Bulan Disember 2010 baru sahaja meninggalkan kita, begitu juga tamatlah tahun 2010. Tahun yang penuh cabaran dan dugaan bagi saya, bukan sahaja daripada masalah peribadi. Begitu juga dengan Blog Mohd Isa terpaksa mengharungi pelbagai masalah dan yang paling besar berkenaan dengan masalah hosting.
November 2010
Waktu Untuk Muncul Kembali
Hari ini, genap sudah 20 hari saya menghilangkan diri sebentar di dunia maya ini. Rasa hendak tercabut otak ini daripada kepala apabila tidak dapat online dalam masa 20 hari. Maklumlah bila sudah ketagih dengan dunia internet ini, pasti ada perkara yang terbatas untuk dilakukan jika tiada sambungan internet di rumah. Sudah semestinya akan terkenang kepada blog kesayangan ini.
Selamat Tinggal Dunia Blogger
Mungkin sudah tiba masanya untuk saya mengundur diri daripada dunia blogger ini, rasanya sudah agak lama saya menceburi bidang blogger ini yang boleh dianggap serius pada saya. Hampir setiap masa saya akan diluangkan untuk menatap blog ini dan blog rakan-rakan yang saya kenali dalam dunia blogger ini.
Review Bulan November 2010
Sudah sekian lama saya tidak membuat review bulanan setelah berpindah ke hosting baru, review yang saya buat sebelum ini sudah terkubur bersama-sama hosting lama apabila pihak hosting tersebut tidak memberi backup untuk database saya sebelum ini. Jadi semuanya bermula dari kosong apabila menggunakan hosting baru.