Hidup Aku Sebagai Seorang Blogger

Ini kisah hidup aku sebagai seorang blogger, sudah setahun lebih aku bergelar sebagai seorang blogger. Banyak cabaran dan dugaan yang terpaksa aku hadapi sebagai seorang blogger. Setiap perkara yang kita lakukan di muka bumi ini, pasti ada sahaja masalah yang dihadapi. Tidak kira mudah ataupun susah, kita tetap terpaksa menghadapinya.

Hidup aku sebagai seorang blogger bermula kira-kira setahun lebih yang lepas, tidak silap aku semasa aku menjalani latihan industri di TM Research & Development (TM R&D) Cyberjaya pada Disember 2008 hingga Mei 2009. Bermula dengan blog peribadi berasaskan platform Blogspot. Maklumlah, masih baru berjinak-jinak dengan dunia blogger. Tidak mengenal apa itu WordPress, Joomla, Drupal dan sebagainya.

Sebenarnya, asas aku membina blog ini adalah sekadar ingin melepaskan tekanan di dalam hidup aku seharian. Tidak terlintas dalam hidup aku untuk menjadi seorang blogger waktu itu. Masalah yang aku hadapi dapat aku lupakan seketika apabila menulis atau mengarang sesuatu di blog aku. Melawat blog rakan-rakan juga mampu menghilangkan stress yang aku hadapi.

Sehinggalah aku memasuki beberapa blog yang mempunyai domain sendiri, aku berasa pelik dan hairan. Bagaimana mereka memiliki domain tersebut, maklumlah aku orang baru. Tidak kenal domain dan hosting pada waktu itu. Sehinggalah aku bertanya soalan agak bodoh ketika itu. Bagaimana hendak memiliki dot com sendiri? Tidak pula aku menyebut domain, memang lucu bila mengimbas saat itu.

Hasilnya, aku membeli domain mohdisa.com pada 12 Mei 2009 tetapi masih menggunakan platform Blogspot sebagai blog aku ketika itu. Aku beli domain tersebut daripada rakan aku di forum Ubuntu.com.my. Aku semakin galak ingin menjadi seorang blogger, hampir setiap masa yang terluang. Aku habiskan dihadapan blog aku sendiri.

Sehinggalah beberapa orang blogger yang aku kenal di dalam dunia blogging ini mengajak aku menggunakan platform (CMS) WordPress self hosting untuk terus hidup sebagai seorang blogger. Minta maaf, sebab aku sendiri tidak berapa ingat siapa di antara blogger awal yang aku kenali dahulu. Aku mula mendapatkan hosting sendiri di JomlaHost.my dengan harga murah dahulu iaitu pakej unlimited iaitu RM69 sahaja.

Tetapi malang tidak berbau, belum sempat setahun usia hosting tersebut. Secara tiba-tiba, akaun hosting aku telah di’suspended’ tanpa sebarang sebab yang munasabah. Itulah cabaran yang paling berat aku hadapi dalam hidup seorang blogger. Ditambah pula, aku tidak berjaya mendapatkan backup untuk database daripada pihak hosting tersebut.

Aku hampir ingin berhenti hidup sebagai seorang blogger, sehinggalah aku berjumpa dengan beberapa orang blogger yang pemurah untuk menaja hosting baru untuk aku terus hidup sebagai seorang blogger. Blogger tersebut adalah saudara Ilham iaitu pemilik Denaihati.com penganjur SEO Contest Hidup Seorang Blogger ini sendiri.

Tidak lupa juga kepada Kak Jie, pemilik blog Kujie2.com yang turut memberikan sumbangan kepada aku ketika itu. Itulah hidup seorang blogger sebenarnya, bukan sekadar berkongsi ilmu yang ada melalui penulisan di blog. Bahkan prihatin sesama blogger lain seperti yang dinyatakan oleh Anarm dalam komen beliau sebelum ini.

