Search Engine Optimization (SEO) adalah salah satu perkara penting di dalam blog atau laman web yang mementingkan trafik yang datang daripada enjin carian. Tambahan pula jika anda seorang yang mementingkan sesebuah niche di dalam blog atau laman web.
Jika sebelum ini saya ada menulis mengenai perkara penting dalam SEO dan juga beberapa tips SEO yang lain, termasuk 10 online SEO tools yang disediakan oleh Google. Pada kali ini, saya ingin berkongsikan mengenai 10 kesalahan yang sering dilakukan dalam SEO.
10 Kesalahan Dalam SEO
- Target Kata Kunci Yang Salah
Ini merupakan kesalahan yang sering dan paling kerap dilakukan walaupun pakar SEO sekalipun. Rata-rata menggunakan kata kunci yang terlintas difikiran penulis tetapi tidak merujuk kepada senarai carian yang digunakan oleh umum. Paling teruk, kata kunci yang digunakan langsung tidak pernah dan dicari oleh orang ramai.
Penggunaan dan pemilihan kata kunci yang tepat dan betul merangsang trafik ke laman anda. Gunakan kemudahan seperti Website Suggestion Keyword untuk membantu dalam pemilihan kata kunci ini.
- Mengabaikan Tag “Title”
Pengabaian tag title pada dokumen selalu dilakukan. Ini adalah elemen paling penting untuk merangkum kata kunci. Ianya bukan sahaja meningkatkan tahap SEO blog atau laman web tetapi dalam senarai pencarian di agen carian, tajuk ini akan dipaparkan terlebih dahulu diikuti dengan sipnosis kandungan.
- Laman FLASH Tanpa Alternatif HTML
Dalam nota yang lain, penggunaan Flash menjadikan sesuatu laman lebih interaktif dan seronok untuk dilayari. Sekiranya laman anda sepenuhnya menggunakan Flash dan mahukan ianya lebih mesra agen carian, sediakan alternatif dalam bentuk HTML.
Agen Carian tidak mempunyai asalan lain untuk tidak menyukai laman berasas Flash, tetapi sebab mereka tidak mampu untuk membaca Flash seterusnya tiada sebarang kandungan atau teks yang dapat diindeks.
- Menu Berasaskan “JavaScript”
Penggunaan JavaScript untuk menghasilkan menu navigasi tidak menimbulkan masalah seandainya anda menyediakan alternatif untuk Agen Carian mengindeks iaitu peta laman (sitemap). Melalui cara ini, anda memberikan mereka laluan kerana agen carian tidak mampu untuk memproses dan membaca JavaScript.
- Tiada Konsistensi dan Kemaskini
Sekali anda sudah melakukan tranformasi untuk meningkatkan keupayaan SEO blog atau laman web, jangan berhenti di situ. Walaupun pada awalnya hasilnya mengagumkan, populariti laman akan merundum sekiranya tiada kemaskini atau konsistensi dalam kemasukan input-input terbaru.
- Terlalu Menumpu Kepada “Meta Tags”
Ramai berpendapat SEO hanya menumpukan kepada elemen meta (keyword, description) yang tepat sahaja. Hakikatnya, elemen meta ini sudah diletakkan diperingkat paling terakhir untuk dinilai oleh agen carian. Kerana terlalu banyak laman yang menyalahgunakan kemudahan ini sehingga memberi kesan kepada relevansi carian.
- Penggunakan Gambar Untuk Tajuk
Reka bentuk blog atau laman web sekarang memang jauh berbeza untuk beberapa tahun kebelakang di mana penggunaan gambar (image) mula mendapat perhatian. Menu, navigasi sehinggalah kepada tajuk kandungan semuanya menggunakan gambar.
Saya ingatkan kembali, agen carian tidak mampu untuk membaca gambar. Gunakan alternatif terbaru untuk menghasilkan gambar dari tulisan asal sama ada menggunakan sIFR atau Cufon.
- Pengabaian Skema Penamaan URL
Bahagian ini juga kerap diabaikan semua pembangun blog atau laman web. Blog atau laman web dinamik tidak merangkumkan sebarang kata kunci dalam penamaan URL. Ada kemungkinan tanpa skema yang jelas, laman tersebut masih mampu untuk meraih populariti yang tinggi.
Namun sekiranya ianya dilakukan, anda memberikan kelebihan kepada URL blog atau laman web tersebut untuk berada ditahap yang lebih tinggi.
- Pautan Semula Yang Mengarut
Secara psikologinya ramai berpendapat pautan semula (backlinks) lebih banyak membawa trafik yang lebih. Oleh itu, begitu ramai yang “menempel” di forum, komuniti ramai atau lubuk laman dengan menghantar URL laman sendiri.
