Bulan Disember 2010 baru sahaja meninggalkan kita, begitu juga tamatlah tahun 2010. Tahun yang penuh cabaran dan dugaan bagi saya, bukan sahaja daripada masalah peribadi. Begitu juga dengan Blog Mohd Isa terpaksa mengharungi pelbagai masalah dan yang paling besar berkenaan dengan masalah hosting.
Walaubagaimanapun, biarkanlah ia berlalu menjadi kenangan yang akan menjadi pengajaran kepada saya dan anda semua. Sepanjang bulan Disember 2010, boleh dikatakan bulan untuk berbulan madulah katakan. Maklumlah, waktu untuk bercuti. Selama 20 hari juga saya meninggalkan blog ini yang menyebabkan beberapa kesan negatif terjadi.
Kesan negatif yang saya maksudkan dapat dilihat di dalam Google Analytics di atas, jika perpandukan pada Review Bulan November 2010 sebelum ini. Jumlah pelawat unik (Unique Visitors) pada bulan November 2010 adalah 15,556 berkurangan kepada 13,641 pada bulan Disember 2010 yang lalu. Tetapi boleh dianggap antara bilangan pelawat unik yang tertinggi dicatatkan oleh blog ini.
Sebanyak 15 artikel yang saya dapat hasilkan pada Disember 2010 walaupun saya meninggalkan blog ini selama 20 hari dalam bulan tersebut. Seperti sebelum ini, saya akan memilih 5 artikel untuk diambil perhatian bagi bulan Disember 2010. Berikut sedikit ulasan mengenai 5 artikel yang perlu diambil perhatian oleh anda semua, untuk membaca entri tersebut klik sahaja tajuk-tajuk di bawah:
- Selamat Tinggal Dunia Blogger
Artikel paling hangat pada bulan Disember 2010 berkenaan pengunduran saya di dalam dunia blogger, sekadar ingin memberi tahu bahawa saya akan meninggalkan blog ini di dalam beberapa hari. Antara artikel menarik yang pernah saya hasilkan sehinggakan banyak maklum balas yang diterima daripada rakan-rakan blogger yang lain. - Perhubungan mesra di Facebook
Antara artikel yang berunsur keagamaan yang saya kongsikan di dalam blog ini, berkisarkan status perhubungan anda di laman sosial terkemuka iaitu Facebook. Menerangkan maksud di sebalik perhubungan mesra (open relationship) yang digunakan oleh kalangan umat Islam di Facebook. - Bulu Kucing Adalah Najis
Sebuah lagi artikel keagamaan yang saya kongsikan di sini, kepetingan kebersihan di dalam menunaikan solat adalah penting. Di mana solat tidak sah jika terdapat najis pada diri kita termasuk pakaian. Ada yang berpendapat, bulu kucing adalah najis dan sebaliknya. Sekadar ingin mendapatkan kepastian, banyak juga pendapat yang berlainan untuk dikongsikan dalam artikel tersebut. - AFF Suzuki Cup 2010 : #HarimauMalaya Garang di Twitter
Artikel yang paling saya gemari dan dibanggakan, artikel berkenaan kejayaan pasukan bolasepak Malaysia menjuarai AFF Suzuki Cup 2010 dengan trending #HarimauMalaya di Twitter. Banyak ucapan tahniah dan syabas di atas kejaan tersebut. Termasuk tweet dari saya untuk artikel ini dan yang paling menarik, tweet tersebut telah dipaparkan di Harian Metro pada 31 Disember 2010 yang lalu susulan kejayaan #HarimauMalaya. - Peristiwa Tahun 2010 Yang Pahit Untuk Ditelan
Artikel penutup bagi tahun 2010 berkisarkan masalah dan cabaran yang terpaksa saya harungi, seperti saya maklumkan sebelum ini. Tahun yang penuh cabaran dan dugaan untuk saya lalui, betapa susahnya menjalani kehidupan ini. Semoga di tahun baru ini memberikan sinar kebahagian kepada keluarga saya dan diringankan beban yang ditanggung oleh-Nya.
Untuk melihat senarai penuh artikel yang telah diterbitkan oleh Blog Mohd Isa pada bulan Disember 2010, anda bolehlah melihatnya di sini. Semoga review ini menjadi rujukan anda semua untuk mengetahui perkembangan Blog Mohd Isa selain menjadi rujukan saya sendiri. Saya berharap agar anda dapat terus menyokong keweujudan blog ini dan memberi semangat kepada saya untuk terus berblog.
