Kepentingan Meta Tags Dalam SEO

Seperti yang sudah diketahui, beberapa hari yang lalu Google telah mengemaskini Google Pagerank. Ada beberapa pagerank laman web atau blog telah meningkat dan juga jatuh, termasuk dua projek sampingan saya iaitu Kotak Minda yang jatuh dari PR3 ke PR2 manakala Kotak Muzik naik dari PR1 ke PR2.

Saya ada juga yang memerhati beberapa blog berbahasa Melayu mengenai pagerank dan kebanyakan daripadanya Google Pagerank jatuh dan rata-rata pemilik blog tersebut sudah mula tidak kisah dengan pagerank ini. Tetapi bagi blog yang mementingkan trafik organik ataupun pelawat dari agen carian, maka Google Pagerank adalah amat penting.

Baiklah, kita teruskan lagi dengan tips SEO yang saya ingin kongsikan pada kali ini iaitu mengenai Meta Tags atau dalam tag meta. Ia merupakan elemen pertama yang digunakan dalam teknik pengoptimuman agen carian (SEO) dan ianya menjadi perhubungan terus antara tag meta ini dengan kandungan atau artikel yang anda tulis.

Tetapi, hari ini kita dapat melihat algoritma semakin maju dan kepentingan tag meta ini semakin hari semakin berkurangan terutama sekali untuk Google. Namun begitu, masih ada agen carian lain yang menggunakan elemen tradisional ini untuk memaparkan sedikit huraian dibawah senarai pautan carian. Jadi pengguna akan mendapat gambaran awal mengenai laman web atau blog yang bakal dikunjunginya dan seandainya kandungan tersebut relevan dengan kemahuannya, mungkin laman anda akan dilawati.

Meta Description

Masih ada agen carian yang menggunakan tag meta ini untuk mengira dan menilai prestasi dan populariti laman web atau blog anda. Meta description atau meta penerangan merupakan elemen dan bahagian untuk anda menulis penerangan secara ringkas laman web atau blog anda. Ini dapat membantu agen carian dalam mentafsirkan kandungan sesebuah laman web atau blog.

Luangkan hanya beberapa minit sahaja untuk menulis penerangan dan sebolehnya jangan abaikan atau dibiarkan kosong sahaja. Sebagai contoh, untuk laman web yang menggunakan tema web portal antara penerangan yang boleh dilakukan:

Meta Keywords

Meta keywords atau meta kata kunci pula elemen untuk mengoptimumkan kata kunci yang telah anda pilih sebelum ini. Kadang kala agen carian seperti tidak mengindahkan kepada elemen ini tetapi ianya adalah lebih baik daripada tiada langsung. Anda boleh memasukkan beberapa kata kunci seperti (atau kata kunci yang mungkin tersalah taip oleh pengguna) di bahagian meta keywords.

Contoh di atas semula, antara kod tata cara yang boleh digunakan:

Meta Robot

Elemen meta robot perlu diberikan perhatian lebih. Dalam tag ini anda menerangkan atau menetapkan laman tertentu yang tidak akan diindeks atau dilayari oleh perisian agen carian. Kebiasaannya anda mahu menyimpan kandungan tersebut di dalam sistem tetapi tidak mahu ianya diindeks atau dipaparkan kepada tonton umum.

Jadi kita perlu menggunakan meta robot bagi mengawal dan menetapkan arahan kepada perisian tersebut. Kebiasaannya langkah ini lebih mudah dilakukan dengan menggunakan robot.txt yang diletakkan di pangkal direktori laman web.

Sumber: Kripkorn Studios

Sebarkan kepada rakan-rakan anda!

65 thoughts on “Kepentingan Meta Tags Dalam SEO”

  1. Pingback: Teknik SEO — Blog Mohd Isa
  2. Pingback: Tips SEO Apa Itu Bounce Rate? — Blog Mohd Isa
  3. salam bro..
    metatag ne ak xtau apekende.bab2 google ne ak xbper pndai sgt..dh setahun gune wp,pagerank masih zero.hahahaha.
    btw bro, nk mtk tlg ne. ade ym x?

