Charity Cup 1Malaysia Dengan Lagenda Bolasepak Malaysia

Bagi yang meminati bolasepak tanah air pasti masih berbangga dengan pasukan Harimau Malaya yang memenangi AFF Suzuki Cup 2010 baru-baru ini. Diteruskan pula dengan Liga Super Malaysia yang baru sahaja membuka tirainya untuk musim 2011 pula dengan aksi pasukan Negeri Sembilan yang menunjukkan aksi garang dengan memimpin liga hasil kemenangan bersih dalam dua perlawanan.

Itu serba sedikit kisah bolasepak Malaysia, kali ini saya ingin berkongsi mengenai aksi lagenda bolasepak Malaysia yang bakal beraksi pada 7 Januari 2011 bersamaan hari Isnin ini di Stadium Utama Kangar, Perlis. Charity Cup 1Malaysia, ilham daripada Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail yang juga Conselor Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) pasti dinantikan oleh peminat-peminat pasukan Harimau Malaya.

CHARITY Cup 1Malaysia UniMAP-KPT di Stadium Utama Kangar pada Isnin ini bukan saja bakal mengetengahkan aksi veteran bola sepak negara tetapi medan penampilan semula beberapa legenda yang sebelum ini β€˜tersisih’.

Antara mereka adalah bekas pemain tengah kebangsaan, Azizol Abu Hanifah dan Karim Pin yang sehingga kini masih dihalang terbabit dalam sebarang liga atau kejohanan anjuran FAM selepas dikaitkan dengan kegiatan rasuah bola sepak.

Beberapa nama lain yang turut dikaitkan dengan gejala rasuah adalah bekas pemain Kedah, Norazam Ishak dan Faridzuan Che Hamid, serta dua bekas pemain Pulau Pinang, Aziz Azizan dan Jalani Wilastra. Mereka ini turut sah beraksi.

Presiden Persatuan Bekas Atlet Kebangsaan (PERSABAK), Mohd Faridzul Kassim berkata, penampilan barisan pemain itu sentiasa ditunggu peminat bola sepak negara.

Katanya, senarai pemain yang diturunkan sengaja diatur sedemikian untuk menampilkan keunggulan mereka selaku legenda sukan bola sepak tanah air.

Petikan Harian Metro

Lebih membanggakan lagi, Charity Cup 1Malaysia ini merupakan anjuran UniMAP dengan kerjasama Kementerian Pengajian Tinggi (KPT). Tidak sabar rasanya untuk menyaksikan aksi-aksi lagenda bolasepak tanah air di stadium tempat saya selalu berlatih Isnin ini. Apa lagi rakyat Perlis, jom memenuhkan Stadium Utama Isnin ini. Kepada sesiapa yang berhampiran, jom turut serta bersama kami untuk menyaksikan lagenda bolasepak Harimau Malaya.

Sebarkan kepada rakan-rakan anda!

43 thoughts on “Charity Cup 1Malaysia Dengan Lagenda Bolasepak Malaysia”

  1. Pingback: Ex-Malaysia Menewaskan Ex-Perlis 4-1 β€” Blog Mohd Isa
  2. Assalamualaikum. Maaf hanyalah pemberitahuan sahaja. Sebagai admin untuk domain BLOG-AYIE[DOT]COM & MALAYSIANFACE[DOT]COM dengan ini saya ingin beritahu kepada anda, saya ingin jual domain-domain tersebut dengan harga yang murah. Jikalau anda berminat, sila hubungi saya segera.

    Reply
    • kalau main dalam game yg ada kena mengena dgn fam, mmg takleh mainlah jawabnya. game ni takda kena mengena, so bolehlah tgk dorg main.

      Reply
  3. aku akan turun
    tket brapa?
    tp fam bodoh gantung player veteren yg terlibat dgn rasuah
    digantung tak bertali dan tiada pertimbangan.kisah lama lupakan ja fam.fam bangsat

    Reply
  4. sekarang ni aku tengok dh ada perkembangan dh bolasepak negara.. dan penyokong pun sudah turut ada kesedaran… contohilah negara Thailand Dan Indonesia.. penyokongnya fanatik amat! x perlu pergi jauh2 nak main kt manchester ke.. slovakia ke.. boleh tu boleh tp lagi baik kalau kita gunakan kedua-duanya sekali.. aku sangat suka lihat kefanatikan penyokong Kelantan… mcm tu barulah maju bolasepak negara… kalau setakat Manchester United iyu pun boleh Malaysia kalahkan kalau diperbaiki lg mutu permainannya..sbb aku yakin.. Manchester tu x lah sehebat mana.. Thailand pun boleh seri 1-1 dgn Liverpool.. kenapa x kita??
    itu baru kelab.. belum negara lagi…

    As-Salaamm…
    sekadar meluahkan apa yg tersirat dan tersurat di hati… πŸ™‚

    Reply
    • haha, betul tu bro. aku pun ada perasan juga, ada perkembangan dengan bolasepak kita. hopefully lepas ni bolasepak malaysia akan terus maju dan penonton terus meningkat. πŸ™‚

      Reply
  5. aku ni memang tak suka untuk tengok apa-apa jenis sukan dalam televisyen. Tetapi sejak Malaysia mengalahkan Indonesia dalam perlawanan bola sepak kelmarin, kalau malaysia main jer, hurmm insyaallah aku akan tengok.

    Reply
    • haha, itulah. klu dlu mmg jarang org tgk malaysia main, tp dah cipta kejayaan barulah ada semangat org nak tgk. hope lepas ni pasukan malaysia akan lakar byk lg kejayaan. πŸ™‚

      Reply
  6. ala unimap ptut bg free jer kt student tu..aku tkut nnti xpenuh jer stadium tu..
    aku g tgk qlate lwn ganu aritu mmg pnuh org qlate…smpai ade yg berdiri..haha..smbutan yg mnggalakkan tp sygnye kputusan skdr seri..
    ptutlah shebby penah kate kalo nk tgk pnyokong g mmg bg komitmen tggi tgk pnyokong qlate πŸ™‚

    Reply
  7. Pingback: Tweets that mention Charity Cup 1Malaysia UniMAP-KPT β€” Blog Mohd Isa -- Topsy.com
  8. yang best bila tengok geng2 veteran main nie, game dorang slow je..tapi kontrol ball memang cantik, nak rebut bola dari dorang, payah jugak

    Reply
    • tahu takpa, pernah gak main ng dorang. angin memang takda, tp skill tgi, hantaran semua baik. penat gak la kena buli ng dorg. hehe

      Reply
      • betul tu, orang lama main memang nampak best je. aku tengok game selangor vs singapore kat stadium shah alam macam tu lah. main tak laju, tapi hantaran suma and control suma baik je

        Reply
        • tahu takpa, best kalau dapat main ng dorg. walaupun tak laju cam orang muda, tp cara dorang main lagi menarik kot. control and passing terbaiklah. πŸ™‚

          Reply

Leave a Comment