Bagi yang sudi, bolehlah mengikuti saya di Facebook dan Twitter. Anda juga digalakkan agar melanggan Blog Mohd Isa melalui emel dengan memasukkan alamat emel anda pada ruangan sidebar yang telah disediakan. Terima kasih.
boleh tahan juga stats di blog ni
keep it up bro
boleh tahanlah juga, tapi tak mantap macam geng-geng yang lain. berpuluh riban kot. hehe, thanks bro.
wohooo dah masuk paper tu, tahniah bro…selamat mengharungi hidup di tahun baru dengan azam baru
haha, tweet je pun. len la aku yg masuk paper…hehe…thanks bro…selamat tahun baru juga untuk bro…semoga bro capai impian bro apa yg diazamkan pada tahun ini….
huh, tak pandaila nak wat review bulanan…lagipon malu, UV ciput jerk… tapi tahniahla isa, walaupon lama tak update, tp tetap mantap…
eh lg 1, tahniah masuk metro…nak sain otograp leh tak??
ala buat ni pun just nak naikkan semangat sendiri…baru ada target…tak kisahlah kecik ke besar…mana tahu…dapat menarik minat pembaca lagi…takda la mantap sgt…org lain beratus2 K lagi…hehe
terima kasih, nnt nak suh metro letak page depan plak…haha…berangan la plak…
Uis, baru terperasan, sampai kluar kat harian metro tu…he3
haha, just a tweet only. len la dapat review macam blogger lain. mau femes abis dibuatnya. haha
Alahai, semuanya review blog ujung2 tahun ni.. Ksian Jai x reti pape..hu3
haha, takda lah. untuk tahunan aku tak buat pun. ni utk bulanan sahaja. ko wat la kalau rajin. hehe
Mmg nak wat tapi skrg tengah buta kayu lagi..he3
haha, takpa. pelan2 kayuh. erk, aku baru pasan. ko dah pasang google analytics ke blm?
wah menarik tu bro… apapun posting dan tulisan kat sini memang sentiasa mantap… selamat tahun baru 2011 bro…
thanks bro, kalau posting mantap pun…takda reader tak best gak…hehe…happy new year to u to. 🙂
selamat tahun baru bro..
terbaik lagi ye tahun ni ;D
selamat tahun baru tuk ko juga…insyaAllah…mudah2an semuanya berjalan dengan lancar.
wahh steady la bro siap masuk paper lagi terbaikk
thanks bro…haha…bangga jap…
gilor la ko masuk paper. twitter ko la, bukan ko pon. hahaha…aku bangga sebab aku bukan sahaja pembaca tetap (pembaca tetap ke aku?..hihi), tapi member alam realiti ko..muahaha.
walaupon visitor drop, tapi masih boleh dibanggakan.
kapidup bro!!
haha, kasi twitter aku plak masuk paper…bknnya aku tak pernah masuk paper…pnh je…tp bukan pasal dunia blogging ni…mmg ko la salah seorang pembaca tetap…aku bangga dgn ko…thanks bro. 🙂
oic. ko pernah masuk paper kerZ? bila tu. Isu? wah. dihargai gak aku ni. nak kembang jap…hahahaha
alah, time duk kl dlu penah gak sekali. isu bekalan air, time puo pun ada. sukan msp, yg len aku dah lupa. hehe, jgn kembang lebih sudah. nnt pecah plak. 😛
bro isa… nak signnn… perghh masuk paper tuh… jeles2x..
haha…meh2…nak sign kat mana…jeles mendanya…nnt ada masa…ko plak…:)
Kejayaan bukan hadir tanpa usaha dan sebab itu dengan ada pengunjung setia yang masih ingat kepada kita.
betul tu bro, usaha kena ada untuk mencapai kejayaan. semoga ada pengunjung yang setia bersama. 🙂
abang ni pames la. masuk surat khabar. nak sain bley.
haha, ada2 je ko yerk. nak sain yerk…meh aku sain kat dada…terbaik punya…:P
wah. terbaiklah bro. tak jengah blog pun visitor tetap tinggi. satu lagi, siap masuk paper tu. oklah. permulaan yg baik. tahniah.
haha, itu kuasa seo. blogging with seo is better, tp nak kena pandai cari keyword yg menarik la. masuk paper, tp url aku takda. rugi gak. haha
bab seo ni memang aku agak lemah. betul tu. dia tak letak url blog. kalau tak, masyuk tu. haha
haha, study la bro. sambil ko komen2 blog aku ni, kan aku ada sharekan bab seo ni. tahu takpa, letak url blog aku. mau meletop. hehe
aku tahu ko ada share pasal seo. tapi aku perlu masa nak faham 1 satu. nanti aku study. haha. kalau letak url, bertambah cemburu aku.
tahu takpa, samalah ng aku pun. dlu nak study bab SEO ni, nak faham satu bab. kadang2 ambik masa dua tiga hari jugalah, nak kena wat uji kaji lagi. baru menjadi. hehe…letak url memang best la jawabnya…
Wah femes dia kat harian metro.. hihiks! Congratz!
thanks, takda la femes sgt mcm mbr2 lain yg terpampang muka dorg dalam paper. ni ayat ciput jerk. hehe
semoga terus menghasilkan lebih banyak entri menarik. saya msti pilih~
saya mesti pilih? macam dalam iklan je. hehe
aman, sapa tak kenal. suka wat iklan. haha
ye ke? haha.
haha…mestilah…antara blogger terawal aku kenal…tp takda peluang nak meet up lg…abis kuat pun calling2 jerk…
aku?
thanks aman, hoho. macam mana projek baru? aku tgk tak jalan lg jerk. apa kes?
Apa-apa pun bro mohdisa ada pembaca tetap! Itu yang kita mahukan..
yurp, betul tu. apa yg penting ada pembaca tetap, baru ada semangat nak menulis. 🙂