Selamat Tinggal Dunia Blogger

Mungkin sudah tiba masanya untuk saya mengundur diri daripada dunia blogger ini, rasanya sudah agak lama saya menceburi bidang blogger ini yang boleh dianggap serius pada saya. Hampir setiap masa saya akan diluangkan untuk menatap blog ini dan blog rakan-rakan yang saya kenali dalam dunia blogger ini.

Saya mula menceburi bidang blogging ini kira-kira tiga ke empat tahun dan secara rasminya Blog Mohd Isa ini dibuka pada 12 Mei 2009 dengan menggunakan domain sendiri. Kalau diikutkan pada tarikh hari ini, iaitu 3 Disember 2010 bermakna Blog Mohd Isa telah hidup di dunia blogger selama setahun setengah jugalah.

Mungkin usianya boleh dikatakan masih belum mencapai usia blog-blog otai yang saya kenali. Mengikut review bulan November 2010 juga sudah menggambarkan usia blog ini masih belum mencapai tahap tertinggi. Apa-apa pun oleh kekangan masa serta masalah yang dihadapi di masa ini, membuatkan saya tekad untuk meninggalkan dunia blogger yang saya amat sayangi ini.

Oleh itu, saya ingin memohon ampun dan maaf jika sepanjang saya menulis blog ini dan meninggalkan komen di blog rakan-rakan terdapat kesalahan bahasa dan menyinggungkan perasaan anda semua. Orang kata, setiap pertemuan pasti ada perpisahan dan yang hidup pasti akan meninggal dunia juga. Selamat tinggal dunia blogger.

Nota: Hari ini saya akan pulang ke kampung, maklumlah rumah di kampung saya tidak mempunyai talian internet. Jadi saya terpaksa meninggalkan dunia blogger ini beberapa hari, jadi sahabat-sahabat yang di sayangi selalu. Tolong tengok-tengokkan Blog Mohd Isa ini ya, ‘ReTweet’lah apa yang patut. Jangan segan-segan, buat macam rumah sendiri. 🙂

Promosi: Jangan melepaskan peluang anda untuk memiliki dua buah notebook Acer Aspire One sekarang juga!

Sebarkan kepada rakan-rakan anda!

116 thoughts on “Selamat Tinggal Dunia Blogger”

  1. Because the admin of this website is working, no doubt very shortly it will be famous,
    due to its feature contents.

    Reply
  2. Pingback: Monthly Review – December 2010 — Blog Mohd Isa
  3. Pingback: Drama Hani TV3 — Blog Mohd Isa
  4. Pingback: Waktu Untuk Muncul Kembali — Blog Mohd Isa
  5. demmm you isa… boleh putus sahabat nko tanak tulis blog tau. mencik… tajuk carik publisiti.. hahaha… selamat pergi dan kembali kepangkal jalan. dah balik kampung jangan lupa ambik gambar bebanyak. balik kl boleh update. ok!

    #brengsekk… terkena dengan tajuk!

    Reply
  6. aduyai…ingatkan nak bersara sungguh-sungguh tadi. dah jatuh jua jantung ni..huhu…aku hari-hari balik kampung..70KM perjalanan..muhahaha….
    Camner nak follow blog ni?adeh..

    Reply
  7. hehe.. ingatkan bersara terus..
    harap bro dah sampai kampung halaman.. dan harap juga semua kerja yg perlu dibuat di sana selesai..

    Reply
  8. hahaha..ko bikin gempaq jer Isa noh..aku tak caya kalo ko nak tinggal blog…ko dah serasi ngan blog dah..pure blogger… 🙂

    selamat pulang ke kampung Isa…kimsalam semua family yer..jaga diri baik2…

    Reply
    • haha, saja jerk kasi gempaq…tahu takpa…blog ni dah macam nyawa aku. insyaAllah aku akan kekal bersama blog ni. anyway, thanks bro. 🙂

      Reply
  9. hehe.. sori, aku tak makan tipu ko! wooo.. bile tengok tajuk, aku terus pegi perenggan last! sebab situ laa bende sebenar biasenye akan diberitau.. haha, dah bleh bau daa trick nie bile baca tajuk post.. :p

    Reply
  10. blog tak gempak macam ni siap reply komen aku tadi tak kan nak belah macam tu je..haha
    terbaik..
    selamat pulang bro, kang dok sana update pakai handset 3310..hehhe

    Reply
    • haha, ada2 je ko ni yerk. boleh ke update pakai 3310? wah, ko kena ajar aku ni. tak jadilah aku nak beli telepon samat nnt. 😛

      Reply
    • haha, takkanlah aku nak tinggalkan tempat aku melepaskan tension ni. blog nilah satu-satunya tempat aku release tension dengan nikmatnya. hehe, dah selamat sampai ni. ada peluang plak nak on9 kat cc jap. hehe

      Reply
      • itulah pasal…terkejut aku..ingat nak tinggal terus tadi…adoilah….hehe…

        selamat balik kampung dan moga semuanya selamat sejahtera hendaknya…

        pssst…kalau dah nama blogger sejati…ade ruang dan peluang…mesti ambil punya…hehee

        Reply
        • hoho, takdalah sampai tgl terus. nyawa aku ni. haha, aku telah selamat pulang ke perlis ni. so bolehlah aku luangkan masa dengan blog ni balik. hehe

          Reply
  11. Pingback: Tweets that mention Selamat Tinggal Dunia Blogger — Blog Mohd Isa -- Topsy.com

Leave a Comment