Seperti yang saya maklumkan sebelum ini iaitu mengenai perlawanan bolasepak persahabatan di antara bekas pemain Malaysia menentang bekas pemain Perlis yang berlansung semalam. Charity Cup 1Malaysia yang menjadi pertaruhan dalam perlawanan ini dilansungkan bagi mengumpul dana untuk tabung pelajar di seluruh Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA).
UniMAP
Charity Cup 1Malaysia Dengan Lagenda Bolasepak Malaysia
Bagi yang meminati bolasepak tanah air pasti masih berbangga dengan pasukan Harimau Malaya yang memenangi AFF Suzuki Cup 2010 baru-baru ini. Diteruskan pula dengan Liga Super Malaysia yang baru sahaja membuka tirainya untuk musim 2011 pula dengan aksi pasukan Negeri Sembilan yang menunjukkan aksi garang dengan memimpin liga hasil kemenangan bersih dalam dua perlawanan.
Tarikh Penting Projek Akhir Tahun
Sudah menjadi lumrah seorang pelajar di universiti ataupun politeknik untuk melaksanakan sebuah projek berkenaan dengan bidang yang diambil, tidak kira di peringkat sijil, diploma, ijazah atau pun di peringkat yang lebih tinggi. Begitu juga saya, perlu melaksanakan projek akhir tahun saya untuk melengkapkan pengajian saya di peringkat ijazah.
Masalah Pinjaman PTPTN Terbongkar
Sudah hampir sebulan lebih saya berada di tempat saya belajar iaitu Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) untuk semester terakhir pembelajaran saya untuk mendapatkan segulung ijazah dalam bidang kejuruteraan. Pelbagai dugaan dan masalah yang saya terpaksa harungi sepanjang saya berada di UniMAP.
Gengblogger Pembawa Malware
Rasanya agak lama saya tidak melawati laman Gengblogger untuk berkongsi entri terbaru blog saya di sana. Maklumlah, agak kecewa juga apabila Gengblogger sering mengalami masalah. Mungkin sekarang sudah kembali elok seperti biasa dan sedia memberi perkhidmatan kepada blogger semua.