Tips Meningkatkan Teknik SEO Anda

Apabila anda mula mempelajari teknik SEO atau pengoptimuman enjin carian, pasti anda berasa ianya susah untuk dilaksanakan. Mungkin ianya sesuatu perkara yang rumit, tetapi sebenarnya tidak. Di sini saya akan kongsikan beberapa teknik SEO yang mudah dan boleh anda laksanakan.

Sebelum itu, saya ingin memaklumkan bahawa teknik SEO yang saya ingin kongsikan pada kali ini lebih bersesuaian untuk penguna WordPress. Kerana bagi saya ianya lebih mudah untuk dilaksanakan dengan bantuan pelbagai plugin yang disediakan.

Panggil Enjin Carian Untuk Indeks Blog Anda

Langkah pertama dalam melaksanakan teknik SEO untuk blog anda adalah dengan mempromosikan blog anda kepada enjin carian untuk diindeks. Di mana enjin carian akan melihat keseluruhan kandungan blog anda untuk dimasukkan dalam hasil carian atau SERP.

Untuk diindeks oleh enjin carian bukanlah satu langkah yang susah, hanya perlu daftarkan blog anda ke Bing Webmaster Tools dan Google Webmaster Tools. Pastikan anda telah membuat peta laman iaitu sitemap dengan menggunakan plugin seperti Simple Sitemap atau Google XML Sitemaps yang saya gunakan sekarang.

Tingkatkan Penomboran Muka Surat

teknik seo wordpress pagination
Asas teknik SEO seterusnya adalah penomboran kepada bilangan muka surat yang betul pada blog anda, di mana ianya lebih kepada satu cara untuk membuatkan blog anda lebih menarik dan mesra pengguna (mengurangkan kekusutan di halaman utama).

Langkah ini juga amat penting dari segi hasil carian, ianya akan memudahkan enjin carian atau crawler mengakses blog anda. Kemaskini penomboran bilangan muka surat blog WordPress dengan menggunakan plugin seperti WP-Paginate atau Simple Pagination.

Serlahkan Artikel Berkaitan Merupakan Teknik SEO

Tahukah anda bagaimana meningkatkan nilai sesebuah artikel atau kandungan blog? Ya, dengan menyerlahkan atau mempamerkan “Artikel Berkaitan” atau “Anda mungkin juga suka:” di bawah setiap artikel anda.

Ini bukan sahaja menarik pembaca untuk membaca lain-lain kandungan blog anda, malah ianya akan meningkatkan nilai kandungan itu sendiri serta PageRank blog anda (dari segi pageview). Untuk menambah fungsi ini, guna plugin sepert WordPress Related Posts atau nrelate Related Content.

Gunakan Kategori Yang Strategik

Kategori dalam blog andalah lebih merujuk kepada langkah pengorganisasian untuk pembaca anda. Dalam teknik SEO pula, ianya merupakan sumber untuk meningkatkan hasil carian.

Halaman kategori memudahkan crawler dari enjin carian untuk mengindeks kandungan yang berkaitan untuk dipaparkan pada hasil carian. Untuk membuat sebahagian besar kategori di blog anda, hadkan kepada 15 kategori atau kurang. Kemudian pastikan setiap artikel baru hanya dimasukkan ke dalam satu kategori sahaja.

Guna Plugin SEO

teknik seo wordpress plugin
Antara teknik SEO yang paling membantu adalah dengan memasang plugin SEO. Tambah plugin SEO seperti All-in-One SEO Pack atau WordPress SEO by Yoast kepada blog WordPress anda. Lihat beberapa lagi plugin SEO di Plugin SEO Terbaik.

Dengan adanya plugin ini, anda mempunyai cara untuk mengubah tajuk blog atau kandungan anda bagi menarik enjin carian. Setiap kali anda menulis artikel baru, anda boleh meletakkan tajuk dan tag yang berbeza di dalam ruang yang telah disediakan. Di mana anda dapat memaksimumkan peluang anda untuk menghantar kata kunci tertentu ke enjin carian.

