Pemilihan dan Penetapan Kata Kunci Dalam SEO

Salam sejahtera dan salam 1Malaysia, kembali lagi kita dalam mempelajari apa itu SEO dalam bab kata kunci atau keywords yang merupakan sambungan entri sebelum ini iaitu Kata Kunci Merupakan Perkara Terpenting Dalam SEO. Bagi anda yang ingin mempelajari SEO dengan lebih lanjut bolehlah melanggan Blog Mohd Isa dengan mengisi Email anda di sidebar. Bolehlah anda sertai SEO Contest Hidup Seorang Blogger yang sedang dijalankan di blog Denaihati.

Bagi yang belum mengetahui mengenai SEO Contest Hidup Seorang Blogger bolehlah mendapatkan maklumat di sini. Hidup Seorang Blogger dengan hadiah wang tunai menanti para blogger yang gemarkan cabaran dan persaingan dalam SEO. Baiklah, tanpa melengahkan masa. Jom lihat apa yang saya ingin kongsikan dalam Hidup Seorang Blogger mengenai SEO dalam bab kata kunci.

Kata Kunci Sandaran

Secara umumnya, elemen pertama yang diberikan perhatian dalam SEO adalah kata kunci yang mewakili kandungan satu-satu blog dan paling kerap digunakan oleh pengguna bagi mencari blog anda. Sehubungan itu, anda perlu mendalami dan meneka keperluan serta frasa carian yang akan digunakan oleh pengunjung.

Selalunya, pengguna akan menggunakan kata kunci yang berlainan tetapi membawa maksud yang sama untuk satu kata kunci. Sebagai contoh, “kelapa” dan “nyiur” adalah objek yang sama dan mungkin ada pengguna menggunakan “nyiur” berbanding “kelapa” dalam frasa carian.

Anda boleh memuatkan beberapa kata kunci sandaran yang lain tetapi jangan terlalu gopoh untuk memuatkan terlampau banyak kata kunci seerti kerana Agen Carian sendiri dilengkapkan dengan algoritma kata kunci seerti terutama sekali bahasa Inggeris.

Skop Kata Kunci

Anda perlu berhati-hati dalam memilih atau menetapkan kata kunci untuk blog anda. Skop pemilihan pelbagai kata kunci harus dilakukan dalam sempadan atau batas konsep blog. Ini kerana Agen Carian lebih cenderung untuk menilai dan meletakkan blog ditempat yang tertinggi sekiranya kata kunci berkitar pada skop dan konsep kandungan blog.

Dalam contoh sebelum ini, kata kunci “web” adalah sangat sesuai untuk laman seperti forum. Kata kunci sandaran seperti “web 2.0” dan “web teknologi” masih berkitar dalam satu skop yang sama. Seandainya frasa lain seperti “reputasi kereta” dimasukkan boleh menyebabkan reputasi blog ini jatuh kerana telah dikaitkan dengan skop yang lain.

Bagi membantu kita untuk memudahkan pencarian kata kunci dalam skop yang ditetapkan, anda boleh gunakan perkhidmatan “Keyword Tools” ini.

Pemilihan dan Penetapan Kata Kunci

Dalam proses pemilihan dan penetapan kata kunci tersebut, anda bukan sahaja perlu menitikberatkan relevansi terhadap blog tetapi anggaran carian untuk perkataan itu sebulan. Nilai anggaran yang lebih kecil sebenarnya lebih bernilai dan mudah untuk menarik pengunjung ke laman.

Saya gunakan contoh di atas semula, penggunaan frasa “web portal” akan lebih membawa ramai pengunjung berbanding “web blog”. Ini kerana “web portal” mempunyai kadar persaingan yang lebih kurang berbanding “web blog” menjadikan laman yang menggunakan frasa “web portal” menjadi tumpuan untuk pencari “web portal”.

Secara psikologi, menggunakan elemen atau kata kunci yang sangat popular boleh menaikkan blog dalam masa terdekat tetapi menyediakan elemen atau kandungan yang kurang popular dapat menarik lebih ramai pengunjung kerana persaingan dari blog lain lebih kurang.

Jadi dalam proses pemilihan kata kunci anda perlu mengambil kira jumlah carian setiap bulan dan pertimbangkan jumlah kunjungan unik setiap bulan.

Kredit: Kripkorn Studios

Nota SEO: Jangan lupa menyertai saya dalam SEO Contest HIDUP SEORANG BLOGGER, peluang memenangi hadiah terkumpul sehingga RM2350.

Sebarkan kepada rakan-rakan anda!

81 thoughts on “Pemilihan dan Penetapan Kata Kunci Dalam SEO”

  1. dah baca blog isa dari awal sampai akhir dah,
    nie post last,tapi rasa malas nak baca,xkhatam jugak kot malam nie..
    hehehe,panjang sangat post nie berbanding post lain..

    btw tq bro,nak bookmark post nie,6t baca plak,tepu dah otak malam nie

    Reply
  2. selama ni biasa guna keyword yg popular je..xpernah plk terfikir nak guna keyword yg jarang digunakan utk kurang persaingan..tips seo lain dr yg lain..menarik…thanks!

