Hari ini, genap sudah 20 hari saya menghilangkan diri sebentar di dunia maya ini. Rasa hendak tercabut otak ini daripada kepala apabila tidak dapat online dalam masa 20 hari. Maklumlah bila sudah ketagih dengan dunia internet ini, pasti ada perkara yang terbatas untuk dilakukan jika tiada sambungan internet di rumah. Sudah semestinya akan terkenang kepada blog kesayangan ini.
Cukuplah 20 hari saya meninggalkan blog ini, rasanya inilah waktu yang sesuai untuk muncul kembali menghangatkan dunia blogging di Malaysia sebelum tahun 2010 ini melabuhkan tirainya dalam beberapa hari lagi. Dalam 20 hari juga banyak perkara yang saya ingin kongsikan di sini, insyaAllah saya akan sampaikan di sini sebelum kita semua buka buku baru untuk tahun 2011 nanti.
Bagi yang sudah membaca entri saya sebelum ini yang diberi tajuk yang agak hangat juga, Selamat Tinggal Dunia Blogger. Tujuan saya menulis entri itu hanyalah sekadar ingin melihat telatah kawan-kawan blogger yang lain apabila saya ingin menyatakan pengunduran diri dalam dunia blogger. Ternyata boleh dikatakan maklumbalas yang saya perolehi amatlah positif.
Bak kata orang, βsayang juga kawan-kawan pada saya.β Rasa kelakar juga bila membaca komen kawan-kawan blogger ini, sampai ada yang cakap hendak putus sahabat jika saya meninggalkan dunia blogger ini (Aku takkan tinggalkan blog aku nilah azmanishak oi! Nyawa aku ni! Hehe.) Begitulah yang dapat saya rasa apabila membaca komen rakan-rakan yang lain.
Ternyata ada faedahnya jika kita menulis blog ini, sudah tentu sekali kita akan membina sebuah ikatan persahabatan di antara blogger lain yang tidak akan tiba di dunia nyata. Jangan fikir, bina blog untuk mendapatkan wang sahaja. Tetapi cari rakan dan kenalan adalah lebih baik, kerana dari situ kita akan memperolehi banyak faedah lain.
Serius saya cakap, bagi yang sudah mengetahui keadaan susah saya sekarang ini. Banyak bantuan dan kata-kata semangat telah dihulurkan dan disumbangkan oleh rakan-rakan blogger yang lain. Yang pasti tidak mungkin saya dapat balas semuanya, hanyalah sekadar doa agar mereka semua sentiasa dirahmati Allah dan dimurahkan rezeki hendaknya.
Terima kasih semua kerana terus menyokong saya dan blog ini. InsyaAllah saya akan terus menyumbangkan sesuatu yang berguna di dalam blog ini. Terima kasih sekali lagi, jangan lupa juga untuk terus memberi sokongan kepada rakan kita Denaihati untuk terus memperjuangkan usahanya, Hidup Untuk Memberi.
woit! setuju sekali, sejak aku blogging. banyak tekanan dapat diredakan. memang best. π hahaha
haha…weh…sorry geng aku tak dapat turun kl bln ni…maybe bln satu aku turun sana…nak kena setting balik time table aku…masalah kewangan seh…
selamat kembali bro…inilah hobi sampingan yg meredakan kerunsingan…setuju bro?
setuju sekali, sejak aku blogging. banyak tekanan dapat diredakan. memang best. π
selamat kembali… boleh beramah mesra…
terima kasih intan…yeye…sila2…jgn malu2…:)
huhuhu … welcome2…
thanks bro. π
welkam back bro..
terima kasih bro. π
kami semua ramai tau.
berani lu orang mahu
berhenti kerja sesuka-hati.hehehe…
Selamat Berblog kembali.
haha, terima kasih. π
welcome back cik Isa.. huhu.. =)
bleh x mntak tlg sediakan cerita hani (lestari tv3) mcm cerita asmara..? x best la pkai tonton.com…
terima kasih, boleh ja. sila tgk entri terbaru. π
thanks yea.. may Allah bless u..
most welcome. π
welcome back friend. lama juga tu 20 hari.
p/s: aku ada buka blog baru. kalau sudi promot ye. haha.
terima kasih, blog apa plak? menarik tak? hehe, meh aku nak promote. π
sama-sama. cuba baca entri terkini aku. pasal pelancaran blog baru. silalah promote kalau rajin. π
hoho, entri tak byk lagi tu. kasi bebanyak dlu yerk. dan yg penting blog tu mengenai apa. π
masalahnya skrg aku busy. kalau ko nak jd author aku on je. nak tahu blog tu psl apa, tgk page about atas sekali.
hoho, aku pun ada blog lain nak kena tls. dorg byr aku, klu ko byr aku. nak gak. hehe
hahaha. ala. aku minta free je dulu. maybe kalau dh ada untung, boleh aku bayar. π
haha, takpa. nnt aku fikirkan dahulu, kalau aku rajin. aku bgtau ko yerk. π
ok2. aku tunggu. π
ok…tgu jerk…:)
Hehe.. selamat kembali.. mana taknya.. sedih semacam je ayat pengunduran tu π
Selamat kembali berblogging!
terima kasih bro, haha…saja jerk. sayang kot nak tglkan blog ni terus. π
wlcome back π
hoho..aku baru jer balik dr unimap ke KL smlm π
thanks…hoho…jalan sakan ko yerk…jgn salah langkah sudah…:P
selamat kembali berblogging
terima kasih eiela…:)
memang tarrrrrbaekkk!!!betul-betul. selain jana duit dari blog, dapat kenalan baru best gak. kongsi sana kongsi sini kongsi sinun.
tahu takpa, jangan fikir duit sahaja. banyak faedah lain yang kita boleh dapat, yang paling best dapat kenal dengan lebih ramai orang. π
selamat kembali mengeblog!…huhu..
Mesti Baca! : Perihal Teks Assalamualaikum Dalam SMS : Jangan Fikir Yang Remeh Temeh
terima kasih. π
hahahah… tau tak pe…. aku dah renew roadtax blog aku dah. kali ni dengan datakl. space lagi besar dengan tawaran harga agak berpatutan.
tulis blog memang banyak paedah pon. nanti ade masa kita ngeteh weh. aku tak sabar nak bawak anak aku tiap kali ade meetup. hahaha… tunggu la dia besar skit. kemana pergi, geek punya meetup, aku nak bawak. lol~
wah, aku lambat lagi kot nak renew roadtax blog ni. tp aku dapat offer baik dari fivio, memang menariklah. tp itulah, mana ada kemampuan lagi. budget takda lagi. haha
tahu takpa, kalau aku tak menulis blog ni. tak mungkin aku kenal ko kan. aha, tahu takpa. aku pun teringin nak ngeteh ng ko n rakan2 seperjuangan lain. nak gak aku men2 ng anak ko. hoho…leh aku ajar SEO kat anak ko…haha
welcome back. jgn lupa baca tips terbaru dari aku. keh2
terima kasih bro, aku dah baca. terbaiklah, sarkastik bak kata kawan-kawan. π