Siapa yang tidak kenal dengan Google Friend Connect, sebuah servis yang disediakan oleh Google kepada blogger yang menggunakan platform Blogger atau Blogspot. Sebuah servis yang disediakan untuk menghiasi ruangan widget sesebuah blog, mulalah follow, follow dan follow. Jadi bersedialah untuk mengucapkan selamat tinggal Google Friend Connect.
Kepentingan tag Heading Dalam SEO
Sudah lama rasanya aku tidak menulis mengenai SEO di dalam blog ini, kalau cerita bab SEO ini belum tentu sampai kepenghujungnya. Maklumlah, hampir setiap masa sesebuah enjin carian itu akan mengemaskini algoritma carian untuk mencari artikel yang lebih tepat dan memenuhi kata kunci carian. Kali ini aku ingin ceritakan sedikit mengenai kepentingan tag Heading dalam SEO.
Google Pagerank Naik Tetapi Alexa Ranking Turun
Rasa sekejap benar Google mengemaskini pagerank, rasanya tidak sampai sebulan Google Pagerank dikemaskini lagi. Tetapi itu satu perkara yang boleh dianggap baik jika Google sentiasa mengemaskini sistem pagerank mereka.
Alexa dan Page Rank Jatuh
Rasanya sudah hampir dua bulan saya tidak aktif menulis blog, tweet sana sini di Twitter dan bersosial di Facebook. Kalau ada pun, sekadar menegur rakan-rakan dan update status di Twitter dan Facebook. Blog pula dah makin bersawang, mood untuk aktif menulis pun masih kurang lagi sehinggakan Alexa dan Page Rank jatuh begitu sahaja.
Tips Meningkatkan Kekerapan Mengemaskini Artikel
Dalam tips SEO saya sebelum ini, saya telah menyentuh mengenai artikel atau entri merupakan perkara penting di dalam SEO dalam sesebuah blog atau laman web. Artikel umpama raja di dalam semua aspek dalam sesebuah blog atau laman, tanpa artikel atau entri terkuburlah laman tersebut.