Sudah sekian lama saya tidak membuat review bulanan setelah berpindah ke hosting baru, review yang saya buat sebelum ini sudah terkubur bersama-sama hosting lama apabila pihak hosting tersebut tidak memberi backup untuk database saya sebelum ini. Jadi semuanya bermula dari kosong apabila menggunakan hosting baru.
Apa-apa pun, itu cerita lama yang menjadi lumrah kehidupan seorang blogger. Pasti ada cabaran dan dugaan yang perlu dihadapi, tidak kira di dunia nyata dan alam maya ini. Berbalik kepada tajuk entri saya pada kali ini iaitu Review Bulan November 2010, tidak banyak yang dikongsikan pada bulan ini. Hanya 15 entri sahaja yang dapat dihasilkan pada bulan ini.
Maklumlah, saya terpaksa pulang ke kampung untuk menjaga ibu kesayangan yang sedang sakit. InsyaAllah Jumaat ini saya akan pulang ke kampung semula dan mungkin terpaksa meninggalkan blog ini dalam beberapa hari lagi. Saya akan cuba kemaskini blog ini jika ada peluang, insyaAllah.
Mengikut data yang dikeluarkan oleh Google Analytics di atas, blog ini hanya mampu menghasilkan 15,556 pelawat unik (Unique Visitors) pada bulan November yang lepas, sedikit peningkatan yang ditunjukkan bebanding 10,720 pelawat unik pada Oktober 2010 dan 9,405 pelawat unik pada September 2010. Ini menunjukan bulan November 2010 mencatatkan trafik tertinggi untuk 3 bulan. Terima kasih diucapkan kepada anda semua kerana sudi menyumbang trafik ke Blog Mohd Isa.
Berikut sedikit ulasan mengenai 5 entri yang perlu diambil perhatian oleh anda semua, untuk membaca entri tersebut klik sahaja tajuk-tajuk di bawah:
- Bilakah Kesedihan Ini Akan Terhenti
Entri yang memaparkan kisah peribadi saya di alam nyata, dunia realiti yang nampak indah di alam maya. Tapi hakikatnya saya terpaksa menangung masalah yang amat besar ketika ini, kisah ibu yang sakit masih belum terpadam. Hampir setiap hari saya akan menitiskan air mata di saat mengenangkan ibu yang sedang sakit di kampung. Saya hanya mampu berdoa dan terus berdoa kepada yang maha Esa. Semoga kesedihan ini akan terhenti satu ketika nanti. - Drama Seribu Kali Cinta Dalam Slot Akasia di TV3
Khas buat peminat-peminat drama Melayu dan penyumbang terbesar kepada trafik di blog ini. Anda boleh dapatkan sekarang juga Seribu Kali Cinta, drama yang ditayangkan pada setiap hari Isnin hingga Khamis dalam slot Akasia di TV3. Boleh dikatakan menarik dan paling saya suka dalam drama ini iailah ia juga turut dibintangi oleh Cat Farish, pelakon yang boleh membuatkan saya tidak kering gusi. Ada sahaja telatahnya yang membuatkan saya tersenyum dan ketawa. - Ralat Daripada Nuffnang
Sebut sahaja Nuffang dalam dunia blogger ini, pasti semua sudah tahu. Hampir kesemua blogger di Malaysia ini mendapatkan mata pencarian melaluinya. Pendapatan sampinganlah kata orang, hampir setiap bulan Nuffnang akan memberikan wang kepada saya. Tapi bulan lepas saya mendapat emel daripada mereka, bahawa terdapat ralat yang berlaku pada sistem mereka. Iaitu hasil pendapatan yang berganda, sedikit kekecewaan bagi saya dan sepatutnya ralat sebegitu tidak harus berlaku. - GengBlogger Pembawa Malware
Berkenaan dengan dunia blogger juga, GengBlogger merupakan laman yang menyediakan perkhidmatan untuk ping entri-entri terbaru di blog anda. Suatu ketika dahulu, laman GengBlogger ini telah diserang malware dan kini saya kurang pasti. Kerana saya masih tidak dapat membuka laman tersebut apabila pihak ICT tempat saya belajar masih mengkategorikan laman GengBlogger pembawa malware. - Sebulan Untuk Menang Acer Aspire One
Pada yang gemar menyertai contest di dalam dunia blogger ini, jangan lupa untuk memeriahkan contest Hidup Untuk Memberi yang telah dianjurkan oleh blogger terkenal di Malaysia, iaitu Denaihati. Contest yang menyediakan dua buah notebook Acer Aspire One untuk dimenangi oleh anda semua. Sebulan Untuk Menang Acer Aspire One telah menjadi sticky post untuk sepanjang bulan ini bagi memberi peluang kepada anda semua untuk mengetahui perkembangan contest tersebut.
