Jom Memeriahkan Kejohanan Olahraga Tertutup UniMAP 2011

Pertama sekali saya ingin memohon maaf di atas kelewatan mengemaskini artikel di blog ini. Semakin hari semakin sibuk saya dibuatnya, baru-baru ini saya menghadiri majlis perkahwinan sepupu saya di Maran, Pahang.

Boleh dikatakan agak meriah jugalah, maklumlah ramai juga sanak-saudara yang turut serta. Pagi semalam baru sahaja saya selamat sampai di Perlis bagi meneruskan tanggungjawab saya sebagai seorang pelajar.

Kejohanan Olahraga Tertutup UniMAP 2011

Munggu ini ada acara besar yang saya akan sertai iaitu Kejohanan Olahraga Tertutup UniMAP 2011 yang akan dilansungkan pada 18 hingga 20 Mac 2011 di Stadium Utama Kangar, Perlis. Sedikit perubahan pada tahun ini jika dibandingkan dengan tahun-tahun sebelum ini.

Jika sebelum ini saya ada menulis mengenai kejohanan yang saya sertai sebelum ini iaitu 2nd USM Open Relay, kali ini saya ingin kongsikan mengenai kejohanan yang pada kebiasaannya dilansungkan pada dua hari sahaja kini dijadikan kepada tiga hari dan paling ketara adalah penukaran venue. Sebelum ini kejohanan olahraga tertutup UniMAP dilansungkan di UiTM Arau, Perlis telah ditukar ke Stadium Utama Kangar.

Apple iPad 2 Percuma

Tidak kisahlah di mana kejohanan olahraga tertutup UniMAP ini akan berlansung yang penting saya perlu fokus untuk memberikan yang terbaik dalam acara yang saya sertai. Wan Perlis pernah lihat saya berlatih, tapi tidak tahulah benar atau tidak. Mana tidaknya, dia tidak menegur saya pun.

Untuk pengetahuan semua saya akan bersaing dalam acara kegemaran saya iaitu 100m dan 200m, selain daripada itu saya juga akan menyertai acara lompat jauh, 4x100m dan 4x400m serta satu acara jemputan iaitu 4x400m.

Jadi kepada sesiapa yang berhampiran dengan Stadium Utama Kangar, jom memeriahkan kejohanan olahraga tertutup UniMAP 2011 ini. Boleh juga lihat aksi blogger di atas balapan. 😛

Nota: Doakan kejayaan saya dalam kejohanan pada kali ini ya. 🙂

Sebarkan kepada rakan-rakan anda!

12 thoughts on “Jom Memeriahkan Kejohanan Olahraga Tertutup UniMAP 2011”

    • thanks bro, haha…sukan adalah minat aku…best…dpt release tension…selain daripada blog ni…bersukan gak best. 🙂

      Reply

Leave a Comment