Review Bulan Januari 2011

Waktu untuk membuat review bulan lepas, iaitu bulan Januari 2011. Bulan yang penuh masalah bagi saya di mana duit pinjaman PTPTN yang masih belum masuk ke akaun hasil kesilapan Unit Peperiksaan UniMAP. Nasib baik ada rakan yang sudi memberi bantuan kepada saya, dapatlah saya menjamah makanan. Terima kasih.

Apa-apa pun saya tertarik dengan entri yang ditulis oleh rakan blogger saya iaitu Affan Ruslan yang bertajuk Merendah Diri Dalam Berblog. Dalam entri tersebut menyatakan bahawa kita tidak perlulah menunjuk-nunjuk dengan hasil yang kita perolehi, tidak kisahlah dengan trafik, pendapatan (earnings) dan pengikut-pengikut (followers). Memang benar apa yang ditulis itu ada baiknya, tapi yang penting niat kita.

Bagi saya, menulis review bulanan dan memaparkan trafik itu bukanlah atas niat untuk menunjuk-nunjuk. Tapi lebih kepada perkongsian perkembangan blog kita, manalah tahu ada yang sudi untuk menyewa ruang iklan di blog kita. Betul tak? Hal earnings pula, itu bolehlah dikategorikan menunjuk rasanya, tapi saya memang tidak akan memaparkannya sesekali di blog. Itu adalah rahsia, mana tahu nanti silap-silap kena cukai ke. 🙂

google analytics january 2011
Balik kepada review bulan Januari 2011, berdasarkan Google Analytics trafik pada bulan lepas tidaklah terlampau tinggi iaitu 14,499 Unique Visitors. Sedikit peningkatan jika dibandingkan dengan bulan Disember 2010 iaitu 13,641 Unique Visitors dan kedua tertinggi dalam 3 bulan berturut-turut di mana trafik tertinggi dicatat dalam bulan November 2010 iaitu 15,556 Unique Visitors.

Dalam bulan Januari 2011 juga saya telah berjaya menerbitkan 24 entri keseluruhannya. Seperti review sebelum ini, saya akan memilih 5 entri yang rasanya perlu diambil perhatian oleh para pembaca semua. Sedikit ulasan dan rumusan mengenai 5 entri tersebut saya sediakan di bawah:

  1. Kemeriahan Tahun Baru Di Twitter
    Kisah sambutan tahun baru di Twitter, maklumlah saya tidak gemar menyambut tahun baru diluar. Bersesak-sesak di luar dan membuang wang begitu sahaja. Lebih jimat dan selamat menyambut tahun baru di Twitter sahaja bersama rakan-rakan blogger yang turut memeriahkan time line di Twitter saya. 🙂
  2. Keselamatan Terjamin Bersama Kaspersky Internet Security 2011
    Ini adalah entri promosi saya yang berbayar untuk pertama pada tahun ini, lebih kepada internet jobs. Sedikit review mengenai Kaspersky Internet Security 2011, memang berbaloi jika anda menggunakan Internet Security daripada Kaspersky ini. Komputer anda dijamin selamat 100%.
  3. 10 Online SEO Tools Daripada Google
    Bagi yang gemar dan mementingkan SEO, di sini saya ada kongsikan 10 tools SEO daripada Google secara dalam talian (online). Ianya disediakan secara percuma dan berbayar, rasanya 10 tools ini penting bagi blog yang berniche dan berbahasa Inggeris lebih baik. Tidak perlu lagi mengupah orang untuk menaikkan blog tersebut. Anda mampu membuatnya sendiri. 🙂
  4. Kesalahan Yang Sering Dilakukan Dalam SEO
    Antara tips SEO yang saya sediakan di Blog Mohd Isa, khas buat penggemar SEO dan ingin mempelajari ilmu SEO. Dalam tips ini saya ada menerangkan beberapa kesalahan yang sering dilakukan oleh blogger atau pembina laman web. Mudah dan ringkas untuk difahami.
  5. Google Pagerank Akhirnya Dikemaskini
    Berita paling hangat bulan Januari yang lepas, terutama kepada blogger dan pembina laman web. Akhirnya Google mengemaskini data Pagerank, ada laman yang naik ada juga yang jatuh. Sehinggalah timbul perasaan kurang senang di antara blogger yang mengambil keputusan untuk tidak mengambil peduli akan Google Pagerank yang banyak kerenah sekarang ini.

Untuk melihat senarai penuh artikel yang telah diterbitkan oleh Blog Mohd Isa pada bulan Januari 2011, anda bolehlah melihatnya di sini. Semoga review ini menjadi rujukan anda semua untuk mengetahui perkembangan Blog Mohd Isa selain menjadi rujukan saya sendiri. Saya berharap agar anda dapat terus menyokong kewujudan blog ini dan memberi semangat kepada saya untuk terus berblog. 🙂

Tidak lupa juga kepada yang setia meninggalkan komen di blog ini, buat pengetahuan anda semua. Pada bulan Januari yang lepas, saya telah mengambil keputusan untuk menyediakan ruang bagi 5 blogger yang paling banyak meninggalkan komen di sidebar blog ini seperti yang dibuat oleh rakan blogger saya iaitu eTomyam.