Terdapat 10 lagi entri lain yang telah dikongsikan di blog ini, untuk membacanya anda bolehlah klik ke pautan ini. Semoga dengan dengan review yang telah disediakan ini dapat membantu anda semua dalam mengetahui perkembangan Blog Mohd Isa ini. Seterusnya menarik minat anda semua agar terus menyokong kelahiran blog ini.
Sekian, terima kasih diucapkan kepada anda semua kerana terus menyokong Blog Mohd Isa. Jangan lupa untuk melanggan Blog Mohd Isa melalui emel dibahagian yang telah disediakan di ruangan sidebar, mengikuti saya di Twitter dan Facebook untuk mendapatkan update terbaru di Blog Mohd Isa.
meningkat dengan jayanya
alhamdulillah, kena usaha lagi ni. thanks for support bro.
Nak pinjam angka visitor tu kejap boleh tak…kekeke…memang sempoi lah angka tu…angka aku…hanya sampai tahap perpuluhan jer…sedih woo
haha, boleh jerk. apa salahnya. jji perlu ada usaha. baru leh mantap. 🙂
kencang trafik tu…even 15 entri dah kencang trafik..huhuhu..jeles aku..takpe kena usaha lagi ni..kekeke
takdalah kencang sangat, kena pandai tulis apa yang menjadi permintaanlah. 🙂
huhu….btul2…keyword hot slalu naik…org kita mmg suka cari citer2 panas ni..kekeke
betul tu, tambah plak yg kaki download…lagi laju…hehe
haha..kaki download tu aku terasa..hehe..
haha, so gunalah kemahiran menarik kaki download tu. hehe
15 entri pun dah banyak macam nie.. fuh.. terbaik bro… aku punya kejap naik kejap turun.. alexa tuh … merajuk dah membesar, padahal dah update.. tapi mungkin traffic slow…
masih dalam mengejar target untuk hujung tahun ni, tapi macam tak sempat jerk. oh, pasal alexa tu aku ada terangkan dalam entri aku sebelum ini. macam mana nak naikkan alexa rankings. cubalah bro study.
http://blog.mohdisa.com/tips-mudah-meningkatkan-alexa-ranking.html
tahniah bro.. mmg outstanding tul traffic blog bro ni.. thumbs up! 🙂
terima kasih bro, atas sokongan bro juga. 🙂
Wao.. Tahniah buat blog mohdisa.com walaupun hanya sekadar 15 entri mampu memperoleh visit yang tinggi.. Mungkin kemantapan SEO dan juga bro sudah dikenali 🙂 Pasti di kemudian hari akan ada peningkatan lagi..
P/S: Semoga ibu bro sihat2 seperti sediakala~
terima kasih bro, takdalah mantap sangat bab SEO tu. banyak yang perlu diperbaiki dan dipelajari lagi dalam ilmu SEO ni. yang penting ada sokongan daripada rakan-rakan blogger seperti bro.
mudah-mudahan begitulah hendaknya, semoga ibu aku cepat sembuh hendaknya. amin
Kencang trafiik bro.. alexa makin kecil tu.. aku punya makin besar.. haha
Bro lama x update bz ke? 😛
hehe.. aku malas nak update.. bz gak skit2 ni..
aha, bz watpe yerk? boleh saya tahu? hehe
bz bese2 jer.. hehe
haha, bukan biasa ni. dah luar biasa. hehe
tahu takpa, lama gak dia tak update. bz memanjang la tu. hehe
takdalah kencang sangat kalau nak dibandingkan dengan blog bro, target untuk alexa rankings pun tak capai agaknya untuk hujung tahun ni. hoho
haha.. blog aku makin membesar alexa..
ala, biasalah. ingat senang ke nak maintain alexa ranking ni…len la kita rajin update selalu…wat pageview sll…haha
mantap…itu baru 15 entri…tapi traffik yg masuk cukup kencang dan stabil..pageviewpun mantap…tahniah bro…
moge terus kekal aktif wlau penuh dugaan dan cabaran yg mendatang 😀
insyaAllah bro, aku akan cuba yang termampu. setiap perkara pasti ada halangannya, cuma atas kita untuk menyelesaikannya. yang penting sekali kena usaha, betul tak bro?
blog sudah jadi sebahagian besar dari kehidupan..
