Tabiat Pemakanan Yang Menggemukkan

Tabiat pemakanan yang menggemukkan tanpa kita sedari sering berlaku, termasuk juga saya. Walaupun saya tidaklah gemuk, tapi bagi saya tetap perlu berjaga-jaga. Tambahan pula hobi saya yang suka makan tidak kira masa.

Sebagai contoh, ketika menonton filem di pawagam. Tabiat yang paling saya gemari adalah mengunyah bertih jagung sambil minum tanpa disedari kerana sedang asyik menumpukan perhatian pada skrin. Di mana ia mampu menyumbang kepada peningkatan berat badan kepada satu atau dua kilogram.

Tabiat Pemakanan Yang Menggemukkan Tanpa Disedari

Mari kita lihat beberapa tempat atau tabiat pemakanan yang menyumbang kepada penambahan berat badan tanpa kita sedari. Di harap dengan perkongsian pada kali ini akan membantu anda dalam mengawal pemakanan agar tidak kekal sihat.

Dalam Kenderaan
tabiat pemakanan
Salah sebuah tempat yang menjadi tempat kegemaran kepada hampir semua orang, terutama ketika terperangkap di dalam kesesakan lalu lintas ketika pergi atau pulang dari kerja. Sudah pasti makanan ringan atau snek menjadi pilihan untuk dikunyah untuk pelapik perut bagi menahan lapar.

Malah ada yang gemar menyimpan stok makanan di dalam kenderaan masing-masing. Tabiat ini bukan sahaja tidak bagus dan boleh menambah berat badan tanpa kita sedari, malah ia akan menyumbang kepada tahap kekotoran di dalam kenderaan dengan bungkusan dan habuk makanan.

Depan Televisyen
Yang ini saya paling suka, rasanya hampir semua orang melakukannya. Ramai yang berpendapat anda akan cepat bosan dan lapar sekiranya menonton televisyen tanpa mengunyah sesuatu. Malah ada yang merasakan saat bersama keluarga dan menikmati filem kegemarah di kaca televisyen lebih menarik dengan hidangan makanan menarik seperti piza, keropok dan sebagainya. Tak salah untuk mengunyah sesuatu, tapi pastikan anda mengawalnya agar ia tidak keterlaluan dan mengambil makanan sihat.

Ketika Membuat Kerja
Ini sesuatu yang biasa bagi saya, sambil mengunyah sesuatu ketika menyiapkan tugasan dengan alasan untuk menghilangkan rasa mengantuk. Keropok, coklat dan makanan kurang khasiat seringkali menjadi pilihan. Bagi mengelak perkara ini berlaku, apa kata kurangkan pengambilan makanan ringan dan berehat seketika sebelum sambung menyiapkan tugasan kembali.

Atas Sofa
Siapa yang tidak suka melepak di atas sofa yang empuk sambil melakukan aktiviti seperti menonton televisyen, bermain komputer atau membaca sambil berbaring? Keempukan dan kelembutan sofa pasti membuatkan anda lebih gemar untuk makan sambil melakukan aktiviti tersebut. Ianya tidak bagus kerana sisa makanan akan terkumpul dengan lebih mudah dan ia akan membuatkan berat badan anda meningkat dengan cepat.

Secara kesimpulannya, kita haru bijak mengawal nafsu makan dan mengawal tabiat pemakanan kita. Ambil makanan sihat dan berkhasiat serta sentiasa bersenam. Tidak salah untuk mengunyah ketika melakukan sesuatu aktiviti, tapi pastikan anda melakukan sesuatu bagi mengelak berat badan anda meningkat dengan cepat.

Tabiat Pemakanan Yang Menggemukkan

Sebarkan kepada rakan-rakan anda!

7 thoughts on “Tabiat Pemakanan Yang Menggemukkan”

  1. Biasa nafsu ni bila tabiat – tabiat duduk je nak makan, nak buang air je nak makan. Terdedah dengan fast food banyak sangat, sampai – sampai tahap kronik gemuk la..

    Reply
    • Ada fast food syok la, duk perlis ni apa fast food yang ada. McD pun baru nak buat. Tapi dah ada fast food memang aku bedal juga. Tapi kasi seimbang dengan diet dan senaman. Baru ohsem!

      Reply

Leave a Comment