    Reply
    • sama-sama, kiranya cik tom suka gunakan short term keyword la yerk. untuk jangka panjang, digalakkan guna long term keyword. 🙂

      Reply
    • hi ana, sorry lambat reply. untuk tag keyword ni lebih kepada keyword yang kita masukkan dalam tag, kalau dalam blogspot. label yang ana masukkan itu adalah tag keyword, so pastikan tag keyword yang ana masukkan tu berkenaan dengan artikel yang ana tulis. barulah agen carian indek. 🙂

      Reply
  3. Pingback: 10 Kesalahan Dalam SEO — Blog Mohd Isa
  4. Pingback: Kaki Komplen Malaya » Sepuluh Perkara Penting Dalam SEO
    • salam,
      contest SEO ni memang menarik kalau nak dikongsikan…sama-samalah kita pelajari. terima kasih, baru sahaj siap edit. 🙂

      Reply
  5. Ini yang dicari2 selama ni.. Eh nak tanya pasal keyword ni… adakah memadai kita letak semua keyword tu dekat tag/category ataupun kena letakkan didalam entri kita tu???

    Reply
    • betul tu, kalau rajin. kena pandai cari keyword mengikut permintaan semasa. macam waktu berbuka puasa yang meletup kat blog azuan. hehe

      Reply
  6. menarik bro.. bro, site aku dah kene report site page.. then ada satu scipt mana ntah tiba2 ada dlm site aku..

    Reply
    • Mmm… tu nama dia SQL injection, script tu ader kat semua PHP file awak kat bwh sekali decode dalam bentuk base, klo paling teruk awak xboleh login wp-admin.

      boleh login x? FTP pun xble gak selalunya…

      bender tu selalunya xmerbahaya, cuma link decode shj diletakkan dalam file PHP tu… dan browser meletakkan sebagai malware kerana selalunya akan redirect ke web si hacker iaitu **riotassistance(dot)ru**

      sungguhpun begitu… contact la Hosting anda…mereka akan menginstall file wp core yang baru serta database yang baru… segala PHP file dlm ni termasuk plugins, photo(maybe) anda semua sudah di inject dgn link si hacker..

      harap dapat membantu, jgn susah hati yer… sabar2 banyak..dugaan ramadhan…

      Reply
        • Hi, kejadian ini berlaku disebabkan faktor2 seperti themes premium yang diambil dari warez site… melainkan anda seorang programmer dan arif tentang PHP code… anda boleh membuang code itu sendiri.. tetapi ade implikasi yang themes itu akan cacat atau tidak sempurna kerana code itu di encrypt dengan fucntion PHP themes itu sekali…

          themes yang diambil dari forums wares dan script2 yang percuma selalunya diupload oleh coder2… well, siapa nak bagi themes $87 USD secara percuma klo dikira logik?

          kedua, ketika anda melakukan login ftp dan wp-admin, anda tidak menyimpan password anda dgn betul dan akhir sekali, komputer anda di serang malware, atau adware dan setiap kali yang anda login seperti ftp, email, wp-admin semuanya akan disimpan oleh malware dan dihantar kepada tuannya…

          jadi kiranya dalam kes anda ini, virus pintar yang menghantar balik setiap password yang di encrypt itu ke tuan nya… nak kate hacked pun, proses ini adalah sah dan tidak dapat dihentikan kerana benda itu mmg sudah ada dlm pc atau pun themes.

          saranan saya. contact hosting provider kira2 ini masalah lain, selalunya jika web direport sebgai malware, hosting akan menginstall themes, wp, dan plugins yang baru… images juga boleh berjangkit…

          install baru akan hilang semua setting la.. cuma plugins yang ada buat db dekat mySQL jer setting dia xhilang… yang lain2 xdpt diselamatkan rasenyer… post semua masih boleh diselamatkan, begitu juga dgn images…

          saranan, jgn menggunakan themes yg premium seperti thesis themes, woo themes, elegant themes, themes forest dan lain2..themes2 ini hanya web designer dan programmer shj yg pakai kerana mereka boleh meng-original kan nyer semula..

          Reply
          • Anyway, dah berjaya kesan skrip tu.. skrip tu ada dlm file index.php, dah buang pun.. so, nampak mcm dah ok balik blog tu.. harap skrip tu tak masuk lagi lah..

            Reply
          • pergh, mmg susah gak kalau pakai premium themes ni. better kena berhati-hati selalulah. tp itulah, aku dah biasa dengan thesis ni. rasa janggal pula guna themes yang lain.

            Reply
          • Jgn risau bro.. setiap masalah pasti ada jln penyelesaian.. aku approve dah ko.. ko nak minta tlg apa tu? blh jer..

            Reply
  7. hebat btol ko bermain dgn keywrd dan seo ni bro..aku lngsng xley ikut..hahaha…lps ni bole la bt ebook seo dlm bhasa melayu bro…

    Reply
    • haha, takda la hebat mana pun. just share apa yang aku perolehi. tak salahkan. insyaAllah, kalau ada rezeki aku buatkan ebook untuk korang semua. hehe 🙂

      Reply
  8. Pingback: IMCurtain.com
  9. Pingback: pligg.com
  10. Pingback: Tweets that mention Pemilihan dan Penetapan Keywords Dalam SEO — Blog Mohd Isa -- Topsy.com
  11. Pingback: myebuzz.net

Leave a Comment