Artikel pada kali ini adalah kesinambungan daripada artikel rakan blogger saya iaitu Affan Ruslan dengan tajuk Banyak Blogger, Banyaklah Ragamnya. Secara peribadi, saya berminat dengan cara penulisan oleh beliau. Apa yang dikongsikan dalam blog beliau, saya merasai satu kepuasan dalam keikhlasan beliau menulis.
Hendak kata lama mengenali beliau, saya sendiri tidak tahu bila masa saya mengenali beliau. Begitu juga dengan rakan-rakan blogger yang lain, saya sendiri tidak mengingati bila saya mengenali mereka. Hebatnya kuasa blog, mengenali antara satu sama lain dengan blog serta mampu mencipta identiti di dunia blog. Pada mulanya menulis blog bagi saya adalah sekadar melepaskan tekanan, tetapi tidak lagi sekarang.
Bagi saya blog ini umpama sebuah kehidupan bagi saya, dengan blog saya dapat berkongsi sesuatu dengan sahabat-sahabat yang dikenali melalui blog. Kalau dikira sahabat blogger dengan jari, agaknya memang tidak mampu. Tapi kata saudara Aman pemilik amanz.my, sekarang dunia blog sudah lain. Dulu semua kenal antara satu sama lain, sekarang macam sudah berpuak.
Bagaimana pula dengan sahabat blogger yang lain? Adakah anda semua bersependapat dengan saudara Aman, jika ditanya kepada saya. Dengan ikhlas, saya jawab ya. Sebab saya sendiri dapat merasainya, walaupun tidaklah lama mana menceburi bidang blogging ini. Tapi cecah bertahun jugalah.
Jika dahulu bilangan blogger di Malaysia ini boleh dibilang, kini cuba anda bilang. Tekan kalkulator pun belum tentu anda dapat jawapannya. Itu baru kira blogger, cuba kira purata seorang blogger dengan blog yang dimiliki. Saya akui, saya sendiri sudah melebihi dua buah blog.
Baiklah, berbalik kita kepada tajuk artikel ini. Rasa macam sudah melalut pun ada. Blogger dalam Facebook Group, rasanya blogger dan Facebook sudah menjadi sebati. Seorang blogger pasti akan memiliki akaun Facebook, paling tidak pun akaun Twitter. Tapi kali ini saya ingin tekankan dengan Facebook Group.
Soalan cepumas, berapakah bilangan Facebook Group yang telah dibukakan untuk blogger Malaysia sahaja? Siapa hebat, sila kira kerana saya sendiri tidak dapat mengiranya. Banyak bukan? Apa pula reaksi anda terhadap Facebook Group tersebut? Adakah ia berguna, patut dibuka dan bagus dibuka?
Bagi yang gila trafik memang seronoklah jika dijemput untuk sertai group tersebut, maklumlah itu adalah salah satu teknik untuk meningkatkan trafik melalui laman sosial. Tapi adakah anda terfikir mengenai keburukan daripada Facebook Group tersebut? Cuba bayangkan, anda menyertai banyak group untuk blogger.
Kemudian anda post satu url untuk artikel terbaru di blog anda di semua group yang anda sertai dalam satu masa yang sama, tidakkah ia akan menjadi satu kerugian bagi anda? Kata hendak memiliki trafik yang tinggi, tetapi teknik yang digunakan adalah salah. Tambahan pula kebanyakan Facebook Group tersebut disertai oleh blogger atau orang yang sama.
Di tambah pula dengan Facebook Group baru yang mengamalkan masa nyata, baru post sekejap sahaja. Post anda sudah jatuh ke bawah, tidakkah anda merasa kerugian untuk mendapatkan trafik daripada Facebook Group yang anda idam-idamkan?
Itulah ragam blogger sekarang, impian besar. Ingin melihat trafik yang masuk ke dalam blog beribu-ribu sehari, tetapi teknik yang diamalkan salah. Jadi cubalah ubah cara anda untuk mempromosikan di laman sosial tidak kira di Facebook Group atau Twitter, post atau kongsikan artikel baru anda secara berkala atau bahasa lainnya selang beberapa jam baru kongsikan di dalam Facebook Group yang lain.
Barulah merasa nikmatnya, set pada minda anda. Tidak semua orang dalam group tersebut online dalam masa yang sama. Begitu juga sahabat yang ikuti anda di Twitter, tweet secara berkala. Kalau tidak menjadi juga, tubuh satu lagi Facebook Group. Ajak sahabat blogger yang lain sertai anda, ajak saya pun tidak mengapa. 🙂
Nota: Terasa macam mengarang satu esei pula, padahal ingin sampaikan membuat post secara berkala di Facebook Group. Hentam ajalah labu. 😛
oo, begitu ya..
masih mengkaji pasal ping tak serentak.
lebih kuranglang, kebanyakkan group pun disertai oleh orang yang sama. 🙂
info yang sangat berguna.. terima kasih.. salam..
sama-sama mj. hope info ni dapat membantu anda. 🙂
As salam..
