Koleksi-koleksi Kuliah Agama

Hidup ini perlulah diimbangi dengan kesinambungan yang benar, bukan mengejar dunia semata-mata, mengejar Google Pagerank, mengejar trafik blog yang banyak, mengejar duit berjuta-juta daripada internet, bahkan kita sebagai umat Islam perlulah diimbangi dengan dunia dan akhirat.

Menuntut ilmu bukan sahaja pada pembacaan dan praktikal sahaja, tetapi perlulah mempunyai tunjuk ajar seseorang. Tidak kira di mana jua, di sekolah, institut pengajian tinggi, masjid dan surau. Kini di internet juga kita boleh mempelajari ilmu agama, bertanya kepada yang lebih mengetahuinya. Diperbicangkan bersama-sama kenalan di internet, sebagai contoh kita boleh bincangkan soal agama di iLuvislam.com dan banyak lagi laman-laman yang membincangkan soal agama.

Bagi yang mempunyai sama seperti saya, iaitu mendengar kuliah atau motivasi agama. Itu adalah lebih baik, banyak perkara yang boleh kita dalami dan fahami. Jika yang tidak berkesempatan mendengar kuliah di masjid atau surau, itu tidak perlu dijadikan alasan lagi. Kerana pelbagai cara yang membolehkan kita mendengar kuliah utama, tidak kira melalui CD atau DVD yang boleh didapatkan di pasaran, di YouTube, Facebook dan sebagainya.

Pada kali ini saya ingin kongsikan sebuah laman yang menyediakan koleksi-koleksi kuliah agama, iaitu myMaktabaty.com yang diperkenalkan oleh kenalan singkat saya yang pernah menumpang mandi di rumah saya di Perlis. Syukur alhamdulillah, masih ada insan yang sudi berkongsi kebaikan bersama saya. Kali ini saya ingin kongsikan bersama anda pula, myMaktabaty.com yang menyediakan pelbagai koleksi kuliah agama menarik.

Pelbagai koleksi kuliah agama yang dikongsikan di myMaktabaty.com tidak kira dalam bentuk video dan mp3. Antara penyampai-penyampai kuliah agama yang dikongsikan ialah Dr. Abdul Basit Abdul Rahman, Ustaz Azhar Idrus, Dato’ Shamsuri Ahmad, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, Ustaz Zahazan Mohamed, Dr. Mohd Asri Zainul Abidin dan banyak lagi.

Selain itu juga, terdapat pelbagai amal jariah yang dilakukan. Seperti saluran derma untuk membina surau atau masjid di beberapa kawasan yang boleh anda lakukan. Bagi yang mempunyai Facebook dan Twitter, bolehlah mengikuti myMaktabaty.com melalui Facebook dan Twitter sekarang juga.

Apa tunggu lagi, dapatkan koleksi-koleksi kuliah agama di myMaktabaty.com sekarang juga . Semoga dengan perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada anda semua.

Sebarkan kepada rakan-rakan anda!

39 thoughts on “Koleksi-koleksi Kuliah Agama”

  1. Pingback: Monthly Review – February 2011 — Blog Mohd Isa
  2. wah..sangat bagus nie 🙂 trimas very much..
    hurm..senarnya aku ada juga blog yg simpan kuliah2 agama. kira mcm buat mirror la juga kot. discontinued.. tak sempat nk manage bnyk2 blog. ishk2..

    Reply
  3. dulu ingat lagi time kecik2 ikut bapak aku pi masjid setiap kali ceramah dia akan rekod,,,zaman dah berubah x gaduh nak rekod2 lagi lani just duk depan PC, klik play dah boleh dengar dah ceramah agama

    Reply
  4. bagus usaha yang dilakukan oleh mereka, pasti bermanfaat kepada ramai orang. Seronok dengar ceramah nie, tapi nak g kat masjid tu malas, huhu

    Reply
  5. Terima kasih bro, sebenarnya aku pernah melawati web tu dan tidak dinafikan ianya salah satu saluran mudah untuk umat Islam terutamanya, untuk mendapatkan ilmu secara online. Maklumlah sekarang ni masing2 sibuk dgn urusan masing2.. jd tidak ada alasan lg, duduk saja depan pc..dan klik utk ilmu.. mudah kan tu..!

    Reply
    • sama-sama, betul tu bro. rasanya tiada alasan lagi untuk tidak mendengar kuliah agama, duduk sahaja depan pc dah boleh dengar dengan mudah. 🙂

      Reply
  6. Erkkk.. kebiasaannya kalau aku bercerita pasal agama dalam blog aku.. hurmm memang akan dapat komen yang sikit sangat-sangatlah. Huhuhuh.. Aku punya tanggapan senang jer kot.. maybe orang zaman skg xminat pasal agama.. tp baguslah ko kongsi entri ni pasal leh belajar agama lagi

    Reply
    • pergh, ko tulis blog tuk org komen je ke? hehe, konsep aku bab komen no berapa aku tak tau. yg penting niat aku nak share benda baik sahaja. tak kisahlah bab agama atau sebagainya dan bermanfaat kepada semua pembaca. bab komen taruk tepi dlu. 🙂 itu yg penting bro. 🙂

      Reply
  7. insyallah semoga ianya bermanfaat untuk kita semua. Apa yang penting ialah usaha kita untuk mendalami ilmu agama , ilmu duniawi dan ilmu ukhrawi perlu seimbang dan sejalan… bagi sedikit masa yang bermanfaat ini untuk bermuhasabah diri..

    Reply
    • betul tu bro, dalam kehidupan ni kita kena pandai mengimbangi semuanya. jgn terlampau taksub kepada sesuatu sahaja. semoga dengan perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada semua, insyaAllah.

      Reply
  8. Pingback: Tweets that mention Free Download Koleksi Kuliah Agama — Blog Mohd Isa -- Topsy.com

Leave a Comment