Memang benar apa yang dibawakan oleh Denaihati.com iaitu Hidup Untuk Memberi, aku mula merasai apa itu kehidupan sebagai seorang blogger. Bukan sekadar mengarang entri, mencantikkan blog, mengetahui ilmu SEO, mendalami apa itu coding dan sebagainya. Hidup seorang blogger adalah hidup sebagai masyarakat, menyampaikan apa yang patut. Membantu apa yang sepatutnya, memenuhi apa yang perlu dipenuhi.

Itulah erti hidup sebagai seorang blogger, kini aku berbangga menjadi seorang blogger. Aku mula mempunyai ramai kawan di dunia blogging ini. Ada yang pernah bertemu, ada yang belum berkesempatan untuk bertemu. Blogging With Passion mula menjadi antara prinsip hidup aku. Terima kasih kepada semua blogger yang ada, terutama kepada blogger-blogger Malaysia yang aku kenali. Tanpa anda, siapalah saya. 🙂

Hidup Blogger! Akan aku laungan di ambang merdeka nanti. Sekian, ini kisah Hidup aku sebagai seorang blogger.

Sebarkan kepada rakan-rakan anda!

48 thoughts on “Hidup Aku Sebagai Seorang Blogger”

  1. Pingback: ping.yanmieonline.com
    • terima kasih bro, insyaAllah aku akan terus berkarya. ingin jadi seperti bro. banyak perkara yang mampu bro karangkan buat pembaca. 🙂

      Reply
    • sama-sama, banyak lagi perkara yang berlaku yang masih belum dikongsikan semasa berblogging ini. nanti saya karangkan untuk tatapan pembaca. 🙂

      Reply
  2. Tahukah anda, Abg Juju belajar buat blog wordpress hanya melalui ebook dan kaedah trial n error, maka terhasil la Rjuna.net seperti sekarang, pengalaman adalah guru terbaik

    sekarang sedang memperbaiki cara penulisan, dan memikat hati pembaca hehe

    Reply
    • wah, hebat tu. aku guna wordpress pun orang ajar. siap tolong setupkan dlu kat free hosting, kaedah cuba-cuba. bila dah familiar baru berpindah sepenuh. syukur alhamdulillah, sekarang dah makin mahir. 🙂

      samalah kita, sentiasa akan memperbaiki penulisan demi memikat hati pembaca dan menurunkan peratus bounce rate. hehe

      Reply
  3. Pingback: HIDUP SEORANG BLOGGER II | HIDUP SEORANG BLOGGER | Lizarazak.com
  4. Pingback: Hidup Blogger Sempena Kemerdekaan Malaysia — HIDUP SEORANG BLOGGER
  5. ingat balik kisah lama bagus bro. boleh betulkan mana yang kurang.masa awal2 dulu buat blog dulu, saje nak kumpul koleksi gambar je. sekarang baru belajar menulis. roflt!

    Reply
    • tak salah kalau nak mengumpul koleksi gambar, aku dlu macam tu juga. aku menulis melalui gambar. dengan gambar aku menulis entri aku. banyak otai blogger yang bermula dari situ. bukan senang nak generate idea untuk menulis. jalan mudah, kita generate dari gambar. dari gambar kita mula menulis. 🙂

      Reply
  6. huhu, begitu ceritanya….lebih kurang sama dng aku…bermula pada awal 2008 dng platform blogspot kemudian ke domain sendiri akubadboy.com kemudian + hosting terbina la tunashraf.com… happy blogging bro 🙂

    Reply
  7. tak tahu nak komen apa.. tp bab database hilang tu memang sangat menyakitkan hati sbb aku pernah kena.. kalau sbb diri sendiri maybe tak mengapa tp ianya dsebabkan oleh pihak server.

    suka dgn prinsip blogging with passion tu..

    akhir kata, keep on blogging and just look forward =)

    Reply
    • tahu takpa, hampir putus asa aku time tu. nasib baik ada rakan blogger yang ingin membantu. database ilang memang sedih gila la, abis semua komen dan entri hilang macam tu sahaja.

      blogging with passion akan ku jenamakan satu hari nnt. hehe

      anyway, thanks bro. 🙂

      Reply
  8. saat paling sedih kene suspend account mesti rasa macam dah putus harapan…..tahniah sebb bangkit semula bro semoga menjadi blogger yang lebih berjaya

