Pertama sekali saya ingin memohon ampun dan maaf kerana atas kelewatan membuat review untuk bulan Februari 2011. Maklumlah, pada kebiasaannya saya akan membuat review bulanan ini pada 2hb. setiap bulan. Mungkin agak sibuk dengan beberapa kerja yang perlu dilaksanakan ditambah pula latihan di sebelah petang.
Monthly Review
Review Bulan Januari 2011
Waktu untuk membuat review bulan lepas, iaitu bulan Januari 2011. Bulan yang penuh masalah bagi saya di mana duit pinjaman PTPTN yang masih belum masuk ke akaun hasil kesilapan Unit Peperiksaan UniMAP. Nasib baik ada rakan yang sudi memberi bantuan kepada saya, dapatlah saya menjamah makanan. Terima kasih.
Review Bulan Disember 2010
Bulan Disember 2010 baru sahaja meninggalkan kita, begitu juga tamatlah tahun 2010. Tahun yang penuh cabaran dan dugaan bagi saya, bukan sahaja daripada masalah peribadi. Begitu juga dengan Blog Mohd Isa terpaksa mengharungi pelbagai masalah dan yang paling besar berkenaan dengan masalah hosting.
Waktu Untuk Muncul Kembali
Hari ini, genap sudah 20 hari saya menghilangkan diri sebentar di dunia maya ini. Rasa hendak tercabut otak ini daripada kepala apabila tidak dapat online dalam masa 20 hari. Maklumlah bila sudah ketagih dengan dunia internet ini, pasti ada perkara yang terbatas untuk dilakukan jika tiada sambungan internet di rumah. Sudah semestinya akan terkenang kepada blog kesayangan ini.
Selamat Tinggal Dunia Blogger
Mungkin sudah tiba masanya untuk saya mengundur diri daripada dunia blogger ini, rasanya sudah agak lama saya menceburi bidang blogger ini yang boleh dianggap serius pada saya. Hampir setiap masa saya akan diluangkan untuk menatap blog ini dan blog rakan-rakan yang saya kenali dalam dunia blogger ini.