ya, betul tu. sudah menjadi sebahagian dalam kehidupan saya. 🙂
uik~ best nih
terima kasih. 🙂
15K?? mantap sangat dah tuuuu~ hoho caiyalah..
takdalah mantap sangat, kena teruskan lagi. banyak lagi blog yang mantap, nak kejar dorang lah ni. 🙂
fuh trafik best kat sini ek.. T_T bila aku nak sampai tahap nie. adakah bahasa inggeris menjadi satu kekangan?
tidaklah bro, bagi aku bahasa inggeris lagi bagus. tapi itulah, bila dah buat blog english kena ada niche yg berpatutan dan keywords yang mantap untuk menarik minat pembaca dari luar. macam aku target pembaca dari malaysia sahaja, so memang menulis dalam melayu jelah jawabnya. 🙂
aku paling x suka tgk analytic blog aku..sebab mmg selalu tidak konsisten..huhu..blog ko ni antara blog hebat..no wonder la trffc mantap..hehe
haha, aku memang pentingkan benda ni. bukan pentingkan trafik semata-mata, just pentingkan perkembangan blog aku jerk. blog ko pun apa kurang hebatnya. yg penting ada reader setia dan meninggalkan komen di blog ko. 🙂
wahh tahniah yer bro..sy ni tgh cukupkan syarat sbb nak apply innity..huhuh sedihnya..
terima kasih, wah target income dari innity yerk. tapi innity sekarang tak banyak iklan dah. susah nak apply. pernah gak pakai innity dlu, tp earnings dia dah slow tak macam dlu.
tahniah masih punya trafik yang tinggi walau terpaksa bermula dari kosong akibat kehilangan database.
bersabarlah dengan ujian allah berkaitan penyakit yang ibu sedang tanggung. insyaallah akan segera sembuh dan kembali seperti biasa.
terima kasih, mudah-mudahan begitulah pintanya. agar ibuku cepat sembuh daripada penyakitnya, tidak sanggup rasanya melihat penderitaan yang sedang dihadapi beliau.
wah mantap trafik tu… tahniah bro semoga semakin meningkat…
terima kasih bro, insyaAllah. aku akan cuba sedaya upaya. 🙂
fuh, mantap sigh..cayalah bro..
aku suka tengok ko update tiap2 hari.
kang aku borink ada tempat gak aku nak baca..hehe
takdalah mantap sangat bro, just berkongsi apa yang termampu sahaja. terima kasih bro, sebab sudi menjadi salah seorang pembaca setia di blog aku ni. 🙂
Salam isa, owh baru tukar hosting ye, tulah yan buat gak backup sdiri, takut apa-apa masalah di kemudian hari…
btw tahniah walaupun hanya 15 entry yg terhasil tp trafik tinggi jugak tu 🙂
moga mak isa di kampung cepat2 sembuh ye…amin 🙂
takdalah baru sangat, tak silap dalam bulan 5 aritu. itupun hasil bantuan rakan yg sudi taja blog saya ni, kalau tidak terkubur macamtu sahajalah jawabnya. maklumlah, poket saya ni kosong jerk.
terima kasih atas ucapan tahniah dari yan, bukan mudah nak capai trafik tinggi tu. kena usaha lebih skit.
terima kasih juga atas doa yang diaminkan, mudah2an Allah mendengarnya. 🙂
tak update pun trafik stabil..malah lebih lagi
itu cukup baik..tanda blog yang stabil…google suka!
terima kasih kak jie, kalau boleh nak buat google suka selalu. pagi ni nak balik kg dah, mungkin akan terbiar lagi lepas ni. 🙁
trafik aku tak tentu..sebab update ikut suka je..hehe
haha…aku kalau ada masa…memang aku update…tp bila tak dapat online…terbiar jugalah jawabnya…haha
wah. tingginya trafik dan pageviews. huhu. agak kejelesan di situ. haha
haha, masih kurang mantap ni kalau nak dibandingkan dengan blog-blog otai yang lain. jeles tu satu perasaan baik sebenarnya untuk kita melakukan perkara yang lebih elok. 🙂
biasa le tu. manusia tak pernah puas. haha. takpe2. teruskan berusaha lagi. ye. saya setuju. semakin jeles ni. hehe.
haha, tahu takpa. nafsu ingin berjaya tu penting. hehe
tahniah trafik buleh lagi dikira tinggi bagi aku…
aku punye belog dah takde orang nak datang la… sedey gile.. huhuhu… Y___Y
terima kasih bro, ini pun hasil bantuan rakan-rakan. takpa, aku kan ada. aku akan selalu lawat blog bro. hehe