    Reply
    • tahu takpa, memang sedih gila time tu. ditambah pula dengan layanan pihak hosting yang kurang memuaskan, memang sedih tambah sakit hati terus. tapi nasib baik aku ni tak suka memburukkan orang. kalau tak dah lama kena kutuk. anyway, terima kasih bro atas ucapan tahniah. 🙂

      Reply
  9. smart Isa penulisan ko, khusyuk aku baca, yup aku masih ingat ko pakai domain dot com kat blogspot dulu..tahun lepas, masa tu duk kenal ngan adzfar..

    sekarang ko dah makin mantap, semakin hari semakin passion ngan dunia blog nih…gud Isa, n gudluck ngan contest nih bro 🙂

    Reply
    • thanks bro, sekadar menulis secara santai bak kata denaihati. baru aku teringat, antara blogger terawal yang aku kenal. ko dan adzfar. teringat aku masa menuntut ilmu dengan adzfar mengenai wordpress. cuba2 dekat free hosting. ko pun nak belajar sekali. lepas tu buat frontpage sama2, ikut gaya adzfar. tp skg ni dia menyepi jerk. 🙂

      anyway, thanks bro. 🙂

      Reply
    • benar tu, bukan mudah nak berada di atas.
      semuanya bermula daripada bawah, zero ilmu.
      dari situ kita akan pelajari semuanya dan perlu dipraktikkan.
      anyway, thanks for ur support. 🙂

      Reply
  10. huh. nasib aku tak lah sampai begitu dasyatnya. hosting ok, tak de banyak masalah. memang blogging banyak manfaat. aku rasa boleh buat tajuk debat haha

    Reply
    • mungkin di situ silap aku mula-mula memilih hosting
      maklumlah, waktu tu aku tak tahu apa-apa tentang pemilihan hosting
      sykur alhamdulillah, kali ini aku sudah pandai memilih hosting yang baik
      malah lebih mahir memberi pendapat kepada blogger2 baru yang ingin melanggan hosting

      benar, blogging byk manfaatnya jika kita sendiri berfikiran terbuka
      banyak perkara yang boleh didebatkan 🙂

      Reply
      • yup. aku juga banyak belajar dari blog. betul salah itu kira belakang. asal kita belajar diakhirnya 😀

        tapi kalau salah tu kene la betulkan haha

        Reply
    • memang menyeronokkan bila berblog ni
      kita akan dapat lebih ramai kenalan
      tidak kira dari ceruk mana pun
      tambahan pula orang yang faham dengan bahasa kita
      kalau menulis dalam english maybe lebih ramai kenalan yang kita akan dapat 🙂

      Reply
  11. Memang banyak rencah di dunia blogging ni
    teringat juga masa mula-mula kenal blog,macam-macam nak letak untuk setiap entri
    good luck bro

    Reply
  12. Hidup ibarat roda. Ada naik pasti ada turunnya. Bila dah turun tu, baru ada thrill nak bangkit semula. Aku orang baru dalam dunia blogging ni. Merangkak pun belum. Tengok semangat blogger lama, terasa perlu lebih berusaha keras. Apepun selamat berjaya!

    Reply
    • betul tu, ada masa kita di atas. ada masa kita dibawah, bila di bawah barulah nak berusaha lebih. itu orang kita, tapi dalam blogging ni. setiap masa perlu bekerja. 🙂

      Reply
  13. Huhuhu, kesah hidup yang best dan aku suka. best betul ko start dah ade org sponsor. aku start blogging dulu dengan bermodalkan $10. Dari situ baru kembangkan sikit sampailah sekarang. xde org yg nk sponsor aku mase tu 🙁

    Reply
    • uiks, aku start duit sendiri dlu la bro. time hosting aku kena suspend baru ada orang nak sponsor. mana tidaknya, time tu aku mana ada sen. tp bila dah pakai hosting baru ni, memang puas hati abislah. 🙂

      Reply

Leave a Comment