Dalil Wajib Berdiri Tegak Dalam Solat

Jika sebelum ini saya ada berkongsikan sedikit info mengenai beza solat lelaki dan wanita, kali ini saya ingin berkongsikan sedikit dalil mengenai salah satu rukun solat iaitu berdiri tegak dalam solat.

Bediri tegak dalam solat bagi yang mampu merupakan salah satu rukun dalam solat. Suatu simbolik seseorang yang berdiri dengan tubuh dan rohnya di hadapan Tuhan sekalian alam, Yang Maha Mendengarr apa yang diucapkan serta mengetahui apa yang diniatkan oleh hamba-hambaNya.

Tidak syak lagi sesiapa yang melakukannya lima kali sehari pastinya akan meninggalkan kesan terhadap tindak-tanduk sehariannya kerana merasakan kebesaran Allah s.w.t. Yang Maha Melihat dan mengawasinya.

Dalil Wajib Berdiri Tegak Dalam Solat

Allah berfirman yang bermaksud: “Dan berdirilah untuk Allah s.w.t. dalam keadaan taat (khusyuk).” (Surah al-Baqarah 2: 238)

Sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud: “Bersolatlah kamu dalam keadaan berdiri, jika tiada kemampuan duduklah dan jika tidak berkemampuan maka dalam keadaan mengiring di atas rusukmu.” (Riwayat al-Bukhari)

Para ulama empat mazhab telah sepakat dalam mewajibkan berdiri tegak ketika solat fardhu bagi individu yang berkemampuan. Walaubagaimanapun, tidak wajib berdiri ketika solat sunat walaupun dalam keadaan kemampuan kerana kerangka asas solat sunat dibina atas dasar keringanan.

Namun pahalanya adalah separuh daripada mereka yang solat sunat secarai berdiri. Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: “Solat duduk adalah (pahalanya) sebahagian daripada solat dalam keadaan berdiri.” (Riwayat Malik)

Sumber: Solusi #27

Itulah di antara dalil yang telah disebutkan mengenai keadaan berdiri tegak dalam solat di mana ia merupakan salah satu rukun solat yang wajib kita laksanakan dengan kemampuan, maka diringankan pula kepada mereka yang tidak berkemampuan.

Sebarkan kepada rakan-rakan anda!

24 thoughts on “Dalil Wajib Berdiri Tegak Dalam Solat”

  1. Solat jemaah lebih bagus berbanding solat secara bersendirian kerana kalau kita ada salah dalam solat, solat kita akan diterima sahaja oleh Allah. Pergilah kamu ke masjid untuk mengimarahkan masjid lalu solat secara berjemaah

    Reply
  2. inilah kelebihan untuk umat islam yang tidak berkemampuan (sakit). Allah tetap menyuruh kita agar solat tetapi jika tidak larat, boleh duduk ataupun baring.

    Reply
    • betul tu bro, Islam itu memudahkan. aku ingat lagi, ustaz aku pernah bagitahu, dahulu solat itu banyak waktu. maka nabi kita minta Allah memudahkannya, jadilah 5 waktu sahaja.

      Reply
    • most welcome bro…
      erk tutup mata? kalau boleh elakan bro, tak silap aku benda tu tak elok. ustaz aku ada pesan, klu nak khusyuk pandang sahaja ke tempat sujud. tak perlu tutup mata.

      Reply

Leave a Comment