Hakikatnya teknik ini sebenarnya akan menyebabkan URL tersebut disenarai hitamkan oleh agen carian. Sebenarnya anda perlu mendapatkan pautan semula yang berkualiti dan bukan bilangan yang banyak.
- Kekurangan Kata Kunci Dalam Kandungan
Setelah mendapatkan kata kunci yang tepat, ubah suai kandungan tersebut dan selitkannya di tempat yang sesuai agar lebih menyeluruh dan tidak tertumpu pada satu bahagian kandungan sahaja.
Kaedah ini lebih praktikal berbanding anda sorotkan (highlights) setiap kata kunci dalam kandungan tersebut. Ini merupakan lebih kepada ketumpatan kata kunci dalam sesebuah artikel.
Itulah di antara kesalahan yang sering dilakukan dalam SEO, oleh yang demikian saya menasihati agar anda lebih berhati-hati dalam meningkatkan kemampuan SEO dalam blog atau laman web anda. Terutama dalam mendapatkan backlinks, bukan kuantiti tetapi kualiti.
Bagus artikel bro nie.
No 9 tu amat saya setuju benar. Pada pendapat saya, kita sepatutnya menanam backlink yang selari dengan keyword kita gunakan dalam blog dan pilihlah blog yang mempunyai PR yang tinggi sikit dari blog kita, barulah ok.
kadang-kadang tu banyak jugak faktor luaran yang mempengaruhi seperti masa dan sebagainya kan?
betul tu, banyak lagi faktor lain yg boleh diambil kira, begitu juga dengan masa. nak update blog pun kena tunggu masa yang sesuai untuk target pembaca. 🙂
tips yang menarik. saya juga telah melakukan beberapa kesalahan tersebut.
terima kasih telah mengingatkan ^_^
sama-sama, sy juga sering melakukan kesalahan yang sama. entri ini jugalah sebagai pengingatnya. 🙂
Salam..
Susah jgk nak menepati citarasa SEO ni…
salam, tahu takpa. bukan mudah untuk memenuhi kehendak seo ni, nak kena faham dan pelajari selalu. sebab seo ni sentiasa berubah-ubah. 🙂
Banyak sgt yang perlu dipelajari…baru nak berjinak-jinak…ilmu dari sini betul2 membantu saya…tq
most welcome, pelan2. nanti bolehlah kuasai. 🙂
simple seo bagi aku. keyword,content, tag, selalu update dan usia blog. Tiga benda ni kalau pandai guna, trafik sepanjang zaman. Insya-Allah..
yurp, betul tu. yg paling penting meta tags, biar betul. jgn menipu sudah. 🙂
banyaknya info kat sini. saya pun masih belajar lagi. lemah sikit pasal keyword or kata kunci nih. pasal highlight nih plak, saya suka menghighlight ayat dalam entri buat macam keyword la. boleh ke buat camtu ye? ke tak payah highlight, tulis macam biasa je?
sebenarnya highlight tu membantu juga, tp peratusan kualiti kurang daripada mengulang keyword tersebut. untuk meningkatkan kualiti keyword, better ulang keyword dalam setiap perenggan. kalau boleh dalam frasa yang berlainan. 🙂
bro, tanya sket.. tentang backlink tu kalau kita tinggalkan komen kat banyak blog yang ada commentluv.. dikira backlink tak berkualiti gak ke?..tak paham sgt backlink2 nie..
He3.. Baru nak tanya..
aku dah jawab tu, ok tak?
untuk comluv ni tak menggalkan kesan sgt pada backlink, apa yg aku faham. comluv ni lebih kepada meningkatkan populariti link, kira peratusan utk mendapatkan backlink dari comluv ni kecil je. tp bukan tak berkualiti. 🙂
hoo..paham2.. commentluv pn salah satu cara mencantikkan ruangan komen.. 🙂
bukan sekadar mencatikkan sahaja, malah menggalakkan pelawat-pelawat berkomen. 🙂
Memang penting untuk belajar Tips Mudah SEO
yurp, betul tu. tapi seo tidak mengajar kita menjadi seorang spammer, elok kita komen dengan komen yang membina dan membantu. baru elok untuk seo, bukan sekadar meninggalkan link. 🙂
Ha3.. Jai dah mula pening.. Errmmm.. Mengabaikan tag title tu cemana?