Carigali baca n3 lama2…
Salam iza, terima kasih iza. Jangan berlubang sudah ye. hehe
teringat karangan esei mase spm dulu…hehe
haha, tahu takpa. dlu skit nyer malas nak mengarang. 🙂
entry ni best. tips yg sgt berguna psl timeline utk posting kt fb 🙂
terima kasih, itulah. kadang2 kita lupa, main belasah je post kat fb. ntah ada org ke idak. 🙂
owh ..memang pakat post jer sebelum ni. bila tengok analytic, tak banyak pun datang dari facebook tu. emm..thanx. t try apply buat berkala ni..
yurp, kalau boleh post ikut masa tertentu. pastikan waktu puncak di mana orang ramai online. baru post. 🙂
setakat ini sy belum sertai mana2 fb group utk blogger. Sy tak perasan pulak ada yg puak blogger. Knp wujud begitu ye. Mungkin ia bukan perkembangan yg sihat dlm dunia blogging.
banyak group blogging sekarang ni, cubalah search kat fb tu. 🙂
tak tahulah, maybe lain org lain kepala. 🙂
group sahabat blogger di pesbok dah 4000 lebih yg join
kadang2 klo ada entri baru aku post gak kat situ.hehe
fuzzey lama x dgr cita?
tahu takpa, kadang2 mcm annoying pun ada. 😛
fuzzey bkn aku punya dah. dah jual pun…
yup yup. boleh rasa makin ramai blogger sekarang. dah macam cendawan.
saya start blog dalam 4 tahun yang lepas. itu pon pasal nak belajar cms. ada la 4 – 5 orang blogger saya kenal secara tak langsung. =) Lately baru active balik.
masa itu memang kebanyakan blog yang ada memang blog yang boleh saya katakan sebagai berkualiti dan berinformasi. zaman kegemilangan blog.
tapi sekarang? tak berani nak comment. takut saya pula yang kena hentam. 😛
itulah, sebelum ini takdalah byk sgt macam sekarang. share benda yg boleh mendatangkan faedah, tp sekarang. lain macam jerk, tambah plak blog yg share pasal nak makan pun ada belambak. komen je afique, aiman tak kisah punya. 🙂
betul jugak tu..
aku pon egat lagi…nak post entri baru dkt fb/twitter pon ada jarak masanya kan…
yurp, itu penting. kalau boleh, catit waktu puncak atau waktu orang ramai online. post time tu sudah memadai. 🙂
pergh pnjg nie..kena submit kt cikgu bm darjah 6 nie..hehe
aku pn ade tiru gaye ko mase nk share artikel kt mane2 tmpt..sblum nie aku maen pblish jer sume kt directory/fb grup..tp aku tgk ko laen..mula ko post kt sini, esok baru sana luse baru sinun..hehe…
p/s: aku tiru ek 😀
haha, ni esei spm la. cikgu darjah 6 apa tau. tak kisah, jji ko rasa ada kebaikan. 🙂
FB groups makin anoying bila org yg sama post benda yg sama berulang2 kali..tp ak wat bodo je..
-saya pihak berkecuali..:)
haha, tahu takpa. nak tegur kang kena marah plak. wat dunno sudah. 😛
ada 3 blog yang berlainan jenis.
segan plak nak update kat group fb tu..
hehe segan tang personal tuu
haha, apa yang nak disegankan. semua orang sama jerk. 🙂
setakat ini saya punya 3 buah blog..satu darinya adalah blog utama dan 2 itu adalah utk kegunaan khas….
thanx utk informasi ini.. x tahu pulak yg blogger pun sudah ada puak..
dan apa yg saudara katakan itu td benar sekali… 🙂
oklah tu, tak semua perkara perlu dicampur adukkan dalam sebuah blog. bina blog khas, terutama yang berniche. maklumlah, kalau buat blog yg memaparkan artikel yang sama sahaja, siapa nak baca nanti. 🙂
betul2 aku setuju tu, macam hang cakap kat aku dulu
elak ping waktu yang sama, tengok waktu kemuncak baru hentam saja labu..;D
tahu takpa, budget pukul berapa selalu orang lain on9. kemudian baru ping. kalau kat twitter lagi mudah, tgk time line laju tu. ramailah org on9. mukeke
twitter dan facebook berada dlm group yg sama,sebab tu kak jie pernah keluarkan entri – ping dengan smart pada waktu yang tepat dulu.
betul tu kak jie, boleh lupa pula pasal entri kak jie aritu. berapa kali nak ajar pun tak tahulah, ada gak yg buat. bila tak ajar, ckp kita sombong. 😛
hehe. thanks untuk backlink tu.
1. Punyalah panjang intro ko hehe.
2.Point penting yang aku dapat:
i. Ramai blogger taktau strategi nak post entry terbaru mereka, tak kira lah sama ada di facebook atau twitter.
ii. Kebanyakan group disertai orang yang sama hehe.
Ada lagi yang tertinggal? hehe
haha, most welcome bro. aku sendiri kurang pasti apa yang aku ingin sampaikan, maybe sebab aku rasa annoying sedikit bila posting yang sama dalam masa yang sama. point semua betul, rasanya tiada apa yang tertinggal. mungkin bro boleh tambahkan lagi. 🙂
ps: kalau tips, better letak dalam point. guna tag “” untuk point2 tu, pastu baru eloborate. mungkin lagi senang org nak tangkap point ko hehe
aku memang nak letak, tapi terlupa pula. tapi takpalah, google dah index. terlewat sudah. 😛
drama melayu?
setuju dengan ko bro Affan 😛
aku terlupa la bro, ni schedule. skg ni byk entri aku schedule, haha. 😛
drama melayu akan menyusul, ko bz. aku pun bz gak. hehe
pergghh… memang esei ni bro..
haha, sekali sekala taip panjang2. 🙂