Review Bulan Februari 2011

Pertama sekali saya ingin memohon ampun dan maaf kerana atas kelewatan membuat review untuk bulan Februari 2011. Maklumlah, pada kebiasaannya saya akan membuat review bulanan ini pada 2hb. setiap bulan. Mungkin agak sibuk dengan beberapa kerja yang perlu dilaksanakan ditambah pula latihan di sebelah petang.

Visitor Feb 2011
Baiklah, berpandukan Google Analytics di atas review bulan Februari 2011 memang boleh dikatakan terdapat kekurangan jika dibandingkan dengan bulan Januari 2011. Walaupun jumlah pelawat unik (unique visitors) meningkat sedikit daripada 14,499 kepada 14,888.

Kekurangannya berlaku pada bounce rate yang hangat diperkatakan oleh rakan-rakan blogger yang lain. Jika kita lihat kembali peratusan bounce rate pada bulan Januari 2011 adalah 59.92% adalah satu pencapaian yang baik pernah dicatatkan oleh sesebuah blog. Tetapi agak malang pada bulan Februari yang lalu, jumlah peratusan ini telah meningkat ke 67.67%.

Dapatkan Apple iPad 2 Percuma Sekarang Juga!

Begitu juga dengan waktu di halaman yang telah berkurangan daripada 3:12 kepada 2:27 yang menyebabkan peningkatan bounce rate secara mendadak. Mungkin saya sendiri tidak mengamalkan tips mengurangkan peratusan bounce rate yang telah saya kongsikan sebelum ini dan juga tips merendahkan bounce rate oleh Ariff Shah.

Sebanyak 18 artikel atau entri yang telah berjaya dihasilkan pada bulan Februari 2011. Seperti review sebelum ini, saya akan memilih 5 artikel yang perlu diambil perhatian oleh pembaca semua. Jom baca sedikit rumusan 5 artikel tersebut:

  1. Koleksi-koleksi Kuliah Agama
    Dalam artikel ini, saya ada kongsikan sebuah laman yang menyediakan banyak koleksi kuliah agama oleh ustaz-ustaz yang dikenali ramai di Malaysia ini. Jika anda berminat, bolehlah mendapatkan pelbagai koleksi kuliah agama di sana.
  2. Jejak Kekasih di Facebook Menjadi Songsang
    Sebuah isu semasa yang melibatkan laman sosial paling popular sekarang iaitu Facebook. Setiap perkara pasti ada buruk dan baiknya, begitu juga kepada Facebook. Jika anda pandai menggunakannya, banyak faedah yang boleh diperolehi. Jika tersalah langkah, buruk padahnya.
  3. Tips SEO Mengurangkan Peratusan Bounce Rate
    Tips SEO yang hangat diperkatakan sekarang mengenai bounce rate sesebuah blog, ada yang mengatakan ia tidak sesuai bagi sesebuah blog. Ini kerana pada kebiasaannya, blog banyak dilawati oleh orang yang sama. Di sini saya ada kongsikan bagaimana hendak mengurangkan peratusan bounce rate.
  4. Facebook Lawan Twitter Mana Lebih Hebat?
    Sebuah artikel suka-suka daripada mengenai bilangan followers saya di Twitter dan jumlah sahabat di Facebook telah mengundang pelbagai reaksi mengenai perbandingan Facebook dan Twitter. Ada yang lebih gemar menggunakan Facebook dan sebaliknya.
  5. 6 Langkah Meningkatkan Kelajuan Laman
    Sebuah lagi artikel atau tips yang saya kongsikan di dalam blog ini, jika sebut bounce rate. Pasti ada berkaitan dengan kelajuan laman (speed site), di dalam artikel ini saya ada kongsikan 6 langkah untuk meningkatkan kelajuan sesebuah laman web atau blog.

Untuk melihat senarai penuh artikel atau entri untuk bulan Februari 2011, anda bolehlah melihatnya di sini. Semoga dengan review ini dapat membantu semua pembaca dan rakan-rakan blogger yang lain untuk mengetahui perkembangan semasa Blog Mohd Isa ini. Kepada sesiapa yang berminat untuk beriklan di sini, bolehlah melawat Advertising di atas. Saya ada menyediakan senarai harga murah dan berpatutan. 🙂

Dapatkan Apple iPad 2 Percuma Sekarang Juga!

Sebarkan kepada rakan-rakan anda!

38 thoughts on “Review Bulan Februari 2011”

  1. ko mmg blogger sejati Isa..kemas jer ayat2 n cara backlinks semua ada kat entri…sorry out of topic…rajin ko eh…semua blog update penulisan je…blog ko aku tahu dah mmg ramai org..tak rugi aku subscribe n bookmark..mesti ada topic2 yg seronok di baca…mcm aku cakap dulu, aku rasa blogging mmg sebabti ngan ko..cuma aku rasa lepas ko grad n kerja nih, ataupun dah kawen, kemungkinan entri banyak pasal family…harap ko berjaya Isa, dunia n akhirat 🙂

    Usaha tangga kejayaan..aku duk nampak dah ko mmg bleh wat duit ngan tenet 🙂

    Reply
    • ada-ada je ko ni nine, aku blogging ni pun sekadar melepaskan tension dalam kepala jerk. mcm aku ckp sebelum ni, bila aku menulis kat blog ni, baca komen korang semua, baca blog korang, aku rasa tenang jerk. kalau dah keje dah kawen, maybe lg byk tekanan kot. lg byk la aku duk dalam blog ni, topik sllnya jauh dari masalah aku. sbb aku klu boleh nak elakkan daripada tekanan masalah tu. so topik kena ubahlah. 😛

      buat duit dengan tenet? itu lagi byk kena usaha kot. 😛

      Reply
    • terima kasih bro, mudah-mudahan bertambahlah lagi hendaknya. itulah, boleh pulak bounce rate ni naik punya tinggi. 🙂

      Reply

Leave a Comment