Idola Saya Ialah Sebatang Pokok

Pasti pelik dan hairan bukan, apa kenalah Mohd Isa ini menjadikan sebatang pokok sebagai idola. Selalunya orang akan menjadikan seseorang yang telah berjaya sebagai idola, tidak pula kepada sebatang pokok. Benar, setiap manusia pasti ada idolanya tersendiri untuk dijadikan sebagai panduan.

Tetapi tidak pernahkah anda terfikir bahawa kejadian alam semesta ini boleh dijadikan sebagai idola atau penunjuk jalan ke arah kejayaan dalam kehidupan kita. Tidak kisah jika anda ingin memulakan perniagaan di kedai online atau sebagainya. Yang pasti niat dan hala tuju yang betul.

Analogi Sebatang Pokok

Belajarlah daripada kesabaran dan ketabahan sebatang pokok. Pokok yang besar mampu menahan ribut dan taufan kerana ia mempunyai batang yang kukuh dan kuat. Bermula dari benih yang kecil, ia tumbuh menjadi pokok yang besar dan semakin kuat akarnya.

Apple iPad 2 Percuma

Sebelum menjadi sebatang pokok yang kuat, ia belajar menahan teriknya matahari, kuatnya angin, dinginnya hujan dan gangguan daripada manusia dan haiwan. Setelah melalui semua itulah, daripada sebiji benih yang tidak terlihat, menjadi tunas yang bercambah dan akhirnya menjadi pokok yang besar.

Mari kita jadi manusia yang tidak kalah dengan keadaan dan suasana di sekeliling kita. Seperti ikan di lautan masin, meskipun sekitarnya masin namum isinya tetap tawar. (Sumber: Solusi Isu No.28)

Begitulah hebatnya sebatang pokok, tidakkah anda patut menjadi sebegitu? Sanggup menghadapi segala rintangan dan cabaran demi mengejar kejayaan. Semoga saya mampu menjadi seperti sebatang pokok yang besar dan kuat, insyaAllah.

P/S: Doakan kejayaan saya dalam kejohanan olahraga tertutup UniMAP 2011 yang akan bermula petang ini (18 Mac 2011) sehingga 20 Mac 2011 di Stadium Utama Kangar, Perlis.

Sebarkan kepada rakan-rakan anda!

43 thoughts on “Idola Saya Ialah Sebatang Pokok”

  1. Pingback: Aku Dah Penat Dan Putus Asa Berdoa | X Lupa Dot Net
  2. Pingback: Aku Dah Penat Dan Putus Asa Berdoa | X Lupa Dot Com
  3. tapi kalau tiap2 hari kutuk dan maki pokok,,lama2 pokok akan mati juga .. contoh sperti yg dilakukan oleh kbnyakn org asli di pedalan.. diorang x tbg pokok tu, tapi tiap2 hari pergi maki n marah.. lama2 pokok tu mati sndri

    Reply
  4. Pingback: Waktu-waktu Mustajab Berdoa — Blog Mohd Isa
  5. tenang je rasa bila tgk pokok menghijau macam tu.. Jadi pokok ok..jangan jadi ‘chainsaw’.. 🙂

    Daun-daun yang lebat membolehkan berlindung dari panas terik..
    Daun-daun yang gugur sebagai baja..

    Reply
  6. hik2..seronok aku baca Isa..aku tak tau nak komen apa..tapi mmg nice entri nih,..terbaik ayat2 nyer..2 – 3 kali aku ulang baca..jadi semangat pula bila tgk pokok…tq Isa 🙂

    Reply
    • most welcome nine, sampai 2-3 kali baca yerk…samalah ng aku pun…membandingkan diri aku dengan pokok plak…sama hebat ke tak. 🙂

      Reply
  7. analogi yang sangat menarik.Ingat tadi cerita apa la. Ada benarnya analaogi pokok tu. pkok tu pulak bukan setakat hidup untuk dirinya sendiri malah dia beri makanan kepada mahluk lain selain jadi habitat dan menyimpan air untuk kegunaan hidupan. Saya masih baru dalam dunia blogging ni. Saya dah masukkan link saudara dalam blog saya,

    Reply
    • betul tu yusri, pokok banyak kegunaannya pada kehidupan lain. bukan kepada manusia sahaja, malah boleh dijadikan habitat dan makanan kepada haiwan lain. terima kasih, insyaAllah saya akan masukkan link yusri di LINKS saya.

      Reply
  8. analogi yang bagus. tak ramai yang berpandangan jauh dan out of box macam tu. hidup pun mcam tu. ada ujian dan dugaan yang kene dihadapi sebelum berjaya dan mencapai yang dihajati

    Reply
    • yurp, betul tu. untuk berjaya bukan mudah, pelbagai cabaran dan dugaan bakal ditempuhi sebelum mencapai nikmat yang diinginkan. 🙂

      Reply
  9. nice bro! I like. 😀 usaha tu penting, tapi banyak lagi rintangan along the way. rasai lah sendiri 😀

    PS : Apa nama font kat content ko ni? Agak nice bro 😀

    Reply
    • thanks bro, betul tu bro. lagi panjang kehidupan ni, maka banyaklah rintangan dan cabaran yang bakal kita hadapi. tengah merasa ni, ades.

      PS: Ubuntu font, very nice ya. 🙂

      Reply
    • Terima kasih jai, setiap manusia pasti ada semangat tersendiri. Yang penting usaha tu mesti ada, pasang impian, niat dan cita-cita. InsyaAllah pasti kita akan berjaya kelak.

      Reply
  10. pandai sungguh hamba berpetah berkata-kata hari ni ye..
    pokok kalau tanpa daun , dahan, ranting, akar
    tumbang gak bro..heee
    sebab tu betapa pentingnya orang yg dekat dengan kita untuk dibuat sebagai pedoman dan “spirit” untuk kita jauh lagi kehadapan. sekian terima kasih ;DD

    Reply
  11. As salam..
    Tiba2 teringat masa sertai pakaian beruniform zmn sekolah dulu2. Pokok dijadikan inspirasi utk cipta lagu disamping kaji asal usulnya…
    Belajar kat unimap ke? hehe…Stadium tu dekat dgn kampungku….

    Reply
    • Salam iza, pernah juga kena lebih kurang macam iza. Tapi lupa pula benda apa yang dijadikan subjek. Yurp, study kat UniMAP. Oic, Iza orang Perlis ya. 🙂

      Reply
  12. salam..
    pokok juga berguna pada kita sb mmpu mampu menyejukkan org yang berada di sebelhnya..menyejukan suhu bumi yang kian pans..

    mengeluarkan hasil tumbuhan..makanan utk manusia menikmati lalu mendapat sumber wang darinya 🙂

    Reply
    • uiks, jgn rasa camtu sekali. bila orang kutuk atau hina, jadikan ia panduan agar kita lebih berjaya. terbalikkan ia sbgi kata2 yg memotivasikan kita.

      Reply

Leave a Comment