Seperti yang saya maklumkan sebelum ini iaitu mengenai perlawanan bolasepak persahabatan di antara bekas pemain Malaysia menentang bekas pemain Perlis yang berlansung semalam. Charity Cup 1Malaysia yang menjadi pertaruhan dalam perlawanan ini dilansungkan bagi mengumpul dana untuk tabung pelajar di seluruh Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA).
Selain itu juga, Charity Cup 1Malaysia ini juga bertujuan untuk mengumpul lagenda bolasepak tanah air untuk menunjukkan aksi mereka di atas padang. Ia juga memberi peluang kepada anak-anak muda untuk melihat aksi mereka secara lansung. Tetapi tidaklah sehebat mereka muda-muda dahulu.
Walaupun agar perlahan perlawanan di antara ex Harimau Malaya menentang ex Singa Utara, boleh dikatakan perlawanan ini amat menghiburkan. Permainan yang kemas dari kedua-dua pasukan, hantaran yang tepat dan cara permainan yang lebih matang. Dapatlah juga saya melihat beberapa nama besar dalam sejarah bola sepak tanah air kita beraksi.
Seperti Azman Adnan, Shahril Majid, Jurad Chamrong dan lain-lain lagi. Selama 90 minit mereka bermain, memang amat menakjubkan. Dalam usia yang sudah lanjut, mereka masih mampu bermain sehingga ke minit ke-90. Jarang juga saya hendak melihat pemain yang dikategorikan veteran ini beraksi sehingga minit ke-90.
Paling mencuri tumpuan pastilah Azman Adnan, tingkah-laku spontannya membuatkan semua orang ketawa. Cuba bayangkan, lepas sahaja menjaringkan gol terus meluru ke jurukamera di tepi padang. Siap posing maut lagi, lagak seperti era kegemilangannya dahulu. Boleh dikatakan badannya lebih besar dari apa yang dilihat sewaktu rancangan Sehati Berdansa dahulu.
Apa-apa pun, memang berbaloi jika sesiapa yang menonton perlawanan ini. Boleh dikatakan mereka masih setaraf dengan pasukan Harimau Malaya sekarang. Dalam perlawanan Charity Cup 1Malaysia ini, pasukan Ex-Malaysia telah mewaskan pasukan Ex-Perlis dengan jaringan 4-1. Tahniah buat pasukan Harimau Malaya, anda memang hebat. 🙂
zaman kegemilangan pasti terbayang tu bro…best2….
kalau aku dapat peluang, mmg nak juga tengok otai2 lama ni beraksi…
tahniah pada harimau malaya…sungguh “bisa ular tak hilang bila menyusur akar”
tahu takpa, memang best dapat tgk dorg beraksi. walaupun tak laju macam muda2 dlu…tp skill still ada. 🙂
yahh..harap pasukan bola sepak malaysia akan lebih mengancam pada tahun 2011 ni.
mudah2an begitulah hendaknya, semoga harimau malaya terus garang di arena antara bangsa.
tahniah malayan tiger..!
yeah, malayan tiger in my heart.
wah terbaiklah ..old timer .. semangat yang ada masih membara… itu yang dimahukan…
yeah, itu yang kita mahu. kalau ko tgk sharil majid, rasanya dia boleh masuk liga super lagi kot. laju…
wah ! harimau melaya anda memang hebat, hehhe
tahu takpa, memang mengaum habislah malam tu. 😛
rasa setakat ni pasukan pilihan yang main boleh dikatakan membanggakan adalah pasukan german.
haha, kalau dibandingkan dengan team eropah. memang agak jauh jugalah.
perlis time zaman-zaman kegemilangannya mmg hebat. tringat gol baling dr tepi pdg time final piala malaysia lawan kedah 🙂
staf unimap tu, andrian jurad chamrong. sekarang main rejam lembing untuk sukan staf. hehe
Otai2 turun padang mesti ramai yang tengok..
memang ramai kot yang menonton. memang menghiburkanlah.
hebat..old timer masih ade power..:)
haha, tahu takpa. skill yang tak pernah hilang. itu yg best tu.
otai-otai main bola. betul ke azman lagi besar sebenarnya?
masa azman hebat dulu, turning dia yang paling bahaya. boleh turn dan sepak bola dengan deras
dah besar kot, jauh lebih besar berbanding dalam sehati berdansa dulu. itulah pasal, legend tu.
geng2 otai..
😀
tahu takpa, best kot dapat tengok mereka beraksi. 🙂
macam mana kisahnya pemain yang pernah dikaitkan dengan rasuah yang FAM tak bagi main tue? mereka boleh main x?
siapa yang terlibat ek?
Norazam Ishak dan Faridzuan Che Hamid, serta dua bekas pemain Pulau Pinang, Aziz Azizan dan Jalani Wilastra.
Sumber: http://blog.mohdisa.com/charity-cup-1malaysia-dengan-lagenda-bolasepak-malaysia.html#ixzz1DLdRwoA7
thanks bro 🙂
kalau diikutkan sejarah, memang ramai kot. dulu liga malaysia pernah mengalami rahsuah yang besar.
rasanya, jika melibatkan FAM. mereka tidak boleh bermain lagi, untuk Charity Cup 1Malaysia ni. mereka dibenarkan bermain kerana tidak ada kena mengena dengan FAM.