Sebenarnya banyak lagi teknik SEO yang boleh anda amalkan, tetapi jikalau boleh jangan tinggalkan perkara-perkara yang saya kongsikan di atas. Ianya merupakan beberapa teknik asas SEO yang saya boleh katakan mampu meningkatkan blog anda di dalam hasil carian atau SERP.

Sumber: Small Steps to Boost Your SEO – TODAY!

Teknik SEO

Sebarkan kepada rakan-rakan anda!

45 thoughts on “Tips Meningkatkan Teknik SEO Anda”

  1. Banyak juga bab teknikal bro sentuh..memang artikel ini sesuai dan mudah nak faham..kalau newbie pun x susah sangat nak faham..plugi seo beri banyak kelebihan pada pengguna wordpress..tp pengguna blogspot mcm aku ni tak boleh nak terlalu bergantung pd seo..

    Reply
  2. Saya baru tahu tentang plugin Simple Pagination selepas baca artikel bro ini. Nampak kemas. So, selepas ini saya tak perlu lagi ‘hard code’ setiap custom theme yang dibina. Boleh pasang plugin sahaja. Hehe.

    Reply
    • Benar tu Hairul, sebenarnya memang seronok. Bersaing untuk duduk di muka pertama enjin carian memang mencabar. Tetapi janganlah kita lupa dengan pembaca kita, apa orang kata. Menulis dengan gaya tersendiri. 🙂

      Reply
  3. SEO ni senang ja. theme pantas, responsive dapat buka dari pelbagai macam gadget mcm android, apple sudah cukup baik. yang lain semua basic ja.

    Reply
  4. Pada akhirnya. Content masih kena mantap. Macam aku guna blogger. Aku takda plugin2 ni. Lagi pun ilmu WordPress aku memang zero. Tp pengguna blogspot pun masih boleh main SEO. Apply je teknik yg sama dan pada masa yang sama content tetap kena bagus. Terima kasih atas perkongsian yg bermanfaat ini bro.

    Reply
    • Bab kandungan itu perkara paling asas, selalu ditekankan. Kandungan adalah raja, sebenarnya untuk blogspot lah SEO paling mudah. Pastikan struktur SEO pada template adalah betul dan baik. Kemudian tulis sahaja, jangan lupa masukan heading h2, h3 jika perlu di dalam kandungan atau artikel. Apa-apa pun terima kasih di atas komen yang diberikan. 🙂

      Reply
    • haha, bertapa dahulu. maklumlah, dah ramai yang nak jadi sifu sekarang ni. hasil tarak pun. lagi pun agak bz kebelakangan ni. ini dah free, share jelah apa yang berkenan di hati. :p

      Reply
  5. @MohdIsa,

    Betul3x… ^_^
    Inilah ia aktiviti ONPAGE SEO.. Ibarat menukar kereta biasa kepada kereta SPORT enjin Turbo.. ^_^
    Kurang ditekankan walhal inilah yang perlu dibuat dahulu sebelum nak berlumba.. 🙂

    All In One SEO saya dah tak guna.. Saya guna plugin SEO lain.

    Reply
    • terima kasih di atas komen yang diberikan, amalan mudah untuk setup sebuah blog atau laman web yang mesra seo menggunakan cms wordpress.

      p/s: ini teguran terakhir buat saudara, sila gunakan url dan bukan permalink artikel atau kategori dan tidak perlu metion yang benar dan signature kerana komen bukan surat. terima kasih.

      Reply
  6. Pingback: Tips Meningkatkan Teknik SEO
    • secara jujurnya, blog bro boleh pergi jauh. tweak sedikit sahaja seo, pasti meletup. pastikan artikel unik sedikit. alexa ranking dah power. hasil pemantauan di blog bro as silent reader. 🙂

      Reply
        • tak susah mana pun nak tweak seo dalam blog bro, unikkan artikel. wujudkan subtopik dalam artikel, gunakan heading h2. pastikan keyword juga terdapat dalam h2 tersebut.

          boleh rujuk artikel saya di atas sebagai contoh. :p

          Reply

Leave a Comment