    Reply
    • salam, ym aku takleh bukalah plak. pakai tenet unimap, kalau pakai wifi aku on9 la, ni id ym aku m_isa85. kalau ada skype lg senang, ni id skype aku bloggerboy

      haha, ko tak pakai plugin seo ke tuk wp ko? rugilah bro, blog femes tu. takkan PR0 jerk. hehe

      Reply
  4. aku pun blur lah bro pasal meta robot tuh…hehe.. meta description tuh pun kena check. takut kadang2 dah letak dua kali… kadang2 theme yang default dah ada meta description (tinggal tulis kat situs). bergantung jugakla..aku pun tak tahu..

    Reply
    • nnt aku terangkan pasal meta robot ni dalam entri berikutnya, tgu. pasal meta description tu pun kena pandai2, jgn lebih 160 aksara. cam aku pakai thesis mmg ada box untuk isi meta description tu. mudah skit. siap dia kira bape aksara yg kita pakai. 🙂

      Reply
    • haha, samalah bro. klu dah malas sgt, kadang2 isi meta keyword satu jerk. hehe, bro…aku lupa la plak pasal robot.txt tu, cam mana nak wat manual. sbb aku buka robot.txt tu dah jadi not found, mana ilang yerk?

      Reply
  5. meta keyword tu saya setuju sgt Isa. Sy rasa smpi sekrg Google keyword tool masih belum keluarkan Malaysia punya trend.Atau bro Isa tau google dah keluarkan?

    Reply
  6. Bro… Kalau dah guna all SEO pun nak kena buat manual lagi ke?
    yourdomain.com/robot.txt untuk apa? Jai try buat tapi x kluar pape…hu3

    Reply
  7. aku jeh ta naik lagi..huaaa.
    tak pe, tak kisah sangat pun..
    kena usaha lebih sikit pasni, kalau dok amik kisah PR ni
    memang ar gila traffik macam tuh..

    Reply
  8. yup.. tak dinafikan lagi yang meta tag memang sangat sangat sangat penting! ketika mula-mula tengok tag ni saya ingatkan ia sejenis tambahan biasa.. namun sebenarnya ia ada implikasi yang hebat 😀

    Reply
    • hoho, tu la pasal. kadang2 aku jenguk tak berupdate. takpa bro, wat benda penting lg. klu tumpu sgt pd blog ni, boleh lupa tanggungjawab kita nnt. hehe

      Reply
  9. pelik jugak pasal pr ni.. blogspot aku bleh naik pr3 lak.. padahal xde la optimize ape2 sgt pun.. trafik pun tak sampai 50 sehari dan jarang gak update..

    meta robot tu aku tak bape nak paham la.. 😀

    Reply
    • blog mana bro? ada content yg menarilah tu, cam aku nyer kotakmuzik.com baru update smlm kot, sblm ni mana update. tgk2 naik pagerank. hoho pasal meta robot tu cuba ko buka yourdomain.com/robot.txt ada tak? kalau ko pkai plugin google xml rasanya akan ada. 🙂

      Reply
      • ezanyempires.blogspot.com rasanya byk entri bosan2 jer.. sbb blog tu lbh kpd personal.. hehe..

        xde pulak robot tu aku bukak.. page note found.. aku ade jer pakai plugin google xml sitemap..

        Reply
        • eh.. kotakmuzik tu baru lagi kan.. ok la tu dah pr2.. awat aku nyer domain ni blum update ek.. pr0 jer.. aku start bln 9.. takpun mmg tak layak kot nak naik pr.. hehe..

          Reply
          • kotakmuzik.com dah setahun kot, baru menda. aku je malas nak update. hoho, bln 9? awal lagi kot bro, PR skg tak mcm dlu. sng nak naik, skg ssh. byk kreteria yg kena ikut. 🙂

            Reply

Leave a Comment