Jejak Kekasih di Facebook Menjadi Songsang

Kuasa Facebook terus berleluasa, penggunanya semakin hari semakin meningkat. Begitu juga dengan akaun baru yang dibuka setiap hari, pasti ada sahaja pengguna baru di Facebook. Bertambah lagilah kawan-kawan di Facebook.

Laman sosiallah katakan, tambah pula ramai kenalan yang boleh dihubungi. Tidak kira baru atau lama, Facebook adalah salah satu platform terbaik untuk mengeratkan silaturrahim antara umat manusia. Menyebarkan khabar berita, informasi dan sebagainya dengan pantas. Itu dari sudut positifnya, bagaimana pula dari negatifnya?

Baru-baru ini saya ada terbaca berita yang bertajuk Jejak Songsang Facebook di Harian Metro, sebuah akhbar yang suka meletakkan perkara negatif di muka depan sebagai pelaris jualan. Itu taktik pemasaran, boleh tiru jika anda seorang internet marketer. Kini jejak kekasih mampu dilakukan di Facebook, mana yang sudah terputus hubungan sebelum ini. Bolehlah rujok balik dengan kekasih lama.

Itulah yang saya faham mengenai berita yang cuba disampaikan, jika Facebook mampu mengeratkan perhubungan secara positifnya. Tetapi ada juga kesan negatifnya, manakan tidak jejak kekasih di Facebook telah menjadi songsang serta-merta seperti yang dinyatakan dalam akhbar tersebut.

Akhbar tersebut menyatakan seorang isteri telah meninggalkan si suami dan membawa anak-anaknya pergi mengikut kekasih lama yang diketemui kembali di laman sosial popular Facebook. Cuba bayangkan jika kita menjadi si suami, apa yang mampu kita lakukan? Sehinggakan si isteri meminta cerai serta merta apabila si isteri ikut kekasih lama disebabkan Facebook.

Kalau saya, mahu juga sumpah seranah Facebook. Jumpa Mark Zuckerberg suruh tutup Facebook terus, bukan dengki dengan kekayaan yang diperolehi oleh beliau. Tetapi takut perkara jejak kekasih songsang ini terkena pula pada orang lain. Maklumlah, setiap perkara ada buruk dan baiknya. Tepuk dada, tanya iman. Renung-renungkan, selamat bermuka buku. 🙂

Sebarkan kepada rakan-rakan anda!

46 thoughts on “Jejak Kekasih di Facebook Menjadi Songsang”

  1. Ades.. Takut bro nak kawin..ha3. Seelok2nya, biarlah kekasih kita tu yang kita mmg betul2 kenal dia xde bf sebelum ni, kalau x, menantilah sahaja harinya..hu3

    Reply
  2. jangan beli comp hanya sekadar untuk berFB, mmg nampak sangat niat tuh tak berapa nak kena..banyak benda nih berlaku skrg..isteri & suami curang, tu dlm paper, yg kita tak tau kat luar tu , mesti banyak lagi…..mmg sakit hati kalau kena kat kita..

    Reply
  3. facebook lebih banyak bawak kesan buruk berbanding dari kesan positif.sejak timbulnya facebook macam-macam perkara negatif timbulkan.ermm

    Reply
    • betul tu, setiap perkara pasti ada buruk dan baiknya. terpulang kepada diri sendiri untuk menentukan mana yg buru dan mana yg baik.

      Reply
    • ye tak ye gak, tp adamaya si dani tu yg melampau. gedik nak kat bini org sgt, perempuan tahu2 jelah. mudah cair, sama2lah kita berharap agar benda ini tidak berlaku ke atas kita.

      Reply
  4. dengan teknologi cepat dah mudah sering kita salahkan.. kekadang memang ada betulnya.. bayangkan kalau fb tak ada… namun jumpa tepi jalan pun kemungkinan besar akan jadi juga… soalnya bini tu sendiri tidak telus dalam rumahtangganya… sekadar pendapat.

    Reply
    • ye tak ye gak, kalau terserempak tepi jalan pun boleh jadi juga yerk. tak bolehlah nak salahkan medium media sosial yg ada sahaja, sepatutnya lebih kepada salah diri sendiri. betul tak bro?

      Reply
  5. minta disimpangkan lah dari perkara2 macam ni..kan saudara isa..harap2..tidak berlaku lagi..inilah berlaku bila nafsu menguasai akal..

    Reply
  6. apa pun benda ada pro n cons.. sama mcm internet.. kalau kita cari ilmu baik dapatlah yg baik tapi kalau salah guna.. laman porno atau yg sewaktu dengannya jadi pilihan. kesian pada suami tu yg ditinggalkan isteri.. dah terbalik dunia sekrg

    Reply
    • betul tu kak, pasti ada pro dan kontranya. setiap perkara ada baik dan buruknya. memang dah terbalik agaknya, selalu isteri ditinggalkan, ini lain pula jadinya. isteri meninggalkan suami.

      Reply
  7. setuju cakap fina tu
    bila perempuan berbicara habis semua lelaki cair
    bila habis badan binasa, laki lain pulak dicari..;D

    Reply
    • haha, dalam kes ni perempuan yang cair bro. lari ikut kekasih lama, apa nak jadi tah dunia sekarang. ada facebook pun susah, disalahguna pula.

      Reply
  8. teknologi tak salah. yang salahnya adalah orang yang menyalahgunakan teknologi tu sendiri..dalam hal ni, pmpuan curang ni. menjawab la nanti kat sana..dah bersuami pn boleh buat camtu lagi.

    wallahualam bissawab.

    Reply
    • biasalah tu, bila dah berlaku kes macam ni. pasti ada pihak yang dipersalahkan. jika kuat imannya, pasti tidak berlaku jejak kekasih ini.

      Reply
  9. perkara ini bukan baru terjadi dan dah banyak terjadi di negara luar serta dalam negara .. memang benda ini serius tapi pengaruh laman sosial ini lebih cenderung memerangkap wanita… minta2 dugaan macam ini dapat dijauhkan dari kehidupan kita …

    Wallahhualam..

    Reply
  10. orang guna untuk jejak kasih, bukan jejak kekasih..

    ramai kawan2 lama dapat di hubungi semula..

    tak kira la alam maya ke, alam tak maya ke, yang penting kena pandai jaga diri.. tau mana yg baik atau tak, tau mana sempadan yang kena patuhi.. supaya tak jadi kes macam dalam metro tu. 😀

    Reply

Leave a Comment