Top 5 Januari 2011

Kepada blogger yang hendak menyedut trafik dari Blog Mohd Isa ini, bolehlah menjadi seperti mereka. Tinggalkan komen banyak-banyak, tetapi harus diingatkan jangan gatal-gatal hendak menjadi spammer plak. Sebab saya akan menapis setiap komen yang ditinggalkan dahulu. Ruang ini akan disediakan setiap bulan, jadi rebutlah peluang ini. Kira iklan percuma di blog inilah katakan. 🙂

Bagi yang sudi, bolehlah mengikuti saya di Facebook dan Twitter. Anda juga digalakkan agar melanggan Blog Mohd Isa melalui emel dengan memasukkan alamat emel anda pada ruangan sidebar yang telah disediakan. Terima kasih.

Sebarkan kepada rakan-rakan anda!

69 thoughts on “Review Bulan Januari 2011”

  1. Pingback: Monthly Review – February 2011 — Blog Mohd Isa
  2. aku akan menjadi pembaca setia blog ni dan pastinya akan tinggalkan komen.

    agak-agak lelaki ke pompuan yang ramai bertandang di blog ni?bape charge iklan banner kat blog ni ye?

    Reply
    • terima kasih, tak tahulah pulak pasal jantina ni. tak pernah buat servey lagi. nak tahu charge sila bertanyakan di CONTACT. 🙂

      Reply
  3. Pingback: Keputusan Acer Aspire one top link referrer 2010 | Denaihati
  4. aku suka baca blog ko Isa, cuma kdg2 tak tinggal komen je..sebab pa tau aku suka, penulisan ko senang baca santai gitu, n selalu ko publish tak tah typo…

    tu ramai blog ko…ko kije nanti pun harap terus blogging…:)

    Reply
  5. Pingback: Review BLOG-AYIE.COM bulan Januari 2011 | BLOG-AYIE | Share & Learn
    • insyaAllah bro, hope dapatlah lawan bro nnt. hehe, beranganlah plak. apa kata bro sponsor contest seo plak kat sini. boleh tak? hehe

      Reply
  6. giler lah banyak betul.. mantap.. , memberi semangat kepada blogger lain untuk perbaiki dan improve apa lagi yang terkurang , terlebih ker.. huhu..

    Reply
    • Salam yan, haha. Its okay, ramai juga silent reader sebenarnya. Maklumlah lebih selesa jadi pembaca daripada meninggalkan komen, betul tak? Anyway, sama-sama yan. 🙂

      Reply
    • aku tak baca reply lagi, takpa. aku saja nak share kat sini, leh la up trafik ko sekali. bantu membantu, setiap perkara ada kebenarannya. betul tak. hehe

      oh, pasal bounce rate aku ada tya pakar seo or seo provider. seelok-eloknya bawah 40%. so memang agak payah nak capai jika pelawat datang tak baca entri lepas tu blah camtu jerk, dan yg paling sesak bila terdapat byk page not found cam aku. hehe, semuanya gara-gara database dan penukaran permanlink. 😛

      Reply
        • haha, bounce rate ni penting dalam alexa ranking dan pr/popularity sesebuah laman. bounce rate ni mengira timing berapa lama seseorang pelawat berada di dalam page atau laman tersebut, lagi lama visitor lepak dalam page itu, lagi rendahlah bounce rate itu. mcm spring, lagi lama ditekan, lagi mampan la dia. 🙂

          Reply
        • yurp, akan berubah setiap kali ada pengunjung. makin lama pengunjung berada dalam blog kita, maka peratusan bounce rate akan berkurangan. 🙂

          Reply
  7. Salam..

    Ok jgk trafik blog ni. Kalau buat review, tak terniat pun nak menunjuk, cuma dapat buat perbandingan la dgn bulan2 lepas…
    Sekurang2nya boleh juga up date blog kan..

    Reply
    • salam, setakat ni ok lagilah. cuma kena usaha lebih lagi.

      betul tu, at least kita dapat bandingkan setiap bulan dan dapat memberi motivasi kepada kita untuk terus berjaya di masa akan datang. 🙂

      Reply
  8. heheheeh.sama macam kak kujie. selalu je baca entry sini.tapi segan nak komen. SEGAN ok.ok,tipu je segan tuh.hahahaha!!! wish u all the best wei. aku dari dulu nak gune thesis theme ni tapi install ade problem jek.hampeh -..-

    Reply
    • haha, sy tau kak jie memang jarang tglkan komen kat sini. tp sy tau kak jie sll dtg sini. 🙂

      aha, klu camtu takleh sedutlah. nnt besau, insyaAllah kak jie. semoga semuanya dipermudahkan. amin

      Reply
  9. pergh, dah membuktikan kalau kita buat macam ni bukan nak menunjuk ye, tapi nak berkongsi
    kalau sombong tuh tak dapat nak gambarkan lah.hehe
    terbaik bro, thesis tidak bagus, salah tu ;D

    Reply

Leave a Comment