking. haha. dia maksudkan orang lain tu rasa nya. nak cakap lain, taip nye lain. haha 😀
betul tu, iklan byk sgt pun tak ok. klu nak letak gak, pastikan ianya tersusun dengan rapi. mcm saya. 😛
memang aku tulis untuk orang lain LOL..haha
org len tu sapa? meh habaq mai…:P
haha, tahu takpa. dia tu gatai, main hentam je tulis. 😛
ahaha, mana ada la
saja je buat ribut sikit kat sini..
jgn weh, nnt kena taufan plak blog aku ni. 😛
wah, betul2. siapakah gerangan yang dimaksudkan itu? meh aku nak g sekeh. 😛
seo sangat penting
yurp, tingkatkan kualiti blog ke arah seo yang hebat. kalau tulis untuk syok sendiri, sila abaikan seo. 😛