Hari ini, genap sudah 20 hari saya menghilangkan diri sebentar di dunia maya ini. Rasa hendak tercabut otak ini daripada kepala apabila tidak dapat online dalam masa 20 hari. Maklumlah bila sudah ketagih dengan dunia internet ini, pasti ada perkara yang terbatas untuk dilakukan jika tiada sambungan internet di rumah. Sudah semestinya akan terkenang kepada blog kesayangan ini.
Penulisan
Selamat Tinggal Dunia Blogger
Mungkin sudah tiba masanya untuk saya mengundur diri daripada dunia blogger ini, rasanya sudah agak lama saya menceburi bidang blogger ini yang boleh dianggap serius pada saya. Hampir setiap masa saya akan diluangkan untuk menatap blog ini dan blog rakan-rakan yang saya kenali dalam dunia blogger ini.
Review Bulan November 2010
Sudah sekian lama saya tidak membuat review bulanan setelah berpindah ke hosting baru, review yang saya buat sebelum ini sudah terkubur bersama-sama hosting lama apabila pihak hosting tersebut tidak memberi backup untuk database saya sebelum ini. Jadi semuanya bermula dari kosong apabila menggunakan hosting baru.
Jom Sokong Kumpulan Nasyid R-iF
Salam sejahtera dan salam 1Malaysia, salam ukhwah daripada saya. Terima kasih untuk terus menyokong kewujudan Blog Mohd Isa ini. Hari ini saya telah menerima mesej melalui Facebook daripada pengurus kumpulan nasyid R-iF dan juga seorang sahabat yang saya kenali melalui forum alumni politeknik Malaysia.
Gengblogger Pembawa Malware
Rasanya agak lama saya tidak melawati laman Gengblogger untuk berkongsi entri terbaru blog saya di sana. Maklumlah, agak kecewa juga apabila Gengblogger sering mengalami masalah. Mungkin sekarang sudah kembali elok seperti biasa dan sedia memberi perkhidmatan kepada blogger semua.