Salam sejahtera dan salam 1 Malaysia, semoga anda semua berada di dalam keadaan sihat walafiat dan sentiasa dirahmati olehNya. Pernahkah anda rasa ingin berubah? Daripada yang buruk kepada baik, daripada yang kurang baik kepada yang lebih baik? Pasti bukan, begitu juga saya. Ingin beramal kepadaNya sebaik mungkin, menjadi antara yang terbaik.
Penulisan
Review Bulan Disember 2010
Bulan Disember 2010 baru sahaja meninggalkan kita, begitu juga tamatlah tahun 2010. Tahun yang penuh cabaran dan dugaan bagi saya, bukan sahaja daripada masalah peribadi. Begitu juga dengan Blog Mohd Isa terpaksa mengharungi pelbagai masalah dan yang paling besar berkenaan dengan masalah hosting.
Kemeriahan Tahun Baru di Twitter
Selamat tahun baru saya ucapkan kepada anda semua, hari masuklah episod baru dalam kehidupan kita semua. Pasti azam dan impian telah di tanam pada diri masing-masing di tahun baru ini iaitu tahun 2011. Semoga anda semua sukses dalam mencapai impian dan memenuhi setiap azam yang telah anda bina di tahun baru ini.
Peristiwa Tahun 2010 Yang Pahit Untuk Ditelan
Salam sejahtera dan salam 1Malaysia, dalam diam tak diam akhirnya kita sampai di penghujung tahun 2010. Rasa sekejap sahaja tahun 2010 ini berlalu, tahun 2011 kian menjelma. Banyak perkara yang berlaku dalam tahun 2010, tidak kira kepada diri kita dan orang lain. Pasti ada pengalaman manis dan pahit dialami.
AFF Suzuki Cup 2010 : #HarimauMalaya Garang di Twitter
Sekalung tahniah dan syabas saya ucapkan kepada pasukan bolasepak Malaysia kerana telah berjaya mencipta sejarah bolasepak tanah air dengan membawa pulang AFF Suzuki Cup buat pertama kalinya setelah menanti selama 14 tahun. Walaupun tewas pada aksi perlawanan akhir kedua di Indonesia 2-1, Malaysia menang secara agregat 4-2. Hasil kemenangan perlawanan akhir pertama di Bukit Jalil dengan 3-0.