haha, biasalah kalau benda baru nak belajar. mengabaikan tag tiltle tu, contohnya menanti sebuah harapan tapi tulis pasal SEO. lebih kuranglah tu. klu dalam content plak, entri tajuk lain cerita benda lain. 🙂
Ok, sekarang ni lau ikutkan, tajuk entry mestilah diselitkan sikit dalam entry ke..? Contoh la.. Kalau tajuk tu “Ana Rafali Menang”, maknanya ayat dalam entry pun kena letak “Ana Rafali Menang”?
yurp, kalau boleh gunakan frasa berlainan. contohnya, ana rafali seorang penyanyi yang lahir daripada youtube telah menang anugerah juara lagu baru-baru ini. tak semestinya memasukan tajuk di dalam content. susunan keyword pun penting dalam setiap perenggan, pastikan setiap perenggan diselitkan dengan keyword. baru terbaik. 🙂
website key suggestion betul2 membantu.. dikala takda idea… yang lain tuh semua point tuh ok…
tahu takpa, kalau dah kering sangat memang aku guna key suggestion. memang terbaiklah. hehe
banyak btol tentang seo.. huhu.. seo ni smpai bila pon tak abis belajar.. search engine plak suke tukar2 konsep.. pelajaran seo pon jadi bertambah, berubah ubah.. tu yg wat jadi susah tu..
tahu takpa bro, rasanya takkan abis kot pasal SEO ni. sentiasa berubah, terutama konsep enjin carian. pasti akan di update selalu. fenin2…
mantap bro..tapi baru ni aku ada masuk kesalahan keyword..
pergh rugi je rasa..kalau aku alert lebih, mesti ada tempias gak
btw thanks untuk ini,ingatkan aku supaya elak salah dalam penggunaan keyword berkesan bukan merapu meraban 😉
haha, tahu takpa. kekadang aku sendiri salah masuk keyword. wat endah tak endah jerk, main belasah jerk. most welcome bro, sama2lah kita mention dengan kesalahan yg dilakukan. 😛
huhu! aku baru lagi bab seo nie, tips nie berguna kot. thnks sebab berkong si ea.hehhe
aku pun takdalah lama mana dalam SEO ni, saja nak berkongsi sambil belajar dengan rakan2 yg lain. kalau ada salah sila tunjukan. sama2, semoga dengan perkongsian ini memberi manfaat kepada semua. 🙂
aku selalu publish, then dah seminggu baru ingat tak letak tag lagi..damned..haha
haha, samalah kita bro. kadang2 aku sendiri pun terlupa, tak pasal2 rugi camtu jerk.
aku pun raser banyak gak buat salah..
boleh fix sket berdasarkan 10 perkara nie..
samalah dengan aku bro, byk gak wat salah sebenarnya. tambah pula waktu nak masukkan meta tags, memang jenuh nak pk dengan tags yg bersesuaian.
nak konsisten pun payah jugak..kalau tak update..rank terus naik..huu
haha, biasalah tu bro. aku pun susah gak nak konsisten selalu, tambah plak kita ada tanggungjawab lain. takkan nak mengadap blog selalu. ilang life kita nnt. hehe
menarik sekali perkongsian kali ni bro. terbaik. teruskan hasil entri menarik macam ni.
terima kasih bro, insyaAllah aku akan cuba hasilkan entri berguna lagi untuk pembaca. 🙂
Maklumat yang berguna. TQ bro! 🙂
most welcome, harap dimanfaatkan. 🙂
Aku rasa kan.. yang jadi masalah ialah search engine. Pasal apa dia takleh baca JS, takleh baca flash, takleh itulah takleh inilah.. pergh hangin aku. Hi hi acah jer tu..
SEO ni sentiasa berubah mengikut perubahan teknologi dan perkembangan penggunaan internet semasa. Jd sentiasa akan ada kaedah baru pada setiap jangkamasa bagi mengimbangi keperluan dan kebolehan search engine. Kalau dulu cukup setakat keyword shj.. sekarang keyword bukan lagi keutamaan walaupun perlu. Begitulah juga pd masa akan dtg entah apa lg yg perlu dibuat.
