Tips penjagaan rambut panjang bagi lelaki kacak yang gemar menyimpan rambut panjang ala rock tu. Tidak salah jika berambut panjang, asalkan pandai menjaga dan sentiasa kemas. Pasti membuatkan anda lebih tampan.
Lelaki yang mempunyai rambut panjang bukanlah suatu gaya yang luar biasa. Malah ia mampu menarik minat si gadis yang berjiwa rock mahupun selesa dengan rupa paras lelaki rambut panjang.
Jika sebelum ini saya ada kongsikan beberapa gaya rambut lelaki agar tampil lebih kacak, kali ini saya akan kongsikan tips penjagaan rambut panjang buat lelaki pula hasi pembacaan di internet yang menarik untuk dikongsikan bersama anda semua.
Tips Penjagaan Rambut Panjang
Basuh rambut setiap hari
Tahukah anda bahawa lelaki lebih banyak berpeluh berbanding wanita. Oleh yang demikian, keadaan sedemikian membawa potensi rambut berminyak dan mengeluarkan bau yang kurang menyenangkan. Maka, anda disarankan membasuh rambut setiap hari untuk elak rambut berminyak, berbau dan yang paling penting menghasilkan kelemumur.
Elak gosok rambut basah dengan tuala
Sebaik saja anda membasahkan rambut, elak menggosok rambut basah dengan tuala kerana ia memudahkan rambut bercabang, mudah patah, tidak sihat dan kelihatan kering. Sebaiknya, biarkan rambut kering secara semulajadi dan lap dengan perlahan.
Elak rawatan bahan kimia pada rambut
Alat pelurus rambut bukan saja boleh membuatkan rambut lurus tetapi kering, tampak keras dan rapuh dan sukar untuk mengekalkan rambut yang lembut. Disebabkan itu, kebanyakan lelaki yang mahukan rambut lurus kelihatan kejung kerana pemakain bahan kimia yang keterlaluan.
Lakukan trim setiap enam minggu
Salah satu tip terbaik untuk mengekalkan kesihatan rambut adalah dengan membuang rambut yang telah rosak. Memotong hujung rambut membantu mengelak rambut dari terus bercabang. Jika anda ke salun rambut, minta tukang gunting hanya memotong hujung rambut yang telah rosak. Memotong rambut secara teratur akan membantu pertumbuhan rambut yang baik.
Elak ikat rambut terlalu ketat
Memakai topi yang ketat atau mengikat rambut dengan getah yang kuat akan menyebabkan masalah traction alopecia iaitu kehilangan rambut akibat tertarik akar rambut tanpa sedar ketika mengikat rambut. Untuk elak rambut tercabut, pakailah topi yang tidak terlalu ketat dan ikatlah rambut dengan getah yang lembut dan longgar.
Guna krim pelindung rambut
Pancaran matahari bukan saja boleh merosakkan kulit tetapi boleh merosakkan rambut jika anda terdedah di bawah panahan matahari terlalu lama. Sinar UVA dan UVB boleh merosakkan rambut dan melunturkan warna rambut anda dengan mudah. Oleh itu, bersedialah dengan krim rambut penghadang cahaya.
Pilih syampu dan perapi sesuai
Membasuh rambut tidak memadai jika anda tidak merawat rambut dengan keperluan vitamin. Ketika membasuh rambut, urut rambut anda dengan hujung jari dan bukannya gosok dengan kuku. Jangan lupa peranan perapi dan sebaiknya basuh perapi dengan air sejuk. Penggunaan air panas akan menyebabkan minyak perapi terpisah dari kulit kepala dan tidak dirawat dengan baik.
Biarpun anda tidak pandai menggayakan rambut panjang, sikat ke belakang atau sikat tengah sambil sedikit sentuhan berombak sudah cukup menarik asalkan rambut anda tidak berminyak dan berbau! Itu sudah cukup kacak.
Sumber: Maskulin
Tips Penjagaan Rambut Panjang Bagi Lelaki
Suka melihat lelaki berambut panjang
terima kasih bro ..x reti jaga rambut rupanya aku nie.. patutla rambut slalu bercabang..bila la rambut ni nak nampak cool mcm yabang
aq rsa rmbut aq sma je dlm gmbq tu…kira pnjang ke tu? aq rsa xckup pnjang…misti aq nk paras bahu hahaha
Susah juga nak jaga rambut panjang, nak kena shampoo hari-hari dan kena jaga dgn betul baru ok
Dah dekat 2 bulan aku tak trim rambut ni, kena pi buat rebonding balik la kalau simpan rambut panjang ni, mengembang sudah belakang. Tapi nak simpan rambut panjang sampai bahu tu memang tak la kot 🙂
Pergh! Kena rebonding plak, jenuh.
sama mcm bro akubiomed. teringin gak nak ada rambut pnjg. byk kali cuba tp gagal. kurang selesa dgn rambut pnjg plus agak malas nk urus rambut panjang-panjang ni 😀
haha, samalah kita. pernah cuba juga, baru panjang sikit dah rimas. lepas tu bangun pagi tengok dah kusut. terus cari kedai gunting. :p
rambut panjang aku dalam kenangan..
2008 – 2012…
tudia, otai kita. macam pernah tengok foto bro berambut panjang. awesome gitu!
Teringin benar ingin berambut panjang sehingga ke bahu. Belum kesampaian.
wah, besar sungguh impian itu. cubalah. haha
rimas la rambut lepas mandi..berat rasa kepala kalo tak lap trus dengan towel..huhu
-aku yg berambut panjang
haha…ko memang…main bedal ja semua. takpa, janji ko hepi selalu. 😛