Anyway.. bagus bro, sila buat lagi entri sebegini..
aku memang akui, enjin carian gagal untuk membaca JS dan Flash. sebab selalunya, JS dan Flash akan berasingan dengan hosting blog kita. dah menjadi masalah untuk proses indeks untuk mencari keyword yang berkaitan. jadi sebab itu SEO akan sentiasa berubah mengikut peredaran masa dan permintaan. insyaAllah aku akan kupaskan lagi mengenai ilmu SEO ini lagi. terima kasih sebab sudi support. 🙂
kadang2 keywords yg hendak diguna itu haruslah x byk saingan…klu byk sangat x guna jugak.. unless klu blogger itu benar2 otai.. 🙂
sama jugak dgn afd kan??
tapi kalau nak bagus, better byk saingan. maknanya dengan keyword itu ada permintaan yg byk. kira byk org cari mengenai keyword itu, baru benar2 ada kualiti dalam SEO. AFD?
tajuk tu kita kena
buat supaya ada kena-mengena
dengan isi kandungan blog kita.
betul tu, tajuk adalah main keyword. maknanya ia penting untuk dimasukkan ke dalam artikel kita, ulang seberapa banyak yg mungkin dengan frasa yg berlainan. 🙂
Salam abg Isa…
Saya juga termasuk mereka yang kurang arif tentang SEO ni. Masih cuba lagi mendalaminya dengan entri seumpama ini.. terima kasih…
salam, saya pun kurang arif sebenarnya. sama-samalah kita pelajari bersama. insyaAllah saya akan kongsikan sebanyak mungkin ilmu SEO yang ada. 🙂
tambah lagi ilmu pasal SEO walaupun kadang-kadang tak faham sangat apa yang ko cakap kan tu.hehe…
teruskan dengan ilmu yang baik macam ini
biasalah tu, kalau baca sekali memang tak faham. klu baca byk kali, kena praktikkan selalu. baru mudah faham. mesti, nntkan entri SEO seterusnya ya. 🙂
oh SEO… memang belajar ekonomi rasanya… terima kasih banyak2 bro… tulisan yang mudah di fahami…
sama-sama bro, erk. ekonomi susah lagi kot aku rasa. hehe
bnyk gak bende yg nk kene belajr seo neyh.
selama neyh hnya harap plugin all in one seo je
plugin tu memang ok, cuma kena pandai guna dan susun keyword dalam content. itu yg penting, kalau nak best. cuba dapatkan backlinks sebanyak mungkin. 🙂
mcm mana nk dptkan backlink bro?
banyak caranya, melalui forum, free submit link, seo link wheel, yg selalu org buat ping entri blog ke ping site yg mendatangkan backlinks mcm myebuzz.net. bkn mcm gengblogger, selanggorbloggers dll. itu sekadar nak up kan artikel kita, tp tak dapat backlink pun. 🙂
klaw yg http://automatic-backlinks.co.cc , http://topseolink.com/index.php ke tu berkesan ke bro?
kalau dua ni aku tak pernah cuba lagi, nnt aku tlg tgkkan yerk. 🙂
first time smp sini…baru nak jinak2 belajar SEO..tp pening gak baca entri nie..byk sgt yg sy xtahu lagi..kene belajar perlhn2 nie..huhu..
terima kasih sebab sudi singgah di sini, biasalah tu kalau benda baru nak belajar. lama-lama okay lah, benda mudah sahaja sebenarnya. 🙂
sy smp skrg xpaham mcm mana nak baut sitemap..kalo tuan blog ni ada masa free n rajin, buatlah pasal sitemap ni ye…hehe..
takda masalah, nnt sy cuba buat pasal sitemap untuk pengguna blogspot ya. 🙂
aku masih merangkak dalam SEO nih…. huhu. Kena blaja lebey dengan bro nih 🙂
haha, samalah ng aku pun. still study lg bab SEO ni. takda hal punya, sharing is caring rite. 🙂
aduh….banyak yang DeQdEq tak faham….mcm mana nak pandai pasal SEO ni
takpa, belajar slow and steady. mesti boleh punya, kalau ada masalah. tanya je, insyaAllah aku boleh bantu. 🙂
jap sIFR bukan hasilkan flash ke? tapi rasanya flash dia ada alternatif html 😀
tapi kira ok la tu dari guna gambar semata
p.s aku lebih minat guna cara host font dan masuk dalam css 😀
sIFR tak silap aku ada sediakan code untuk HTML, so better guna HTML daripada guna flash untuk kemesraan SEO. font plak aku pakai default jerk, utk fast loading. aku teringin gak nak guna host font, tp masalah pula. tenet aku slow. hehe
adussss… brother. fenin aku nak faham nih
banyak betul peel SEo nih kan..
aku rasa aku pun banyak silap kot..
arigato asante untuk info terbaekkk..
most welcome, takpa. belajar perlahan2…dulu aku pun camtu gak. nak faham pun susah, kena study rajin2. baru boleh berjaya. 🙂
banyak juga kerenah seo ni..hehe
biasalah tu, ilmu SEO akan sentiasa update untuk yang terbaik sahaja. 🙂